KMK Day 2
Hari ke 2, umi menjenguk2 ke taman pertanian.Pagi ini aktiviti kembara kreatif.
Memang kreatif sungguhlah aktiviti2
yang di sediakan. Umi boleh tabik
anak2 fasi yang bertungkus lumus menyediakan
modulnya dan bersungguh2 berinteraksi dengan adik2.
Moga semua objektifnya tercapai.
Rupa2nya ada juga aktiviti flying fox.Huhu... umi sampai lewat sikit...
tak sempat nak lihat anak2 puteri berflying fox...
Memang cukup terharu... bersama dengan anak2muda fasi... kalau dulu kecik2 umi bawa
antum dalam program banat,
alhamdulillah hari ni sudah mampu untuk
memimpin adik2....
Persembahan setiap kumpulan yang cukup kreatif
bertemakan ukhwah.
Disulam dengan celoteh juruacara yang
juga kreatif dan petah berbicara.
Labels: Haluan , Kem Remaja , KMK
Kem Minda Kreatif KMK Day 1
Petang menghantar anakanda berdua naemah dan sakinahke kem minda kreatif di taman pertanian,
Kalau tahun2 sebelum ini kem diadakan mengikut zon
tapi tahun ini sedikit perubahan dimana
diadakan di setiap negeri.
Kali ini program dikendalikan sepenuhnya
oleh anak2 muda haluansiswa.
Kem ini mengumpulkan anak2 remaja sekolah menengah
mengisi aktiviti sambil mencari erti cara hidup islam
sesuai dengan tema kali ini remaja dinamik hidup fantastik.
Kalau nak hurai tema ini panjang lagi
nanti umi celoteh kemudian.
Huhu... ini cabaran pertama nak masuk kem.Umi pun teragak2 jugak maklumlah musim hujan...
Tapi alhamdulillah sebenarnya ok, jalan lecak
sebab hujan maka lumpur mengalirlah....
Sekitar pendaftaran. Alhamdulillah ramai anak2remaja datang mendaftar. Pergunakan masa muda mu
mencari ilmu yang bermanafaat.
Malam program bermula dengan mendengar duluorang-orang penting tuan pengarah dan
tuan penasihat memberi ucapan.
Kemudian slot malam diteruskan dengan
penyampaian dari pegerusi haluan pahang
akh tg abdul rashid.
"Semua orang pejam mata....
Sekarang pak cik nak tahu
siapa antara kalangan anak2 yang hadir
kerana memang nak datang,
bukan mak suruh atau ayah suruh,
angkat tangan....
tak pa tak ada orang yang nampak,
pak cik sorang je tahu....."
Sayup2 umi dengar penceramah memulakan bicaranya.
Sedangkan umi sudah menuju ke kereta,
kerana si kecil2 semua sibuk menggantuk nak tidur
Dalam hati umi berdoa dan mengharap...
puteri2ku mengangkat tangan mereka....
Labels: Haluan , Kem Remaja , KMK
Kem Jatidiri
Lebih 180 Pelajar Ikuti Kem Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja 2009
Turut bersama di majlis tersebut adalah Presiden HALUAN yang juga merangkap Ketua Eksekutif KTD, Dr Haji Abdullah Sudin Abd Rahman, dan juga barisan kepimpinan HALUAN Pusat.
Melalui penyampaian ucaptamanya, Tuan Haji Ghani telah menekankan tentang isu gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja. Beliau menegaskan tentang peranan setiap individu dalam menangani masalah tersebut, di samping program-program yang telah dijalankan kerajaan sebagai inisiatif penyelesaian. Beliau turut berterima kasih dan memuji usaha mulia yang dilakukan oleh HALUAN dengan kerjasama JAKIM dalam menjalankan program seumpama Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) ini bagi mereka yang tidak berkesempatan atau tidak berpeluang mengikutinya.
Manakala Dr Haji Abdullah Sudin pula menegaskan tentang kepentingan pembentukan remaja masa kini selaku bakal pemimpin pada masa hadapan. Menurut beliau, keseimbangan yang menitikberatkan aspek aqidah, syakhsiah, ilmu dan kemahiran menjadi teras kejayaan bagi sesebuah bangsa dan negara. Dr Haji Abdullah Sudin turut berterima kasih kepada pihak JAKIM di atas sokongan yang diberikan sepanjang menjalankan program yang julung kali diadakan ini.
Terdahulu, para peserta telah berjaya mengikuti sesi orientasi sejak 22hb Disember. Melalui sesi orientasi ini, para peserta telah dilatih dengan persiapan minda untuk mengikuti program intensif sepanjang 47 hari ini, di samping berkenalan dan membina persahabatan sesama mereka.
Peserta puteri menghayati kuliah menyentuh adab seorang anak kepada ibubapa Peserta putera turut tersentuh... | |
Menurut Pengarah Kursus Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja 2009 yang juga merupakan Setiausaha Agung HALUAN, Tuan Haji Mohd Ghani bin Salleh, progam ini akan berlansung sehingga 7hb Februari 2010. Antara tujuan utama program ini adalah untuk membina jatidiri peserta dengan pendedahan kepada ilmu kemahiran pengurusan, komunikasi dan berorganisasi. Diharapkan dengan jatidiri yang terbina dari program ini dapat membina kepimpinan pewaris di kalangan pelajar.
Terdapat sembilan modul yang dirancang untuk kursus ini, antaranya ialah modul anjakan paradigma, kemahiran insan dan profesional, kemahiran kepimpinan kemasyarakatan, kemahiran khidmat masyarakat, keusahawanan, penulisan, pertanian, perikanan dan bengkel, kemahiran asas kewanitaan, celik komputer dan kecergasan fizikal dan rekreasi.
(sumber : http://www.haluan.org.my/)
Labels: Kem Remaja
PTK n Program Ihya Ramadhan

Pagi2 ke SMKPB, exam PTK.
Konon2 nak study, Allah izin tertinggal buku...
Huhu... tengok ambil gambar pun kelabu,
harap2 result tak lah kelabu jugak.
Labels: Haluan , Kem Remaja
Kem Remaja
Sungguh pantas masa belalu, jika beberapa tahun yang lalu mengendalikan anak-anak mengikuti Kem Aulad dan Banat, sekarang suasana sudah berubah. Semua sudah melangkah ke alam remaja dan tarbiyah anak-anak terus berjalan.

Hujung minggu telah diadakan Kem Remaja sempena cuti sekolah. Kem telah diadakan selama 2 hari Sabtu dan Ahad di SeRIA.

Kem bertemakan Syu'ur Qurban bersempena dengan Aidil Adha yang akan disambut nanti. Antara aktiviti ialah penyampaian Erti Qurban, Siapa Kita?, Ceramah Kerjaya, Motivasi tentang Erti Kematian, Kuliah Subuh bertajuk Qurban dan Bengkel & Amali Qurban.

Seperti biasa peserta putera amat kurang, jadi Muhammad 'Abbas pun join sekali...

Kumpulan 3 menyiapkan bengkel berkaitan AJK persiapan peralatan qurban.

Kumpulan 4 membincangkan bengkel berkaitan AJK persiapan makanan qurban.

Kumpulan 2 pula membincangkan bengkel berkaitan AJK perjalanan qurban.

Menyiapkan presentation.

Pembentangan bengkel oleh setiap kumpulan.

Hah... ini paling seronok, amali dengan semua anak-anak turun padang ke Tunas Manja membeli kelengkapan untuk persediaan masak qurban esok.

Peserta puteri yang hadir. Alhamdulillah, moga pengalaman kem ini akan membuat anak-anak menghayati erti syu'ur qurban yang sebenar.
Labels: Kem Remaja

























