Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label SeRIA. Show all posts
Showing posts with label SeRIA. Show all posts

Mahrajan Thaqafi

Alhamdulillah... Allah masih memberi ruang
dan peluang untuk berbicara
setelah berbulan blog umidah bersawang.
Masuk tahun baru sukar nak mencari luang
masa dan waktu untuk menulis walau pun
dalam hati ni berbuak2 idea melanda.
Mohon kepada Allah agar terus istiqamah.
Pagi ini masih teragak2 mahu pergi atau tidak.
'Abbas sudah pun bertolak bersama rombongan
SeRIA malam tadi. Walid memang nekad untuk pergi.
Umidah masih ala2 merajuk...
"Abang tak ajak pun nak pergi..."
Namun akhirnya menghampiri jam 8.00 pagi
kami sekeluarga ke sekolah rendah agama ghufran
menghadiri mahrajan thagafi.
Sebenarnya nak memberi sokongan buat
anakanda 'abbas yang menjadi peserta
musabaqah tilawah alquran.
Masa di labis sms kak ani,"'Abbas sudah baca ke?"
"Belum, peserta lelaki ke lapan..."

Alhamdulillah, kami sampai 'abbas belum lagi
memperdengarkan bacaannya.
Maka sempat lagi mendapat nasihat
terakhir dari jurulatihnya... walidlah siapa lagi....
Anyway his face looked like going to cry...
huhu.... gemuruh juga...
Insya'Allah... you can make it my boy...
Umi dulu pun macam 'abbas juga.
Ingat lagi masa darjah 6... umidah pun
masuk musabaqah. Entah macam mana cikgu pilih,
padahal manalah pandai nak baca berlagu...
berlatih pun agak2 sumbang... tapi masuk juga
pertandingan. Khow what happened?
Umidah peserta terakhir baca dan
dapat nombor pun last sekali juga....
Huhu... but I didn't regret...
pengalaman itu amat bermakna....
Dapat hadiah senaskah surah Yaasin, and umidah
kept it hingga bawa ke US masa belajar....

Saat2 yang mendebarkan datang juga.
Umi doa yang terbaik buat 'abbas...
Petang tunggu pertandingan nasyid pula.
Terhibur melihat anak2.
Dan ini anak2 SeRIA.... kena buat persembahan
yang terakhir juga....
Sementara nak menunggu berapa kali
mc nora kena baiki sampin tu....
Akhirnya ke pentas juga....
Usah di risau kalah atau menang yang penting
ini adalah medan untuk melatih anak2 berkreativiti
dalam apa jua petandingan. Latih untuk pintar
berbicara dan berani ke depan.
Bukankah itu ciri2 dae'...

Taklimat Ibu Bapa Seria

Taklimat ibu bapa bersama ALP SeRIA.
Alhamdullah quite a big crowd turned up.
Mereka prihatin tentang pendidikan anak2....

Ihtifal SeRIA

Menemani anak2 ke rehearsal ihtifal seria
yang akan diadakan esok di dewan dagangan indera mahkota.
Muhammad sa'id ramadhan pun ada ihtifal
di dewan sg isap damai esok
Allah izin ummi tak dapt hadir dua ihtifal tu.
Kebetulan di sekolah esok sekolah ganti
dan ummi sudah plan nak buat
program sentuhan akhir bersama anak2 pelajar
ummi yang akan ambil spm nanti.
Ada masa kita kena membuat pilihan terbaik
antara yang terbaik.....


Sumbangan Ramadhan.

Ramadhan bulan memberi.
Petang menghadiri majlis sumbangan fakir miskin
dan anak2 yatim untuk penduduk sekitar SeRIA.
Majlis bermula seawal 5.30 petang dengan
pengisian tazkirah oleh cikgu din.
Bicara yang membuat kita merenung di mana
kita di bulan ramadhan ini.
Cikgu kupas tulisan dr aaidh al qarni
yang membicarakan tentang 3 penyimpangan
yang berlaku pada umat islam
ketika di bulan ramadhan,
yang dipetik dari kitab pengajaran2 di masjid
pada bulan ramadhan.
Mari kita sama2 bermuhasabah...

1. Ramai sekali orang islam yang tidak mengenal
Allah kecuali pada bulan ramadhan.
Mereka berbuat maksiat,
mengingkari perintah ALlah dan Rasul
selama 11 bulan yang lain, tetapi bila tiba ramadhan
mereka bergegas2 pergi ke masjid.
Bukankah pemilik ramadhan ialah
pemilik syawal dan sya'aban?

2. Ramai sekali orang islam bila ramadhan tiba
mereka sangat menjagaisolat tarawih,
berbondong2 mereka ke masjid.
Tetapi apabila ramadhan berakhir,
mereka tidak lagi dilihat solat fardu berjamaah
di masjid. Mengapa mereka tidak bersikap
bersungguh2 untuk solat fardhu berjamaah?
Sedangkan solat fardhu berjamaah sekali
lebih baik dari solat sunat tarawih
30 malam di bulan ramadhan?

3. Ramai orang berpuasa tetapi menghabiskan
waktu siangnya dengan tidur.
Mereka tidur dari pagi hingga zohor,
terus ke asar, kemudian maghrib,
maka di mana kenikmatan puasa?

Wallahu'alam. Setakat yang mampu dicatit.
Maka sama2 kita baiki ramadhan kita
agar tidak termasuk dalam 3 golongan diatas.
Moga ramadhan tahun ini yang terbaik
yang kita lalui kerana andai mungkin
ini ramadhan terakhir kita....

Kemudian diteruskan dengan acara
sedikit sumbangan buat mereka2 yang
memerlukan yang tinggal dipersekitaran.
Termasuk penerima beberapa anak yatim dan miskin
dari ma'ahad tahfiz bukit rangin.

Akhirnya kami berbuka puasa bersama,
bersolat maghrib dan terawih berjamaah.
Moga2 segala amalan diterima Allah swt.

Bersama anak2 SeRIA

Hari sekali lagi mendapat jemputan beriftar beramai2
bersama anak2 sekolah rendah ibnu abbas.
Majlis bermula dengan tazkirah, berbuka dengan kurma
& air, solat maghrib kemudian jamuan nasi minyak.
Anak2 seronok termasuk sa'id ramadhan yang
turut menumpang syu'ur iftar jama'ie.
Walaupun masih tak berpuasa, saya perhati dari jauh,
dia boleh duduk diam2 dibelakang abangnya 'abbas salimi,
mendengar ceramah ustaz sufian,
makan nasi habis sepinggan... Tapi waktu
solat tarawih.... huhu... sibuk dengan
sahabatnya umar main2 panjat pokok ceri...

Iftar bersama anak2 SeRIA

Hari ini beriftar bersama2 anak seria tahun 6
di masjid lama permatang badak sempena
program berbuka puasa dan solat hajat upsr.
Program bermula seawal 5.30 petang dimulai
dengan penyampaian ijtima' am oleh cikgu din.

Hari ini bicara beliau tentang taubat,
yang memang bertepatan kerana
taubat adalah salah satu dari kurikulum
dalam madrasah ramadhan.
"Taubat itu kembali kepada Allah,
taubat itu kebersamaan kita dengan Allah,
dan taubat itu sentiasa wujud dalam diri kita
rasa fakir/miskin, yakni rasa perlu kepada Allah swt
samada zahir atau bathin,
dalam kehidupan dunia
apatah lagi kehidupan akhirat...."


Selesai penyampaian berbuka puasa bersama2,
kemudian solat maghrib, hajat, isya' dan terawih.
Alhamdulillah, selesai hari ke 11,
moga2 Allah menerima segala amal puasa kita.

Kepada anak2 seria tahun 6,
makcik ucapkan selamat menghadapi
peperiksaan upsr nanti.
Moga antum semua berjaya dengan cemerlang,
insya'Allah....

Sukan SeRIA 2010

Sukan dwi tahunan SeRIA di buat di padang srpb.
Sampai2 walidnya sedang beri hadiah.
Saya lewat sikit sebab masak2 dulu untuk
tengahari sebab anakanda naemah dan sakinah
nak balik smaskl tiket bas jam 2.

Meriah khemah2 dihias.
Rajin cikgu2nya...

Khemah ibubapa pun penuh.
Khemah jualan pun mendapat sambutan.
T-shirt2 lifeline4gaza banyak juga dijual.

Muhammad abbas masuk acara sukaneka
lagi dalam guni dan tempurung.
Bukan main seronok lagi dia menang
lagi 4X100 m berganti2.
Nak jadi raja pecut ganti naemah tu...

Untuk nazirah, umi mintak maaf banyak2 ye sayang,
tak sempat tengok irah main sukaneka
gara2 datang lewat...

Ini pegawai2 import yang sungguh enjoy bertugas...

Tak lupa celoteh juruacara yang menghidupkan
dan menceriakan sukan seria.

Acara tumpuan bila bapa2 dan ibu2
turut bertanding dalam suasana penuh ukhwah.

Tahniah kepada wira2 seria....

Malam jumaat


Ke Seria menjenguk2 anak2 seria sedang buat ldk.
Malam ini anak2 tahap dua ada qiam.


Lepas tu jenguk2 smkpb pulak.
Anak2 smkpb sedang mengikuti
kursus imam dan bilal muda.

Gotong Royong


Aktiviti awal tahun dimulakan dengan
mengadakan gotong royong di SeRIA.
Mendapat bantuan dari ahli2 DIC kuantan.
Biasalah ayah2 kerja berat sikit kat luar tu...


Ibu2 cuci surau & bilik gerakan....

Acara kemuncak... ayah2 mengusung pondok ilmu....

Kursus Guru di SeRIA



Sehari bersama guru-guru di SeRIA.
KK1 - Motivasi Guru
KK2 - P&P
KK3 - Latihan
Input yang bermanafaat dan bermakna...

Gotong Royong SeRIA

Hari ini telah diadakan gotong royong di SeRIA
sebagai persediaan untuk sesi 2009
bermula minggu depan.
Alhamdulillah, ramai ibu bapa yang datang membantu
menjayakan aktiviti tahunan ini.
Saya kena masak kuah nasi lemak untuk jamuan
tapi gatal tangan nak tambah sandwich
maka lewatlah tiba...
Ibu-ibu membantu mengemas perpustakaan
dan makmal komputer.
Ayah-ayah mengemas persekitaran sekolah.
Selesai gotong royong baru teringat nak ambil gambar.

Ini ibu Suriani, licin surau dimopnya...

Lori Bina pun datang membantu.

Tak pastilah betul2 ke Kak Long bungkus sampah tu...
Terima kasih kepada ahli DIC Kuantan yang
datang menabur bakti membantu
menjayakan gotong royong di SeRIA.

Kenangan bersama anak-anak SeRIA

Sudah tiga minggu cuti berlalu, maka hari ini hari
terakhir anak-anak tahun lima menghadiri
kelas tambahan masa cuti di SeRIA.
Minggu pertama saya tak sempat bersama mereka
kerana saya masih bertugas di sekolah
disebabkan oleh peperiksaan SPM
untuk subjek Add Math masih belum selesai.
Maka pada minggu ke 2 tu, saya mula mengajar
mereka Science dan English.
Ini pelajar puteri pada hari Isnin 24 November lalu.
Ada 5 orang puteri, Mashitah, Auni,
Nurfatanah, Faatiihah dan Siti Nur Izzah.
Pelajar putera ada 4 orang je
Hidayat, Mior, Ashraf (yang malu-malu tu...) dan Rijaluddin
Beginilah kehadiran mereka ada kala penuh
ada kala 5 orang je...
Masa Selasa 2 Disember, kelas telah
diswastakan kepada Kakak Habibah dan Kakak Arkasyah.
Tengok Ashraf tu... tutup muka lagi...
On the last day...
3 puteri Mashitah, Siti Nur Izzah dan Nurul Ain.
3 putera Syazwan, Hidayat dan
Ashraf (tak sempat nak tutup muka...)
Hah.. ini bila kata nak masuk blog semua datang
posing dengan Kakah Habibah...
Umi Dah doakan semua dapat manafaatkan cuti
dengan perkara yang berfaedah.
Walaupun sesi kelas tambahan sudah tamat,
jangan lupa buat ulangkaji.
Ingat tadi Umi Dah sudah kira
1 hari = buat latihan 5 soalan Matematik
+ 5 soalan Sains + 5 soalan BM
+ 5 soalan English = 20 soalan semua.
1 minggu = 20 X 7 hari = 140 soalan.
sekolah nak buka 4 minggu lagi
jadi 140 x 4 minggu = 560 soalan!!!
Jadi kalau anak-anak dapat buat 5 soalan je
untuk setiap mata pelajaran itu setiap hari,
tengok nanti bila buka sekolah sudah terjawab 560 soalan..!!!
Kan kata semua nak dapat 5A UPSR...
Jadi kena bersedia dari sekarang.
Ok Umi Dah doakan semua
jadi anak-anak yang soleh...
Selamat bercuti!

Majlis Khatam Quran SeRIA 2008

Pagi ini di Seria telah diadakan Majlis Khatam Quran.
Sakinah pun turut serta.
At the end of the event,
masing-masing dapat sijil dan Al-Quran.
Bila acara tamat, ada yang berlatih pidato...
Aha... candid shot dengan Wafi,
pura-pura tidor ye...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu