Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Muhammad Said Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Said Ramadhan. Show all posts

kemas rumah


mengemas bekalan2 yg dibawa dari mesia...
maka menurun ilmu dari tok...
melabel semua bahan untuk disimpan dalam 
tempat sejuk beku.
cuma beza sikit tok tulis kot jawi, ummi dah tulis rumi....


sa'id pun menyibuk gak nak masak pop corn dia...


the yellowish corn...


huhu.... siap! boleh ngap dah tu....

Riadhah

Hari ini cuti sempena pertabalan agong.
Ummi bawa muhammad sa'd dan nazirah ke taman bandar.
 Sudah lama tak datang sini berjogging.
Kalau ada walid tentu walid akan mengetuai
larian habis 3 pusingan.
Kali ini ummi brisk walking dengan 
muhammad sa'id habis 2 pusingan.
Nazirah....  macam biasa habis je
1 pusingan udah kepenatan...
Selesai berjalan ummi lawan badminton
dengan muhammad sa'id.
Aduh2 penat ummi dibuatnya sebab
untuk pengetahuan walid
muhammad sa'id memang handal 
pukulan bola tangkisnya mengalahkan ummi..... 

 Sedikit perkongsian tadi masa ijtima'
bicara cd "al qur'an sebagai sumber mata air..."
Lihatlah mata air titik memancar air 
dari tanah yang bersih dan jernih.
Alirannya subur menyirami bumi nan hijau.
Maka itulah al-quran sumber yang bersih
membening hati2 insan yang ingin
kembali kepada rabbnya.
Begitulah rasulullah saw mendidik 
kehidupan sahabat generasi awal hingga
al-qur'an menjadi acuan.
Lalu... begitu juga kita perlu kembali
kepada sumber tarbiyah yang sebenar iaitu al-qur'an.
Al-quran bukan sekadar dibaca, tapi
ditingkat hingga ke tahap faham dan amal.
Jika tidak ibarat air sungai jika hulunya keruh
maka keruhlah juga air di muaranya....
Wallahu'alam...

weekend at bgrc

 Berweekend di bgrc gara2 ummi 'ah belanja
dapat free appartment.
Apa lagi budak2 tak puaslah mandi manda.
Ummi jadi tukang jaga bag je.
Ha... ini cucunda sedara ummi si muiz
Uncle sa'id sedang memujuk 
si muiz yang sedang menangis.
Kekok je ummi tengok, sa'id kan mana ada adik....

Di bengkel kereta

 Sudah bertahun2 rasanya ummi tak kisah
apa pasal kereta, reti isi minyak je.
Alih2 walid jauh... ummilah terpaksa ke bengkel
kereta pagi ini untuk menukar minyak hitam etc2...
Muhammad sa'id ramadhan buat peneman.
"cikgu kat paya besar lagi ke?" tanya mekanik kereta.
"ya..." huhu... rupa2 anak murid sendiri.
Baguslah sudah berdikari sekarang semoga
apa2 yang diajar dulu bermanafaat.
Sambil menunggu sempat baca beberapa bab
dari buku menembus batas logika.
Tulisan bersantai kehidupan dae2 dari seberang.
Antara yang menarik ungkapan bahasa sunda
"nu medit teu mahi2, nu jembar teu kurang2"
yang membawa maksud
orang kikir takkan pernah cukup,
orang dermawan takkan pernah kekurangan....
Oleh itu usah gusar 
hiduplah untuk memberi sebanyak2nya, 
insya'Allah hasil tuaiannya 
akan kita petik di akhirat kelak..... 

Demam rindu...

 Lewat tengahari ummi dapat panggilan dari 
guru seria beritahu muhammad sa'id demam.
Tadi pagi sebelum gi sekolah rasa macam biasa je.
Tibe2 demam... huhu... demam rindu
kat walid agaknye...
Monyok aje muka, bila cakap nanti
ummi masak sup cicoh roti
baru nampak ceria sikit.
 Malam tu ummi bawa sa'id ke klinik.
Sampai 5 jenis ubat doktor bagi.
Alhamdulillah sa'id tak culas makannya.
Moga cepat sempoh...
Tadi ummi dapat mms dari walid,
ehem... walid nak tayang roti arab
makan dengan sup yang walid masak sendiri.
haha... pandai jugak buat sup bila dok sorang2 tu ye...
ummi tumpang tengok je lah,
nak merasa jauh benor.
So cepat2lah apply iqama tu,
nanti cepat ummi boleh masak untuk walid...

Merentas Desa

Tengoklah anak walid muhammad said ramadhan tu...
penuh semangat lari depan sekali...
Bukan main suka dapat hadiah tempat ke-6.
Siap pesan "umi tunjuk kat walid nanti ye...."

Said menang!!!

Nampak je kereta unser ummi masuk kawasan seria
said ramadhan berlari2 menuju ke unser.
"Ummi... said menang lari merentas desa
dapat hadiah..." tak sabar2 dia nak bercerita.
"Said dapat nombor berapa?" tanya ummi.
"Nombor enam... penat said lari... jalan... lari... jalan..."
celoteh muhammad said dengan penuh excited...

Ke mana tumpah kuah kalau tak ke nasi...
huhu... itulah anak walid... kuat bersukan...

Pertandingan Mewarna

"Umi.... aa'id tak dapat hadiah..."
"Kenapa pulak?" saya bertanya.
"Aa'id color tak cantik...." dia mengaku.
"Tak pe... lain kali aa'id color cantik2 ok..." pujuk saya.
Hari ini anak2 mengikuti aktiviti mewarna
sempena sambutan maal hijrah
yang dianjurkan oleh haluan pahang
dan masjid syadina othman al affan.

Hari lahir Muhammad Sa'id Ramadhan

Hari lahir muhammad sa'id ramadhan esok.
Tapi hari ini saya sudah order 2 kek,
satu nak makan kat rumah,
satu lagi nak bawa ke pasti
untuk dia makan dengan kawannya.
Tapi ketidaksabaran mengatasi segala2nya....
Biasalah budak2 bila lihat jer kek
tak sabar nak potong dan nak makan....
Selamat ulangtahun ke 5...
Doa bonda sentiasa agar anakanda
membesar dan menjadi anak yang soleh.
Pemuda harapan bagi generasi pewaris....

Sukaneka, Ziarah n Jiranita SID

Hari ini hari sukaneka dan jamuan raya di
pasti iqra' siti fatimah, tempat muhammad sa'id ramdhan
belajar tadika. Dari malam lagi dia beria2 bersiap.
Tidur bukan main awal. Siap pesan,
"umi esok cikgu beri topi, yang pompuan dapat tudung..."
tak habis2 ayat itu diulang2 ....

Maka pagi ini bukan main excited lagi...
Alhamdulillah.... boleh dikatakan semua aktiviti
yang dipertandingkan sa'id masuk belaka.
Rupa2 cekap dan pantas jua anakanda ku.

Tiap aksinya mencuti hati dan rasa.
Begitu pantas masa berlalu kadang2 rasa
macam baru je bersalinkannya....
cepat anak2 membesar
dan besar amanah yang menjadi tanggungjawab....

Akhirnya sesi penyampaian hadiah dan jamuan raya....
Huhu.... pulang dengan hati gembira tapi...
"umi2... cikgu kata isnin kena gi sekolah
nanti cikgu bagi hadiah banyak....
"
Biasalah.... bila ramai2 dan sibuk
tak sempat nak edar semua hadiah.
tapi anak2 bukannya kisah,
janji dapat main sudah cukup.....

Agak petang sikit ke rumah rakan lama
haniliza di bukit istana memenuhi
undangan jamuan raya lagi.
Yang lain penat.... nazirah je yang ikut....

Lepas asar bersama jiranita sid menyiapkan
juadah hidangan untuk jamuan raya malam ini...
Huhu... makan lagi...

Malamnya bersama jiran2 sid beramah mesra
dalam perjumpaan raya komuniti sid zone b.
Sebelum makan jamu hawa telinga
dengan tazkirah dari ustaz husni.

Berlalu satu lagi hari ...
Moga segala amal diterima Allah swt.

My boy....

Lama tak cerita pasal muhammad sa'id ramadhan.
Masa berlalu begitu pantas,
Tanggal 25 ramadhan 1426H
anakanda yang disayangi dilahirkan.
Sudah masuk 5 tahun usianya.
Sekarang ini minat bolanya menjadi2
pantang kering baju bola mesti dipakai....

Pasal makan nasi agak kurang.
Suka kurma dan roti...
(huhu... anak mekah ni...)
Tapi malam tadi masa berbuka
di rumah akh zakhir & ukht azizah,
sa'id bertemu rakan pasti, ikbal.
Apa lagi... saat2 semua orang sudah nak pi
solat terawih, baru dia beria2 nak makan nasi...
Menunggulah pulak kami2 ni....

My beloved son....

Hari ini cuti... memang patut pun sebab semalam
memang a very hectic day...
the whole morning at school, the whole evening and night at uiam,
balik rumah jam 2 pagi baru tidur...
Jadi di kesempatan pagi ini saya berpeluang
menghantar said ramadhan ke pasti.
Pagi isnin, anak2 pasti berhimpun dalam perhimpunan pagi.
Saya duduk sebentar melihat gelagat2 mereka.

Bacaan doa...
Tengok... sambil2 baca sambil2 main...

Huhu... tulah... cikgu denda berdiri di depan.
Bernasyid pulak kat depan....

Berbagai aksi...

Ni masa nasyid sepohon kayu...

Alhamdulillah.... moga anakku menjadi anak yang soleh.
Tak lupa buat mualimah2 yang mendidik,
jazakumullahukhairan kasira....

Said, maafkan mama...

"mama, esok adik nak gi sekolah dengan mama...", ujur said ramadhan pada saya. Kakaknya nazirah dan abangnya 'abbas sudah lama tidur. Tinggal said ramadhan saja sorang2 sambil bermain dengan permainannya.

"huhu.. mama keluar awal, kan adik pergi dengan pakcik man." jawab saya sambil kehairanan kenapa tiba-tiba nak suruh saya hantar pergi sekolah.

"tak nak, kereta pakcik man kecik, adik nak bawa bear gi sekolah, nanti tak muat." rayu said ramadhan kepada saya.

"mana sempat, mama kena datang awal ke sekolah kena buat relief cikgu." balas saya lagi. (entahlah said faham ke tak istilah relief cikgu tu). Saya bukan mencipta alasan, tapi biasalah pagi suasana cukup kritikal nak turun ke sekolah. Anak2 memang sensitif bila pagi2, silap sikit je, alamak meragam maka lewatlah saya ke sekolah.

"Lela tu.. mama dia hantar pergi sekolah... munir tu... mama dia hantar pergi sekolah juga... adik pun nak pergi sekolah dengan mama..." dengan suara hampir2 menangis...

Tepat saya memandang wajah anak saya, muhammad said ramadhan.... rupa2nya selama ini dia memerhati. Saya tak terkata apa2. Rasa sedih pulak jadinya. Namun perbualan saya terhenti disitu kerana walidnya pulang dari kerja (huhu... jam 9.00 baru pulang dari kilang....)

Terus said 'menjemba' walidnya dan mengadu pulak, "walid... paip bilik air rosak...". Begitulah reaksi anak2 bila berjumpa dengan walidnya mesti ada sesuatu dia akan mengadu, almaklum dari balik sekolah tak jumpa walidnya, so bila jumpa je macam2 benda dia cuba nak bercerita.

Memang kerosakan itu dalam pengetahuan suami saya, lalu dia membaikinya dan said ramadhan memerhati dan menolong2 dengan caranya bila suami saya menggantikan dengan paip baru.

Pagi...
Bangun je pagi said ramadhan terus memberi tahu kakaknya, "semalan aa'id tengok walid baiki paip.". Bagi kanak2 pengalaman tukar kepala paip satu yang bermakna dalam dirinya.

Saya lega, alhamdulillah dia tak merengget minta dihantar ke sekolah atau taska. Namun hati saya tetap terdetik, jangan diambil mudah, anak yang dikecil jangan disangka tak ada apa2, mereka memerhati dan sudah pandai membuat penilaian...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu