Posted by
cikgu sharifah
Wednesday, November 24, 2010
Berita kematian merentap hati...
Hari ini mendapat perkhabaran
ayahanda kepada sahabat saya pah radziah
dipanggil pulang oleh Allah swt.
Saya dan rakan2 dari smkpb menziarahinya.
Semoga diberi kekuatan oleh Allah
menghadapi ujian ini.
Semoga roh ayahanda sahabat ku sentiasa
mendapat rahmat Allah dan bersama
mereka2 yang beriman.
Posted by
cikgu sharifah
Friday, October 22, 2010
Hari ini ziarah pelajar saya di htaa
yang hampir seminggu tidak hadir sekolah
kerana demam denggi.
Maka berhati2 anak2 pelajar semua
jaga kesihatan lebih2 lagi
peperiksaan spm sudah nak dekat...
Posted by
cikgu sharifah
Friday, October 15, 2010
Petang tadi sempat ziarah 2 rumah.
Pertama ke rumah haniliza rakan lama
kerana akan menunaikan haji ke mekah
hari selasa ini. Doa saya semoga beliau
selamat pergi dan balik serta
mendapat haji mabrur.
Ya Allah... saya pula rindu dengan
lambaian ka'abah.... Moga Allah membuka
pintu rezkiNya untuk ku jejak lagi
kaki ke bumi Mu.
Kemudian kami berkonvoi ramai2 ke rumah hjh noraini.
Alhamdulillah gembira tengok kak ani
melayan dan menyambut kedatangan kami.
Walau pun perubahan fizikal yang amat ketara,
tapi kak ani cukup berselera menjamah laksa,
air tangan asmah.... dan roti jala haniliza.
Sambil2 berceloteh... kami semua memasang telinga
mendengar maklumlah memang sudah lama tak bersua.
Kak ani ceria melayan kami, syukur sangat2.
Bicara kak ani permohonannya untuk
kembali ke smkpb dalam proses.
Namun ada kalanya air matanya mengalir juga
menceritakan penyakitnya yang masih
tak berkesudahan. Walau hampir 2 tahun
tapi doktor masih tidak dapat mengesan
apakah punca sebenar penyakitnya.
"Patutnya kak ani kena pergi hospital tambah darah,
tapi kak ani tak nak, serik rasanya.
Hari tu ambil air tulang punggung,
kali ini nak ambil air tulang belakang,
tapi kak ani tak nak dah.... kak ani redha kalau kak ani ...."
Cepat2 kami cuba menenangkan kerungsingannya.
Kami sentiasa mendoakan kak ani diberi
kesihatan yang baik dan cepat sembuh.
Insya'Allah tiap penyakit ada ubatnya,
cuma mungkin Allah ingin menguji kita,
cepat atau lambat sembuhnya.
Bersabar dengan Allah, insya'Allah
Allah akan beri jalan keluar.
Insya'Allah kak ani, kami akan sentiasa
memberi sokongan dan semangat untuk kak ani.
janganlah risau dan sedih....
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, October 9, 2010
Posted by
cikgu sharifah
Sunday, October 3, 2010
Ahad yang tidak sunyi....
Saya bersama jiran rumah kanan saya kak nor
dan jiran rumah kiri saya yuslina
and adibah with her sisters menerima jemputan
makan pagi raya di rumah akh rosdi n kak pah.
Alhamdulillah.... nasi dagang menjadi hidangan....
Tengahari ke rumah rakan lama
hjh asmah yang rumahnya di perkarangan
penjara penur. Yang lain2 tak nak ikut.
Biasalah yang menjadi peneman.... nazirah....
Kemudian lepas tu singgah rumah kak azizah
di bukit rangin memenuhi jemputan kesyukuran
kerana akan menunaikan haji tak lama lagi.
Moga Allah selamatkan perjalanan akak
dan mendapat haji yang mambrur...
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, October 2, 2010
Posted by
cikgu sharifah
Wednesday, September 29, 2010
Hari jamuan lagi sempena perpindahan
pn siti mariam yagn dinaikkan pangkat
sebagai pengetua di smk lepar hilir.
Tahniah buat beliau dari saya.
Juga musim haji sudah menghampiri.
Jamuan buat cikgu junaidah dan cikgu azizah,
serta pakcik sibaweh yang akan menunaikan
haji ke mekah tidak lama lagi.
Alhamdulillah dapat menjadi tetamu Allah.
Moga mendapat haji yang mabrur.
Balik sekolah terus ke rumah sis halimah
memenuhi jemputan jamuan raya lagi.
Jumpa rakan lama anizaton....
Terus singgah tengok baby baru nini.
Tengok tu kecik2 sudah cergas dan cerdas.
Tahniah nini... insya'Allah membesar
akan menjadi anak yang soleh....
Posted by
cikgu sharifah
Sunday, September 26, 2010
Jamuan raya di masjid sg isap 3.
Antara agenda ceramah dari ustaz mohd aris jamin.
Bicara tentang penerusan amalan pasca ramadhan.
Petang pergi ziarah baby baru dr lela & ustaz sufian.
Alhamdulillah anak bakal pewaris....
Posted by
cikgu sharifah
Sunday, September 19, 2010
Petang ni nak balik kuantan....
Tapi sebelum tu snap2 dulu...
Dalam diam2 bonda pun peminat barang2 lama...
Tersimpan beberapa tempayan lama
yang dijadikan hiasan rumah bonda.
Dari terperosok tidak digunakan
bonda hias buat jadi meja @ pasu bunga....Itulah bonda ku yang kreatif....
Seperti tahun2 dulu umi dah yang paling lewat balik...
Doa semoga ayahanda dan bonda terus
diberi kesihatan yang baik,
kekuatan fizikal dan hati untuk beribadah kepada Mu.
Sebelum tu singgah sebentar di dungun
rumah ayah de & mak de.
Mereka berdua je tinggal di rumah.
Mak de nampak agar uzur.
Moga2 Allah juga memelihara kesihatan yang baik
buat mereka berdua....
Posted by
cikgu sharifah
Friday, September 17, 2010
Posted by
cikgu sharifah
Wednesday, September 15, 2010
Alhamdulillah, tak sunyi rumah.
Hari ini tamu dari sabah datang berkunjung....
Umi dah jamu nasi impit kuah kacang.
Abbas apa lagi happy sebab best friendnya
wan mohd hussien sudah datang...
Posted by
cikgu sharifah
Monday, September 13, 2010
Malam tadi terima tetamu pak de mang & mak de sekeluarga.
Setelah bermalam... pagi ini nak pulang...
huhu... gambar bawah tu ... still single....
Petang ayahbonda singgah bersama umi pah & papa.
Mereka nak balik raya di kt pulok.
Umi dah jamu lontong. Bonda kata sedap...
hehe... masuk bakul sendiri ni...
Posted by
cikgu sharifah
Sunday, September 12, 2010
Alhamdulillah, setelah melepaskan rindu buat ayahbonda
bagi meraikan kegembiraan syawal,
hari ini umi dah dan anak2 balik kuantan.
So far.... line clear...
Singgah kuantan sat je... lepas tu turun ke kemaman
kenduri raya rumah mok long...
Meriah2... jumpa ayoh cik & mek ani serta
orang sabak bernam.... zain & salmi...
Posted by
cikgu sharifah
Saturday, September 11, 2010
Posted by
cikgu sharifah
Wednesday, August 4, 2010
Lepas sekolah saya bersama rakan2 smkpb
menziarahi kak nab yang akan mengerjakan umrah esok.
Alhamdulillah ukhwah kami masih mesra terjalin.
Doa semoga kak nab selamat diperjalanan
dan mendapat umrah yang mabror.
Mulalah hati ini juga rasa rindu untuk
menjejakkan kaki lagi ke mekah al mukarammah.
Ya Allah... sampaikan hajat hambaMu ini....
Posted by
cikgu sharifah
Thursday, July 1, 2010

Bila meniti usia senja.... kerap mendapat
berita rakan2 tiba2 aje dengar2 tak sihat.
Sudah menghampiri petang tiba2 dapat
panggilan dari pah radziah
mengajak saya menziarahi kak izun.
Pn rohany dan hjh norasmah juga turut hadir.
Masih menunggu
mri scan report dari kmc.
Doa kami moga keputusannya bukan sesuatu
yang membimbangkan.