Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Kem Pesona. Show all posts
Showing posts with label Kem Pesona. Show all posts

Remaja Puteri Pahang Terdidik di Kem PESONA

altKUANTAN, 25 Jun - Alhamdulillah, Kem Personaliti Remaja Puteri ( PESONA ) anjuran Biro Haluanita, HALUAN Pahang berjaya diadakan buat julung kalinya pada 14 – 15 Jun 2010 bertempat di Kem Sultan Ahmad Shah, Kg. Pandan, Kuantan. Seramai 62 orang remaja puteri berumur antara 13 hingga 18 tahun dari daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh telah menyertai kem ini dengan tema `Mengenali Diri`.

Menurut Pengarah Projek, Puan Hjh Norsaadah bt. Abd Hamid , program ini bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar-pelajar puteri mengenai matlamat hidup yang sebenarnya sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kefahaman mengenai matlamat hidup inilah yang akan berjaya membentuk remaja menjadi hamba Allah yang sentiasa mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka.

Disamping itu, tujuan program adalah membimbing pelajar puteri ini mengenali diri dan merangsang mereka untuk meningkatkan potensi diri untuk lebih cemerlang sama ada dalam akademik, ibadah khusus dan personaliti diri.

Berbagai aktiviti telah diadakan sepanjang 2 hari program ini yang meliputi aspek spiritual, intelektual, fizikal dan emosi. Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuklah ceramah dan kaunseling dari pakar motivasi yang didatangkan khas dari Haluan Pusat iaitu Dr Azizan b. Ahmad dan Pengarah Kem Pesona Puteri Haluan Malaysia Dr. Wan Muhaizan bt Wan Mustafa.


alt alt

Menurut Ketua Projek Kem ini, Pn Rahmah bt Abd Manan, sambutan yang diterima oleh pelajar puteri ini sungguh menggalakkan dimana mereka kelihatan ceria, bersemangat dan saling memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan setiap program yang dijalankan. Bagi mereka, kem yang diadakan di musim cuti persekolahan ini telah berjaya memberi banyak manfaat bagi mereka terutamanya mengenali diri serta berinteraksi dengan rakan-rakan yang belum mereka kenali sebelum ini.

Aktiviti menarik lain yang dijalankan termasuklah `ice breaking`, latihan dalam kumpulan (LDK), demontrasi memasang khemah, explorace tarbawi, `wall climbing` , bengkel, persembahan kumpulan dan kuliah subuh. Suatu yang menarik dalam program ini ialah tayangan multimedia dan perkongsian isu umat Islam di Palestin. Perbandingan antara nasib kanak-kanak di bumi Palestin yang belajar menuntut ilmu dengan serba dhaif di bawah khemah dipinggir runtuhan bangunan sekolah yang musnah akibat di bom oleh Yahudi berbanding dengan keselesaan pelajar-pelajar di Malaysia menuntut ilmu.

alt

Setiap aktiviti yang dijalankan disulami dengan pengajaran, hikmah dan falsafah yang boleh dipelajari oleh peserta. Ianya bertujuan membentuk remaja yang mempunyai keseimbangan hidup dan jatidiri yang tinggi. Aspek kemurniaan akhlak amat diterapkan dalam kem ini dimana remaja diasuh agar sentiasa memelihara akhlak dengan baik kerana inilah neraca keindahan dan kecemerlangan bagi individu muslim sejati iaitu mereka yang mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji.

Kem Pesona Puteri yang di kendalikan oleh Pn. Azzah Salimi bt. Mohd Nasir selaku Kem Komandan telah berjalan dengan lancar walaupun ianya pertama kali diadakan oleh Biro Haluanita Pahang ini. Kem ini telah diakhiri dengan ucapan penutupan dan penyampaian sijil penyertaan serta cenderahati kepada semua pelajar dan fasilitator yang terlibat menjayakan program ini oleh Puan Hjh. Zaini b. Musa, Ketua Biro Haluanita Pahang.

alt alt

Dalam ucapan penutupnya, Puan Hjh Zaini berharap program ini mendapat keredhaan Allah SWT jua dan mendoakan agar semua puteri yang menyertai kem ini akan menjadi remaja yang solehah dan pelajar yang cemerlang. Beliau juga menyarankan agar kem Pesona ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang sebagai program tahunan tetap biro Haluanita Pahang.

Akhirnya, beliau mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kem ini termasuklah pihak pengurusan kem, Jabatan Pelajaran Pahang, para penderma dan penyumbang , wartawan Sinar Harian Kuantan dan semua fasilitator dari Haluan Siswa dan Kelab Remaja Haluan ( KeARAH ).

Disediakan oleh,

Biro Penerangan Haluanita Pahang (haluanpahang.blogspot.com)

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/remaja-puteri-pahang-terdidik-di-kem-pesona.html

Kem Pesona 2

Seawal 4.30 pagi semua peserta bangun
dan memulakan hari dengan solat malam.
Seusai solat subuh berjamaah peserta diisi
pula dengan ceramah dari tn hj tg abd rashid
pengerusi haluan pahang.
Ceramah yang cukup santai mencuit hati2
namun memberi erti yang bermakna
bagi mereka yang mendengarnya....

Sesi cabaran bermula dalam aktiviti explorace.
Berbagai cabaran dilalui dalam setiap checkpoint.
Antaranya IQ test, sabar ya ukhtie...,
meneroka sirah, pancing iman, Allah Al-Khaliq
dan proud to be a muslimah!.
Setiap aktiviti mengajak peserta untuk
meneroka, berfikir secara kreatif dan kritis
agar mampu membuat tindakan yang
proaktif bila menghadapi sesuatu cabaran.
Tahniah.... we proud of you girls....

Fizikal dan emosi peserta juga diuji
dalam aktiviti wall climbing.
Sifat berani dan tidak putus asa harus dipupuk.
Dan petangnya pembentang kumpulan berjalan lancar.
Alhamdulillah mendengar mereka petah berbicara
memberi sedikit harapan apa yang kami cuba
terapkan tercapai.

Majlis penutupan & penyampaian sijil.

Akhirnya doa kami agar saat dan dan ketika ini
semua peserta terangsang untuk meningkatkan
potensi diri untuk lebih cemerlang samada
dalam ibadah, akademik mahupun akhlak
dan pesonaliti diri. Insya'Allah anda semua
remaja2 yang hebat....
Moga bunga2 persahabatan dan ukhwah yang terjalin
memberi kita ruang dan peluang untuk
bersama di dalam program2 akan datang....

Juga buat adik2 fasilitator....
jazakumullahu khairan tidak terhingga
Ada yang datang dari jauh dan dekat.
Alhamdulillah anda juga tonggak
berjayanya kem pesona kali ini.
Semoga Allah terima segala amal2 kita
menjadi buah2 amal yang soleh disisiNya....

Kem Pesona 1

Marathon saya dengan Allah dalam cuti ini
masih belum selesai.
Bermula hari ini saya akan mula berkampung
di kem shah pahang bersama dengan
ajk haluanita2 pahang mengendalikan
kem pesona puteri pahang 2010.
Alhamdulillah seramai 62 remaja puteri sekitar
daerah kuantan, pekan dan temerluh
telah kami temukan bagi menggarap potensi
minda dan sakhsiah mereka agar dapat dibentuk
menjadi insan yang soleh dan musleh.
Hanya kepada Allah kami memohon kekuatan....

Seawal 7.30 pagi pendaftaran bermula.

Majlis bermula dengan ucapan aluan dari
ukht rahmah abd manaf, ketua projek pesona.
Diikuti dengan taklimat ringkas haluan@haluanita
oleh hjh zaini musa, pengerusi halunita pahang.
Dan akhirnya taklimat dari ukht azzah salimi,
kem komandan bagi kem pesona 2010 pahang.
Anak2 remaja mula2 serius... lepas tu baru
nampak ceria dan bertenaga....

Maka bermulalah proses berkenalan,
ice breaking & grouping.
Besar rupanya nikmat bersaudara...
Dari berbagai tempat dan pelbagai ragam kerenah.
Tapi semua mula bermesra atas rahmat
dan kasih sayang Allah.
Menemukan mereka dalam satu pertemuan
yang dirancang semata-mata untuk
menjadi hamba Allah yang tulus....

Sesi taklimat dari pihak koku dan
cara2 memasang khemah.
Huhu... makan pun nampak berselera sekali...

Slot motivasi dari dr hj azizan ahmad
yang bertajuk mengenali potensi diri.
Alhamdulillah ceramah yang cukup menghidupkan
dan mampu membangkitkan kesedaran dan keinsafan
anak2 remaja yang menjadi cemerlang dan
seterusnya mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup.

Petang peserta bersama dan bermesra dengan
fasilitator masing-masing dalam slot LDK.

Peserta juga dibimbing dalam sesi perbincangan kumpulan.

Selepas asar bergotong royong menaikkan khemah.
Baki petang peserta diisi dengan tayangan multimedia
yang memaparkan suasana pelajar sekolah
di palestin dan di malaysia sebagai satu perbandingan.
Cetusan kesedaran perlu dibangkitkan
dari jiwa anak2 remaja....

Mereka solat berjamaah dan sama2 membaca al-mathurat...
Ingat anak2... moga kalian istiqamah membacanya
bila pulang ke rumah masing2.

Penutup malam dengan sesi muhasabah diri yang
disampaikan oleh Dr Wan Muhaizan bt Wan Mustafa
mewakili haluanita pusat.
Kita perlu insaf dan bangkit anak2 ku.
Moga Allah memberi hidayah dan
terus membimbing kalian....

Kem Personaliti Remaja (PESONA) Puteri Pahang 2010

Click on picture for a bigger size.

Penyertaan masih lagi dibuka kepada
remaja perempuan berusia 13 - 17 tahun.
Sila hubungi nombor 019-952 3309.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu