Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Haluanita. Show all posts
Showing posts with label Haluanita. Show all posts

HALUAN Pahang Korban 9 ekor lembu & 4 ekor kerbau Sempena Sambutan Hari Raya Korban

Thursday, 18 November 2010 00:00

KUANTAN, 18 November - Sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini, HALUAN Pahang telah mengadakan program ibadah penyembelihan binatang korban sebanyak sembilan ekor lembu dan empat ekor kerbau di dua daerah berasingan Kuantan dan Temerloh. Di Kuantan program yang telah diadakan di Sekolah Rendah Ibnu Abbas, manakala di Temerloh di Taman Bahagia, Taman Temerloh Makmor dan Maahad Tahfiz Berhala Gantang.

Program yang dijalankan selepas solat sunat hari raya ini telah diadakan dengan lancar dan berakhir dengan jamuan makan tengahari gulai kawah daging korban. Di Kuantan sebanyak lima ekor lembu dikorbankan pada hari raya pertama dan seekor telah disumbangkan kepada komuniti masyarakat pelarian Rohingya (UNECF) yang miskin dan dhaif disekitar kampung Balok dan Sg. Ular.

Menurut penyelaras program di Kuantan Tn. Hj Ahmad Zakhir b. Abdullah, program tahunan ibadah qurban ini sentiasa mendapat penyertaan yang menggalakkan dari ahli HALUAN dan masyarakat setempat. Kehadiran masyarakat setempat bagi membantu kerja menumbang, melapah dan memproses daging lembu adalah amat menggalakkan. Begitu jua di Temerloh, tradisi berkorban kerbau masih diteruskan dengan kerjasama ahli qariah Masjid Ubudiyah Batu 1 dan masyarakat setempat.

Mereka dengan sukarela datang membantu dan ianya telah mempercepat dan melancarkan urusan memproses lembu hingga ke makan tengahari dan mengagihkan daging kepada penduduk miskin disekitar dan hadirin yang hadir.

Menurut YDP HALUAN Pahang, Hj Tg Abdul Rashid b Tg Othman yang turut sertai program ini, program ibadah qurban ini selain daripada memenuhi tuntutan pengorbanan sebagai syiar dalam Islam ianya boleh menjadi jambatan penghubung HALUAN dengan masyarakat sekitar. Mereka kelihatan selesa dengan pendekatan yg di bawa oleh ahli HALUAN dan mudah bergaul dan bekerjasama tanpa mengambil kesempatan setiap tahun program ini diadakan.

Bertambah menarik dan bererti program ini ialah penglibatan anak-anak ahli dan remaja dikalangan pelajar IPT dan pelajar sekolah. Di Kuantan, penglibatan HALUANita Pahang juga baik dan mereka turut memeriahkan majlis dengan bergotong royong memasak sup dan gulai kawah untuk hidangan tengahari. Haluan Pahang mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah datang membantu menyempurnakan program pada tahun ini.


Disediakan oleh,
Sdr. Abd. Bashir Abd. Ghani
Wakil MediaHALUAN Pahang

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/haluan-pahang-korban-9-ekor-lembu-4-ekor-kerbau-sempena-sambutan-hari-raya-korban.html

Ekspedisi Jejak Asnaf dan Bantuan Ramadhan HALUAN Pahang

Ekspedisi jejak asnaf dan bantuan Ramadhan HALUAN Pahang

Tuesday, 07 September 2010 14:38
Ramadhan Al Mubarak bukan sahaja bulan untuk berpuasa tetapi ianya juga adalah bulan untuk berkasih sayang sesama insan. Kewajipan mengeluarkan zakat fitrah dan galakan bersedekah dan memberi makan orang yang berbuka puasa serta menyantuni orang miskin dan anak-anak yatim adalah ibadat kemasyarakatan yang tinggi nilainya.

Menyedari dan menghayati keutamaan ini, HALUAN Pahang telah mengadakan program ekspidisi menjejaki asnaf dan bantuan ramadhan di beberapa buah penempatan yang dikenal pasti di kawasan Balok dan Sungai Ular, Kuantan.

Ziarah mahabbah masyarakat miskin

Ziarah mahabbah masyarakat miskin

Sempena cuti hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2010, ahli-ahli HALUAN Pahang telah berjaya menziarahi dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada beberapa individu dan keluarga yang fakir miskin, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) di sekitar Balok dan Sg. Ular.

Program ekspidisi seperti ini adalah merupakan program tahunan HALUAN Pahang bertujuan menyelami dan merasai penderitaan golongan yang kurang bernasib baik dalam menjalani kehidupan harian dalam bulan Ramadhan dan persediaan mereka menyambut Syawal. Di samping itu, HALUAN Pahang juga dapat menyampaikan sedikit sumbangan kewangan dan bahan mentah untuk mengembirakan mereka hasil sumbangan derma dari ahli-ahlinya.Justify Full

Program ini telah disertai oleh seramai 30 orang ahli HALUAN termasuklah daripada HALUANITA dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa). Mereka telah diketuai oleh Yang DiPertua HALUAN Pahang, Tg Abd. Rashid b Tg Othman. Mereka berlepas dari Pejabat HALUAN Pahang menuju ke lokasi dengan menaiki 6 buah kenderaan seawal jam 8.30 pagi.

Sumbangan kepada OKU

Sumbangan kepada OKU

Menyelami rasa hati asnaf

Menyelami rasa hati asnaf

Ekspidisi kali ini tertumpu kepada masyarakat Islam Rohingya yang tergolong di bawah program orang pelarian UNICEF. Rata-rata mereka hidup dalam keadaan sungguh dhaif dan menyedihkan. Mereka tidak berpeluang mendapat kemudahan dan kesenangan hidup termasuklah persekolahan anak-anak dan pekerjaan yang sebaiknya. Majoriti daripada mereka adalah fakir miskin dan kurang upaya. Paling menyedihkan, kehidupan beragama mereka jauh tertinggal dan dan terabai. Sesuai dengan peringatan Nabi SAW yang bermaksud, "hampir-hampir kemiskinan itu membawa kepada kekufuran."

Dengan bantuan wakil penduduk, kami menjejaki masyarakat di sini dari rumah ke rumah menyantuni mereka dan menyampaikan bantuan makanan dan kewangan. Mereka amat gembira bertemu dengan rombongan dari HALUAN dan bersyukur menerima sumbangan kami. Ada dari kalangan mereka yang tidak pernah mendapat apa-apa bantuan dari mana-mana pihak bertahun yang lalu. Paling menyedihkan juga, penduduk tempatan yang majoritinya orang Melayu kurang prihatin atau member perhatian untuk membantu meringankan bebanan hidup mereka yang miskin ini.

Bersama anak-anakyang tidak bersekolah

Bersama anak-anakyang tidak bersekolah

Berkongsi penderitaan

Berkongsi penderitaan

Menurut YDP HALUAN Pahang, kedhaifan hidup mereka telah banyak memberi pengalaman baru kepada anggota rombongan, khususnya HALUANITA dan HALUANSiswa untuk bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan. Mereka begitu teruja mendengar luahan hati dan perasaan mereka yang susah ini. Program ini juga telah memberi peluang bagi kami menyedari bahawa di sekitar kita ini masih ramai lagi insan yang dhaif yang memerlukan bantuan tetapi diabaikan lantaran karenah birokrasi dan terlepas pandang pihak yang berkaitan.

Menyampaikan sumbangan dengan cara menjemput mereka dating kepada kita adalah tidak sama dengan penyampaian sumbangan dengan cara menjejaki kehidupan realiti mereka dengan melihat sendiri kedhaifan mereka. Rumah yang buruk dan uzur, anak-anak berpakaian lusuh dan comot, kanak-kanak yang kulit mengerutu dan berkudis, tidak bersekolah dan rambut yang kusut masai adalah sketsa kehidupan mereka sehari hari. Siapakah lagi pihak yang sudi membantu mereka secara berterusan.

Menjejak rumah asnaf

Menjejak rumah asnaf

HALUANITA menyantuni asnaf

HALUANITA menyantuni asnaf

Dalam pertemuan ini mereka mengharapkan HALUAN dapat membantu menyediakan perbelanjaan untuk menaja guru yang dapat mengajar anak-anak mereka perkara asas fardhu ain dan Al Quran agar anak mereka tidak terus membesar dalam keadaan jahil dan terbiar. Mereka juga berharap program ibadah qurban di masa akan datang dapat diagihkan kepada mereka juga.

Alhamdulillah, program ini berjalan lancar dan berakhir jam 1.00 tengahari. Ahli rombongan HALUAN Pahang merasa amat berpuashati dapat menyatuni insan-insan yang sememangnya dhaif ini. Sumbangan yang diberikan sungguh bererti bagi mengurangkan sedikit bebanan mereka di bulan Ramadhan ini. Kami bersyukur dapat berkhidmat secara langsung kepada masyarakat sesuai dengan moto HALUAN - berakhlak, mendidik dan berbakti. Semoga khidmat bakti kami ini diberkati oleh Allah dan akan berusaha lebih gigih lagi untuk membantu masyarakat yang memerlukannya secara berterusan jika dizinkan.

--------------------------

Laporan disediakan oleh Abd. Bashir b Abd. Ghani, Biro Seranta dan Penerangan HALUAN Pahang.

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/ekspedidi-jejak-asnaf-dan-bantuan-ramadhan-haluan-pahang.html

Ekspedisi Jejak Asnaf & Bantuan Fakir Miskin

Sempena cuti kemerdekaan,
ahli2 haluan & haluanita pahang telah
menjalankan program ekspedisi jejak asnaf
& bantuan fakir miskin sempena ramadhan & syawal.
Seawal 8.30 pagi saya dan sahabat2 telah berkumpul
di hadapan pejabat haluan di bukit rangin.
Kami berkonvoi 6 buah kereta menuju ke balok
dan sg ular bagi menjejaki saudara2 seislam
yang perlu diberi bantuan.

Dengan bantuan encik sultan, beberapa rumah
yang terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan
telah dikesan di persisir jalan balok.
Ini rumah pertama yang dilawati.
Seorang ibu tunggal yang tinggal dalam serba kedhaifan.
Anak2nya telah diserahkan bawah jagaan ibunya
kerana beliau tidak mampu untuk menyaranya.

Dalam keperitan panas pagi, kami berjalan kaki
ke rumah ke dua yang berdekatan.
Sepasang suami isteri yang juga
hidup dalam kesusahan.
Alhamdulillah, kedatangan kami disambut baik.
Dengan sekadar yang ada kami memberi
bantuan untuk bekalan ramadhan & syawal.

Kemudian ke rumah ke tiga yang didiami
oleh keluarga dari rohingya .
Batasan negera asal bukan penghalang
untuk kami memberi sumbangan.
Mereka saudara seislam yang juga ada hak.
Melihat keadaan rumahnya rasa macam tak percaya.
Namun kerana kesempitan untuk mencari
sesuap nasi, mereka sanggup melaluinya.

Ini rumah yang ke empat.
Kesian melihat mereka ini semua
beranak kecil dan kelihatan anak2 agak terbiar.
Bila ditanya rata2 tidak bersekolah.

Selepas itu kami melawat masjid yang dijadikan
tempat untuk bersolat dan aktiviti2.
Sebelum ini ada kelas fardhu ain
diadakan untuk anak2 tetapi terpaksa ditutup
kerana tidak mempunyai sumber kewangan
untuk membayar gaji ustaz dan sebagainya.

Kemudian ke rumah ke lima di sg ular.
Penghuninya pn hamidah.
Senyum gembira menerima kedatangan kami.
Dan keadaaan rumahnya tidaklah
sedhaif yang kami temui pada mula2 tadi.
Nasib hamidah lebih beruntung kerana mendapat
bantuan dari jiran2nya yang berdekatan.
Walaubagaimanapun bantuan tetap kami hulurkan.

Akhirnya kami ke perkampungan kecil sekelompok
saudara dari rohingya tinggal dalam jarak rumah
yang agak berdekatan di sg ular.
Mereka juga mempunyai kisah2 kesusahan
dan keperitan yang dilalui.
"Kami lari dari komunis. 2 bulan berjalan kaki
untuk sampai ke sini pada tahun 1988.
Masa itu anak2 kecik lagi.

Ibu, ayah dan saudara kami
di sembelih
oleh kerajaan komunis."
cerita ibu tua pada kami.
Kami bersyukur kerana dapat membantu saudara2 seislam.

Sepanjang ekspedisi membuat saya menilai
kehidupan yang dilalui cukup selesa.
Sedangkan disana ada insan2 yang
dalam keperitan hanya untuk mencari sesuap rezki.
Maka pedulikah kita dengan kesusahan mereka.
Sanggupkah kita berkongsi sedikit harta yang kita ada
dengan menghulurkan bantuan buat mereka?
Walaupun mereka pendatang tapi mereka adalah
saudara seislam dengan kita.
Kadang2 kita bias kepada mereka sedangkan
minima ukhwah ialah bersangka baik
terhadap saudaranya.
Maka di pagi merdeka, saya cuba merenung,
merdekakah kita dari sifat2 bakhil dan kedekut,
serta sombong dan bongkak.
Moga Allah menerima segala2 amal2
yang tidak seberapa ini....

Seminar Haluanita

Semalam saya bersama beberapa sabahat haluanita pahang
telah bermusafir bersama2
menuju ke masjid putrajaya untuk mengikuti seminar.
Huhu... sejak kebelakangan ini tak leh nak bermanja2.
Kalau dulu2 program ke mana2 dihantar,
leni masing2 sibuk dengan kerja2 d&t,
maka masing2 perlu berkorban antara satu sama lain.
Hanya redha Allah ku mohon dan doa
agar perjalanan kami selamat pergi dan balik.
Alhamdulillah pengisian seminar yang dapat
mengisi kegersangan hati2 yang ingin mencari
redha Allah dan berkerja dalam d&t kerana Allah.
Satu motivasi yang menyentap jiwa agar tidak
lagi boleh berdiam diri dan perlu keluar,
bangkit dicelah2 masyarakat dan
merungkai permasalahan kehidupan mereka
agar kembali ke jalan illahi.
Kalau bukan kita memikul tanggungjawab
dakwah ini siapa lagi....
Tarbiyyah fi aidikum fi aidikum faqad....

Kem Personaliti Remaja (PESONA) Puteri Pahang 2010

Click on picture for a bigger size.

Penyertaan masih lagi dibuka kepada
remaja perempuan berusia 13 - 17 tahun.
Sila hubungi nombor 019-952 3309.

Bersama Ummu Muhammad

Pagi2 sebelum subuh saya bersama beberapa
rakan haluanita pahang
bertolak ke kuala lumpur menuju ke masjid wilayah.
Pertama kali menjejakkan kaki ke sini.
Suasana pemandangan cukup indah dan tenang.

Turut bersama anak2 yang akan mengikuti himega '10.

Di dewan serbaguna masjid wilayah
mengikuti seminar wanita
"tangan yang menghayun buaian
mampu menggoncang dunia...
"
majlis anjuran bersama
masjid wilayah persekutuan kl dan
biro haluanita haluan.
Seminar diadakan sempena aktiviti haluanita
bagi mengumpul dana untuk lifeline4gaza.

Tahniah buat juruacara haluansiswi
yang petah dan penuh bersemangat.

Di dewan yang tersergam besarnya,
majlis bermula dengan bacaan Al-Quran.

Kemudian ucapan alu-aluan dari ustazah fathiah
mewakili pihak masjid wilayah persekutuan kl.

Seminar bermula dengan kertas kerja yang
disampaikan oleh ukht fatimah sharhah nordin,
penulis muda novelis islam,
yang bertajuk wanita dalam Al-Quran.
"Wanita adalah pendidik kepada dunia.
Seperti sebuah madrasah

wanita mempersiapkan sebuah generasi...
"
ujur beliau membuka bicara.
Dan kisah maryam dibentangkan menjadi iktibar.

"Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya
(bersandar) pada pangkal pohon kurma,

dia (maryam berkata), 'wahai,
betapa (baiknya)
aku mati sebelum ini,
dan aku menjadi
seoranq yang tidak
diperhatikan dan dilupakan.'
Maka dia (jibrail) berseru kepadanya
dari tempat
yang rendah.
'janganlah engkau bersedih hati,
sesungguhnya Tuhanmu telah
menjadikan
anak sungai di bawah mu.

Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arah mu,

niscaya (pohon) itu akan menggugurkan

buah kurma yang masak kepada mu.

Maka makan, minum dan bersenang hatilah engkau.

Jika engkau melihat seseorang, maka katakanlah,

'sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa

untuk Tuhan Yang Maha Pengasih,

maka aku tidak akan berbicara
dengan
siapa pun pada hari ini.'
"
(Surah Maryam : 23 - 26)

Maka 3 nasihat untuk wanita Al-Quran
dari kisah maryam.
1. Wanita Al-Quran tidak berdukacita
tetapi sentiasa ceria.
2. Wanita Al-Quran tidak merintih2 melakukan sesuatu,
3. Wanita Al-Quran memakan makanan berkhasiat
seperti kurma.

Turut dikongsi isu2 wanita dalam Al-Quran.
Antaranya isu hijab, faraid, saksi dan poligami.

"Dan semestinya kita perlu merasa bersyukur
dan bertuah kerana diciptakan sebagai wanita

kerana wanita pelengkap kepada lelaki
dan lelaki tidak akan sempurna tanpa wanita.
"
ujar ukht fatimah menutup bicara.

Kemudian tiba acara yang ditunggu2
wawancara bersama tetamu palestine ummu muhammad.
Beliau isteri kepada 'izzudin khalel salah seorang
dari generasi awal yang didik oleh sheikh yaasin.
'Izzuddin syahid di bom di dalam keretanya sendiri.
Sekarang ummu muhammad sebagai pengerusi
pejabat kebajikan di salah sebuah
kem pelarian palestine di syria

"Apakah perasaan dalam hati
apabila melihat suaminya terbunuh
?"
Tn hj noorazman mengemukakan soalan.

"Aku berbahagia berada dalam wajah2 iman..."
ujar ummu muhammad membuka bicara.

"Pada 26 september 2004, suami ku pergi bekerja
seperti biasa.
Sejurus kemudian ku mendengar
satu letupan yang keras.
Ku melihat kereta
suami ku di sambar api.
Ku mengenakan hijab ku
dan ke tempat kejadian
untuk memastikan
betulkah suami ku sudah syahid.

Bila ku pasti itu suamiku, ku kembali kerumah,

berwudhu dan solat sunat 2 rakaat kerana
suami ku di beri rezki syahid yang di tunggu2....
"
antara kata2 beliau yang di terjemahkan oleh ustaz
yang begitu menusuk hati yang mendengar....

Ada beberapa tanda yang Allah beri
sebelum suaminya menemui syahid.
Pertama ketika as-syahid bersama ikhwahnya,
ummu muhammad telah melihat
kalimah syahid dan bercahaya di kening suaminya.
"Dalam perjalanan pulang aku memaklumkan
kepada suamiku.
Dengan segera beliau memberhentikan
kenderaan
dan terus sujud agar Allah memakbulkannya."
ujar ummu muhammad.

Kedua pada pagi hari kejadian.
"Seperti biasa aku menyiapkan sarapan.
Tiba2 jiran mengetuk pintu rumah ku
dan bertanya,
'wangian apakah yang engkau
pakai hinggakan
sampai ke rumah kami?' tanya jiran ku.
'demi Allah aku tidak memakai apa2 wangian'
jawab ku.
Kemudian beberapa minit selepas itu

satu ledakan kuat mengegarkan rumahku..."
ummu muhammad berkongsi rasa hatinya.

"Sudah tentu hari-hari berikutnya
aku tidak dapat tidur.
Aku berdoa
agar berjumpa dengan suamiku.

Pada hari ketiga doaku dimakbulkan.

Suamiku datang dengan pakaian putih

dan bertanya kepada ku, 'Adakah kamu redha?'
kerana sebelum syahid sepanjang perkahwinan

kami saling bertanya sebelum tidur,

'Adakah kamu redha?'
Kami saling bertanya
kerana redha merupakan
satu yang paling mahal
antara suami dan isteri."
begitu syahdu kisah ummu muhammad

"Ketika aku bernikah,
dialah yang mengajar
aku erti
kesabaran, tarbiyah dan jihad.
"

"Tentunya aku kehilangan suami,
perasaan ku seperti juga orang lain kesedihan.

Tetapi satu kemuliaan dan hadiah yang
paling mahal,
aku isteri seorang syahid.
Tugas ku
meneruskan jihadnya
kepada anak2 ku.
Mungkin satu kesulitan,
tapi
aku bisa melaluinya..."
kata2 ummu muhammad yang begitu
menggambarkan kecekalan dakwahnya.

"Wahai saudari2 ku yang ku kasihi...
Inilah jalan kita, hidup yang memerlukan

kesabaran, istiqamah, jihad dan tarbiyah.
Setiap kita akan meninggal tapi
alangkah
indahnya jika akhir hayat
kita ialah syahid...
"
kata2 ummu muhammad yang bisa
membuat hati ini sebak dan mula menitiskan
mutiara2 di kelopak mataku.
Subhanallah... hati masih jauh
untuk menjadi sepertinya...

"Bagaimana halangan2 atau masalah besar
yang berlaku selepas ditinggalkan suami.

Bagaimana ummu muhammad mendidik
anak2
sebagai ibu tunggal dan mengatasi situasi ini.?"
soalan kedua dikemukakan.

"Selepas suami ku syahid, hati ku berbahagi dua. Separuh aku kehilangan orang yang begitu mahal, suami, saudara, teman dan orang tua bagi ku. Dan separuh lagi aku berfikir bagaimana harus ku selesaikan amanah dari Allah, anak2 yang masih kecil, yang memerlukan pendidikan dari orang tua. Dan ku akan menyelesaikannya bersendirian. Aku berperanan sebagai saudara, ayah, kawan dan teman kepada anak2 ku. Oleh itu aku bertawakal kepada Allah, kalau kita rasa Allah bersama kita, kita tidak akan rasa berseorangan. Kedua aku bersabar dan bersyukur.

"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan
masuk syurga,
padahal belum datang
kepada mu (cobaan),
seperti (yang dialami)
orang2
terdahulu sebelum kamu.
Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan,
dan diguncang (dengan bebagai cobaan),

sehingga rasul dan orang2 yang beriman
bersamanya
berkata, 'bilakah datang
pertolongan Allah?'
Ingatlah, sesungguhnya
pertolongan Allah itu dekat."
(Surah Al-Baqarah : 214)

Alhamdulillah aku masuk dalam golongan yang sabar. Sekarang ku di puncak kebahagiaan. Aku berusaha untuk mengantikan buat anak2 ku sebagai orang tua, ayah dan ibu. Anak2 kecil ku sering bertanya, 'wahai ibu, kenapa ayah syahid cepat?' Sebagai ibu ku tidak dapat menahan air mata, tapi sebagai ibu contoh, aku memberi jawapan dengan penuh keyakinan tanpa air mata. Dan setiap malam, ku mendekatkan diri dengan Allah. Ku berdoa moga Allah redha kerja2 ku. Ku berdoa moga Allah memberi ketahanan keteguhan dalam hati anak2 ku kerana kalian mungkin menghadapi musibah yang lebih besar dari ku."
cerita ummu muhammad dari raut wajah
yang penuh cekal dan yakin.

Apabila ditanya, "apakah perwatakan as-syahid yang boleh dijadikan contoh?"

Ummu Muhammad menjawab,
"Sifat yang aku perhatikan ialah as-syahid dekat dengan Allah. Itulah sifat yang istimewa. Beliau selalu berdoa kepada sabahat2 dan teman2nya dari palestine. Temannya2 ibarat malaikat yang berjalan di muka bumi. As-syahid mempunyai kesabaran yang tiada batas. Dan suamiku mempunyai sifat kelembutan bagi diriku. Dunia tiada ada erti baginya kerana kecintaannya kepada Allah dan Rasul melebihi segala-galanya..."

Akhirnya ummu muhammad ditanya,
"Nasihat2 kepada wanita di malaysia dalam rangka untuk menjadi orang yang berjaya mendidik diri, anak, dunia dan akhirat?"

Inilah nasihat2 ummu muhammad.
"1. Kalian bertanya dalam diri apakah yang telah kita lakukan untuk membebaskan masjidil aqsa dan palestine? Setiap dari kita akan ditanya Allah apakah yang kita lakukan untuk tanah masjidil aqsa dan palestine. Masjidil aqsa bukan milik penduduk palestine tapi milik muslim seluruh dunia. Oleh itu setiap kita bertanggungjawab ke atasnya.
2. Mula menghafal al-quran dan mengajar anak2 menghafal al-quran. Juga memberi pengetahuan kepada anak2 tentang kewajipan membebaskan masjidil aqsa dan tanah palestine.
3. Menfungsikan masjid kerana dari situ
pusat pengetahuan tentang islam.
4. Bedoa dan membantu dengan apa saja yang dimiliki.

5. Menulis buku tentang tahanan al-aqsa.

6. Memboikot barang2 keluaran amerika dan yahudi.

7. Berperanan kepada media dengan memberi
kefahaman yang betul tentang keadaan umat islam di palestine.
8. Wajib membantu tawanan2 perang, kerana
lebih 12 ribu uamt islam di penjara dan separuhnya adalah wanita.
9. Sumbangkan apa yang kalian miliki samada
wang atau harta benda. Apa yang diberikan akan memberikan kemenangan kepada palestine.
10. Terimakasih kepada umat islam di malaysia
di atas sokongan dan bantuan. Semoga Allah membalasnya."

Inilah antara catatan yang sempat di coret.
Mungkin penulisan ini tidak sama kiranya
mendengar sendiri dari ummu muhammad.
Terasa perbezaan langit dan bumi,
semangatnya dengan kehidupan kita
yang masih senang lenang disini....

Maka apa yang boleh disimpulkan,
kekuatan kita bermula bila kita melalui
tarbiyah islamiyah yang sebenar yang bermula
dari dalam diri kita sendiri.
Buat sesuatu secara bersama2 untuk membina kekuatan.
Dan akhirnya palestine masalah aqidah
umat islam bukan rakyar palestine sahaja.

Wawancara ummu muhammad juga ada disini,
artikel alhamdulillah, suamiku mati syahid...

Kemudian forum yang bertajuk membina jati diri
muslimah ke arah menjana kekuatan seorang wanita
sejati untuk survival ummah dimana
panelnya terdiri dari dr asmawati desa
dan tn hj rosdi b baharom.

"Disebalik orang yang hebat ada ibu2 yang hebat."

"Aisyah ra. dijamin sebagai ahli syurga, tapi dia hidup seolah2 orang yang memburu syurga.
Dia menguatkan hatinya dengan berhubung dengan Allah swt. Di penghujung hidupnya aisyah ra. membimbing masyarakat. Kita tidak kenal hadis2 kalau tidak kerana aisyah ra sebab beliau menghafal lebih dari 2 ribu hadis..."

Antara ungkapan2 yang dicatat ketika berforum.

Ummu Muhammad bersama
y bhg datin hajjah saadiah hj ahmad,
pengerusi puspanita jakim.

Bersama ummu muhammad.

Sesi sebelah petang diteruskan dengan
ucapan naib presiden haluan
tuan hj mohd sabbri md yudin.

"Tangan yang menghayun buaian mampu
menggoncangkan dunia menunjukkan wanita
berperanan besar membina masyarakat.
Lebih2 lagi jika tangan2 yang beriman
bukan setakat dunia akan bergoncang
malahan langit akan bergegar dengan
kalimah tahmid, zikir dan doa dari malaikat..."
pembuka kata yang memberi semangat kepada
wanita2 yang hadir di dalam
dewan serbaguna masjid wilayah kl.

"Disebalik kejayaan islam ada wanita yang berkorban.
Lihatlah khadijah, mengorbankan seluruh hartanya
untuk islam. Asma, dalam sarat mengandung,
menghantar makanan ketika hijrah rasulullah saw
tanpa rasa takut dan gentar. " ujarnya lagi.

"Tarbiyah dilaksana mendidik hati.
Dakwah dirancang jiwa yang luhur.
Biar ribuan rintang sedang menanti.
Akan ku gempur biar hancur."
begitulah pantun penutup dari tn hj mohd sabri
yang memberi mana yang cukup tersirat...

Kemudian diikuti dengan ucapan perasmian oleh
y bhg datin hajjah saadah bt hj ahmad,
pengerusi puspanita jakim.

"Ibu seperti sebuah sekolah,
jika ibu disediakan dengan baik
maka dia akan membina generasi yang baik!"
antara kata2 y bhg datin.

Juga ucapan dari wakil palestine,
sheikh talal an nasr.

"Saudara2 ku... aku datang dengan penuh
kecintaan kepada kalian. Cinta kalian kerana Allah
dan kalian ialah ummat islam untuk solat dan sujud.
Saudara2 ku kalian adalah umat pilihan Allah
di muka bumi ini. Kewajipan kami
di palestine ialah untuk membebaskan
tanah palestine dan masjidil aqsa.
Masjidil aqsa dan palestine adalah milik umat islam.
Masjidil aqsa dan palestine adalah
sebahagian dari kita...." kata2 pembuka bicara
yang begitu menyentuh hati2 yang mendengar.

"Apa terjadi di kota gaza? Zionis setiap hari
menghujani kami dengan peluru dan bom.
Tapi insya'Allah kami akan tahan kerana
kami telah lalui tarbiyah yang panjang.
Contoh dari Rasulullah saw yang diserang
oleh kafir quraisy." ujarnya lagi.

Seterusnya adik hiba' 'izzuddin remaja
berusia semuda 16 tahun berkongsi rasa hati
mewakili remaja palestine.
Begitu berkeyakinan beliau berbicara.
Inilah hasil tarbiyah didikan dari isteri seorang syahid.

Tn hj noorazman, pengerusi haluan palestin
turut memberi penerangan tayangan slide
berkaitan misi lifeline4gaza.

Akhirnya dewan digegarkan dengan
persembahan nasyid bersemangat
dari saudara muadz.

Masing tergiang2 bait2 ungkapan nasyid,
"Untuk mu jiwa2 kami.
Untuk mu darah kami.
Untuk mu jiwa dan darah kami.
Wahai al-aqsa tercinta..."

Anak2 ummu muhammad, hiba', muhammad dan hadil
turut ke pentas bersama2 bernasyid.

Akhirnya ucapan penutup oleh
tn hj zakaria b mat isa.

Sebelum pulang hadirin mengambil
kesempatan bergambar dengan
ummu muhammad dan hiba'.

Sebenarnya terasa malu untuk mengukirkan kata2.
Layakkan diri ini untuk menjadi isteri dan ibu
secekal dan setabah ummu muhammad.
Ya Allah... kepada mu ku mohon kekuatan....

Huhu... ulat buku...
Some of the books bought outside the seminar room.


Selesai seminar pulang ke kolej zaaba.
Singgah di dewan kuliah menjengok
anak2 yang mengikuti program himega
termasuk kak long.
Esok satu hari lagi daurah haluanita zon tengah.

Tamu dari Palestine...


Seminar Wanita : Tangan Yang Menghayun
Buaian
Mampu Menggoncang dunia
Tarikh:
Sabtu, 24 April 2010
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan Jln Duta
Program Kerjasama: Biro Kebajikan Masjid Wilayah
& Biro Haluanita
Maklumat Lanjut, sila hubungi:
Ustazah Fathiah 013 300 1782

Atucara Program

08.00: Pendaftaran
08.30: Pembukaan Majlis dan bacaan Al Quran
08.45: Kertas Kerja 1: Membina Jatidiri
Muslimah Untuk Survival Ummah

(Dr Asmawati Desa)
09:45: Kudapan
10.05: Kertas Kerja 2:
Kekuatan Seorang Wanita Sejati

(Ust Abd Hadi Othman)
11.35: Dialog :
Ustaz Noorazman bersama tetamu dari Palestin
12.45: Makan tengahari & solat
02.00: Pembukaan & ucapan aluan dari pengerusi majlis
02.10: Ucapan Presiden HALUAN
02.25: Ucapan Pengarah JAKIM & perasmian
02.35: Ucapan wakil IHH Turki
02.50: Ucapan Ummu Muhammad
03.05: Ucapan wakil-wakil NGO
03.35: Tayangan video
03.45: Persembahan Bro Mu'adz
04.05: Penyampaian cenderahati
04.15: Ucapan Penutup oleh Imam Besar Masjid Wilayah

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza
as we read it in Bahasa Malaysia,
is a collaborative effort between Malaysian NGOs
to join an international campaign
to break years of Israel siege on Gaza.
We are working along with Free Gaza Movement
who is based in Cyprus, IHH in Turkey, MERC
and Kispa Indonesia, and other NGOs from USA,
Greece, France, Sweeden, Germany, Italy,
Venezuella and many more.

The flotilla is expected to depart Istanbul
on 15th May 2010, comprising 20 ships
and cargo boats to be laden with building supplies,
generators, medical equipment and educational materials.
They will sail through the Mediterranean Sea,
carrying members of Parliament from countries
around the world as well as high-profile journalists
and human rights activists.

Lets break the siege now, before it’s too late!

For the Malaysian charter,
the efforts are supported by,
among others, the following NGOs:

* Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
* Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
* Jemaah Islah Malaysia (JIM)
* Palestinian Center of Excellence (PACE)
* Aqsa Syarif
* Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
* Pertubuhan Mawaddah Malaysia
* Viva Palestina Malaysia (VPM)

Alhamdulillah, perancangan sudah diatur dan
kali ini saya tidak boleh ketinggalan kerana
program palestine yang lalu sudah tidak dapat hadir.
Kebetulan hujung minggu ini sekolah saya
menukarkan sekolah gantinya pada 22 mei nanti
kerana aktiviti perkhemahan bersepadu
yang telah dirancang awal2 lagi.
Maka tadi saya bertemu kem komandan dan
su perkhemahan bersepadu untuk menukar
jadual tugas saya pada hari jumaat instead of sabtu.
Alhamdulillah... Allah permudahkan.
Jom...

Lifeline4gaza di Temerloh

Roadshow lifeline4Gaza telah melebarkan
kempennya di temerloh.
Bertempat di masjid bandar temerloh,
program diadakan selama dua hari
16 - 17 April 2010.

Pengerusi haluan palestine,
tn hj noorazman mohd samsuddin
telah menyampaikan ceramah isu palestine
serta pengalaman beliau menyertai lifeline3gaza.
Turut memberi sumbangan ialah
wakil dari celcom temerloh
dan wakil dari masjid semantan.

Pengunjung melihat pameran yang
disediakan oleh pihak haluan.

Jualan amal turut diadakan.

Tidak ketinggalan haluanita juga memberi sumbangan.

Moga usaha yang sedikit ini dapat
membuka mata kita dan
memanggil hati2 kita
untuk menolong saudara2 kandung kita
yang sedang di sembelih dan di tindas
di bumi tanah air mereka sendiri di Palestine.

"(Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan
kepada mu
dalam (urusan pembelaan) agama,
maka wajib kamu memberikan pertolongan
kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian
antara kamu dengan mereka.
Dan Allah Maha melihat
apa yang kamu kerjakan.
Adapun orang2 yang kafir,
sebahagian mereka menjadi pelindung
bagi sebahagian yang lain.
Jika kamu (hai para muslimun) tidak melaksanakan
apa yang telah diperintahkan Allah itu,

nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi ini
dan kerosakan yang besar."
(Surah Al Anfal : 72 - 73)

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu