Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

MKMerapi-1: Berita dari Kaki Gunung Merapi


Assalamualaikum wbt,

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua,

Bersyukur kita kepada Allah SWT kerana diberi peluang untuk kita berkomunikasi pada hari ini. Bersyukur juga kerana dilindungi daripada bencana letusan Gunung Merapi yang masih berstatus 'AWAS'.

Seperti yang diberitahu pihak kerajaan Indonesia, kawasan di sekitar Gunung Merapi masih dalam status 'AWAS' sehingga 20 November, Sabtu. Walaupun radius kawasan bencana telah dikurangkan daripada 20 km kepada 10 km, penduduk sekitar Gunung Merapi masih dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mereka yang berada di posko-posko keselamatan. Hanya para tentera dan pasukan penyelamat yang dibenarkan berada dalam radius 5 kilometer untuk menjaga kawasan jika berlaku kecemasan.

Setelah sesi tinjauan yang diadakan di beberapa kawasan semalam, didapati kawasan sekitar radius 10 km telah mengalami kesan kerosakan yang amat teruk terhadap penduduk, haiwan ternakan dan tanaman. Kelihatan abu tebal telah menyeliputi kawasan-kawasan tersebut. Abu panas tersebut telah membunuh banyak haiwan ternakan dan tanaman-tanaman yang merupakan sumber pendapatan kepada penduduk di sini. Sumber pendapatan utama di sini adalah buah 'Salak Pondok' yang sangat manis dan terkenal dengan kelazatannya. Hampir semua pokok salak, kelapa dan buluh menjadi longlai, patah dan mati akibat abu panas yang berpunca dari letusan Gunung Merapi. Mereka yang terbabit dengan bencana dijangka akan kehilangan sumber pendapatan sekurang-kurangnya untuk dua hingga tiga bulan.

Setakat ini, lebih daripada 100,000 orang pelarian masih mendiami pusat-pusat penempatan sementara. Mereka amat memerlukan bantuan-bantuan dari segi 'sembako' (beras, minyak, tepung, gula, gandum dsb), lampin bayi, pakaian dalam, kewangan, bantuan perubatan dan paling penting sekali adalah motivasi dan 'trauma healing' untuk pulih. Didapati seramai 109 orang dewasa telah dihantar ke rumah sakit jiwa akibat bencana ini dan seorang mangsa telah membunuh diri. Di sini kita dapat perhatikan bahawa bantuan "trauma healing' adalah amat penting bagi membantu mereka untuk bersabar dan bersemangat untuk terus hidup. Teknik baru yang kami pelajari daripada pasukan Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) adalah teknik ‘hypnosis' yang dapat mengurangkan tekanan dan membantu mereka dari segi menguatkan mental.

Plan seterusnya pada hari ini ialah kami akan ke posko BoyoAli untuk sesi rawatan percuma hingga lewat petang dan lawatan ke kawasan bencana yang berhampiran. Kami juga akan cuba menghampiri kawasan radius lima kilometer dengan bantuan relawan tempatan dan tentera.

Alhamdulillah, kami semua masih dalam keadaan sihat dan doakan kesejahteraan kami hingga menyelesaikan tugas yang diamanahkan kepada kami dengan sebaik mungkin. Kami mengharapkan relawan-relawan HALUAN terutama pemuda-pemudi dan doktor-doktor muda Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) untuk bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab di Jogja InsyaAllah.



Sekian,

Ahmed Yasir Jesmi
Tim 1 - Misi Kemanusiaan Merapi (MKM)
18 November 2010

Last Updated ( Thursday, 18 November 2010 21:35 )

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/berita-dari-kaki-gunung-merapi.html

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu