Hari ini cuti sempena pertabalan agong.
Ummi bawa muhammad sa'd dan nazirah ke taman bandar.
Sudah lama tak datang sini berjogging.
Kalau ada walid tentu walid akan mengetuai
larian habis 3 pusingan.
Kali ini ummi brisk walking dengan
muhammad sa'id habis 2 pusingan.
Nazirah.... macam biasa habis je
1 pusingan udah kepenatan...
Selesai berjalan ummi lawan badminton
dengan muhammad sa'id.
Aduh2 penat ummi dibuatnya sebab
untuk pengetahuan walid
muhammad sa'id memang handal
pukulan bola tangkisnya mengalahkan ummi.....
Sedikit perkongsian tadi masa ijtima'
bicara cd "al qur'an sebagai sumber mata air..."
Sedikit perkongsian tadi masa ijtima'
bicara cd "al qur'an sebagai sumber mata air..."
Lihatlah mata air titik memancar air
dari tanah yang bersih dan jernih.
Alirannya subur menyirami bumi nan hijau.
Maka itulah al-quran sumber yang bersih
membening hati2 insan yang ingin
kembali kepada rabbnya.
Begitulah rasulullah saw mendidik
kehidupan sahabat generasi awal hingga
al-qur'an menjadi acuan.
Lalu... begitu juga kita perlu kembali
kepada sumber tarbiyah yang sebenar iaitu al-qur'an.
Al-quran bukan sekadar dibaca, tapi
ditingkat hingga ke tahap faham dan amal.
Jika tidak ibarat air sungai jika hulunya keruh
maka keruhlah juga air di muaranya....
Wallahu'alam...
0 comments:
Post a Comment