Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Syawal. Show all posts
Showing posts with label Syawal. Show all posts

Raya enam...

Pagi ni... empat sekawan... turun mandi lagi...

Sebelum tu sempat bye-bye umi yah nak balik kl...

Pemandangan yang mendamaikan.
Air laut yang cukup tenang.
Namun setiap makhluk Allah berzikir kepadaNya...

Kali ini papa join sekali.....

Lepas mandi sure lapar.
Maka menikmati sarapan pagi di bangsal tepi pantai.
Masing2 tak cukup nasi lemak sebungkus sorang...

Ziarah rumah mak nab di kg nibung.
huhu... jumpa laksa teghanu kuoh merah.
Apa lagi memang lama tak makan.
Tips... kalau nak lebih sedap,
kena makan dengan tangan....
Tak percaya tengok gambar kecil belah kanan tu...


Kemudian rumah mak cik menah.
huhu... dijamu nasi bolly....
first time jugak jumpa ni, iras2 macam nasi dagang....

Lepas tu rumah mak teh lah.
Di jamu dengan laksa lagi....

Kira puas hatilah kali ini makan laksa....

Kat rumah cik nor, jamu nasi lemak pulak....

Kemudian ziarah rumah bonda tg hailani di bukit besar.
Maka misi tak sah kalau tak panjat bukit tu....

Tak habis lagi.... singgah pulak rumah cik nun...

Rumah terakhir untuk malam ini, rumah paling jauh....
(huhu... turun tangga rumah tok je...)
ziarah ayahanda engku arif...

Alhamdulillah... ziarah mengeratkan persaudaraan.

Akhirnya...baru balik kampung juga...

Alhamdulillah.... akhirnya balik kampung juga...
Malam tadi bertolak, biasalah sampai tengoh malam
kat rumah bonda... Baru boleh jumpa dengan umi su...
Pagi2 sa'id sudah jumpa saing... shafie...
Sebelum tu... tak sangka umi dah
sa'id boleh habis sebungkus nasi lemak ikan...

Agenda pagi ni... apa lagi kalau tak mandi laut....
Air memang cantik...

Petang kenduri walimah rumah hj sulaiman & kak fatimah.
Tahniah buat pengantin, aisyah & pasangannya.
Moga rumah tangga yang dibina menjadi batu2
yang akan menguatkan dnt....


Kemudian ke pantai mengabang telipot
bersama keluarga mak ngah & suda
cari ict... ikan celup tepung.
huhu... sebelum tu... sempat lagi singgah
(luar pagar je....) kat mrsmkt,
posing2 kenangan lama mengusik jiwa...

Malam beraya rumah suda pulak.
Thanxs suda jamu nasi lagi tu...


Tamu dari Sabah bak...

Alhamdulillah, tak sunyi rumah.
Hari ini tamu dari sabah datang berkunjung....
Umi dah jamu nasi impit kuah kacang.
Abbas apa lagi happy sebab best friendnya
wan mohd hussien sudah datang...

Ziarah Syawal

Malam tadi terima tetamu pak de mang & mak de sekeluarga.
Setelah bermalam... pagi ini nak pulang...
huhu... gambar bawah tu ... still single....

Petang ayahbonda singgah bersama umi pah & papa.
Mereka nak balik raya di kt pulok.
Umi dah jamu lontong. Bonda kata sedap...
hehe... masuk bakul sendiri ni...

3 Syawal kuantan-kemaman

Alhamdulillah, setelah melepaskan rindu buat ayahbonda
bagi meraikan kegembiraan syawal,
hari ini umi dah dan anak2 balik kuantan.

So far.... line clear...

Singgah kuantan sat je... lepas tu turun ke kemaman
kenduri raya rumah mok long...
Meriah2... jumpa ayoh cik & mek ani serta
orang sabak bernam.... zain & salmi...

2 Syawal Melaka - USJ - Tg Karang

Ziarah raya ke 2 bermula.
Misi asal melaka-USJ-tg karang-sabak bernam.....

Ke masjid tanah rumah fajri & aida.
Makan rendang melaka...

Kemudian ke rumah bonda nyang ku lok lok di usj.
Untie pah jamu nasi minyak ayam merah,
apa lagi budak2 ni.... favourite....

Selepas tu menuju ke tg karang...
huhu.. ingatkan dekat.... rupa2 kat 3 jam baru sampai
campur dengan jem lagi.
Tapi berbaloi... sampai2 panorama sawah padi
yang menghijau.
Memukau mata memandang dan menyejukkan hati....
Sungguh cantik alam ciptaan Allah swt.

Sebenarnya umi dah ke rumah akh taib,
sahabat lama ayah ramli sejak di mrsm lagi.
Kalau tak datang tak tahu keadaan....
Bila bermusafir barulah rasa lamanya nak sampai.
Anak2 sibuk bertanya, "bila lagi nak sampai rumah pakcik ni..."
Sebab liku2 perjalanan bukan terhenti di sini...
kena lalu batas2 tali air yang sempit lagi.
Cuma kami ter'wonder' macam manalah kehidupan
30 tahun dulu... jalan raya belum ada...
kenderaan pula tak seperti sekarang...
Tapi inilah kehidupan yang dibina oleh ibu dan bapa
demi kebahagian anak2...

Apa lagi... kalau tak berposing...
lebih2 lagi bila tahu inilah lokasi pergambaran nur kasih...

Jazakallah buat akh taib dan ukht rosmilah
serta keluarga kerana menerima kunjungan kami
untuk beraya di tg karang....

Dek masa, hampir lewat senja,
misi ke sabak bernam ke rumah zaim & salmi
terpaksa ditangguhkan.
Tapi alhamdulillah, musafir kali ini cukup bermakna.
Mengajar umi dah dan anak2 erti hidup berkeluarga,
kasih dan pengorbanan...

1 Syawal D'bangi

Pagi syawal umi dah anak beranak solat di
masjid bbb. Ingat tak ramai orang,
sebaliknya, rupa2 ramai juga hingga penuh
dewan solat... zaman sudah berubah,
ramai juga yang balik kampung selepas
solat raya rupanya...

Selepas sarapan raya, seperti biasa sesi bersalaman.
Buat umi 'ah tentu satu yang ujian buatnya,
raya kali ini orang yang disayangi telah tiada...
Tapi Allah maha pengasihkan, yang pergi
diganti dengan kehadiran menantu baru....
Insya'Allah ikat persaudaraan masih tetap utuh...

Buat ayahbonda memang tiada yang mengembirakan
bila lihat anak2 sama2 berkumpul...
Moga Allah swt memberi kesempatan untuk
bersama mereka di syawal akan datang.

Sesi bergambar....
Siapa yang tak de ni???
Umi yah.... awat lambat jem ke???
Umi su... raya di kt kali ni,
tak pe nanti balik kt kita jumpa di sana...

Alhamdulillah... moga keceriaan dan ukhwah
mengukuhkan persaudaran kasih sesama kita...

Waduh... ini aksi2 raya zaman cyber
yang tak jumpa pada zaman2 dulu...
Pantang masa luang... gadget komputerlah
jadi tumpuannya...

Tiba petang menerima tetamu
keluarga bonda nyang engku lok lok,
nenek saudara umi dah
.

huhu... tengok ayahnda tu... raya pun tak cuti....

Lewat petang ziarah rumah pak zah & cik nor di keramat.

Balik malam ada lagi kunjungan dari ku yah & keluarganya,
adik papa. Maka tak sunyi juga raya pertama
walau pun beraya di bandar...

Musafir Syawal

Maka musafir syawal pun bermula....
Kami sekeluarga menuju ke bangi
kerana raya tahun ini diraikan dirumah umi 'ah
memandangkan arwah uncle ayub baru meninggal.
Bonda dan ayahanda sudah pun berada
di sana sejak hari rabu lagi.
Perjalanan smooth sebab kenderaan banyak yang keluar kl,
kami yang ke kl line clear....
Huhu... kali ini raya kami tak balik kampung,
sebaliknya raya di bandar....

Tiba je terus bersiap2 masak untuk berbuka.
Kali ini cucu2 dara kena turun padang
al maklum sebab semua sudah besar panjang,
takkan nak tunggu makan je kan....


Dan... cucu2 teruna kena pasang khemah kat luar.
Tok'ki siap jadi mandor...


Alhamdulillah, selamat berbuka beramai2
di ramadhan terakhir 1431H.

Antara hidangan istimewa, pecal, cheranang,
dador, nasi kerabu dan khuzi....

Dan malamnya.... umi dah potong donut
dengan fuad.
We shared the same birthday's date....

Antara persiapan untuk raya esok,
umi dah anyam ketupat nasi.
Memang teringat sangat, kalau tidak biasanya
arwah uncle ayub yang akan sibuk menganyam
dan merebus ketupat.
Tahun ini umi dah cuba2 menganyam ketupatnya.
Jadilah jugak, tapi mesti tak sama kan...
Tengah2 sibuk buat kerja blackout pulak.
Huhu... umi 'ah lupa bayar bill elektrik ke....

EID MUBARAK 1430H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Salam Aidilfitri buat semua pengunjung blog.
"Taqqaballahu minna wa minkum."
Semoga Allah menerima amal kami dan amal kamu.

"Ya Allah, bantulah kami menghadapi
musuh2 Mu, musuh2 Islam.
Ya Allah, binasakanlah mereka beserta pendukungnya.
Ya Allah kepung dan timpakanlah kesulitan pada mereka.

Ya Allah, jagalah negeri kami dari tipu daya para penipu,
permusuhan para penyerang,
propaganda para perusak,
dan penyusupan para penyusup.
Jadikanlah negeri ini dan negeri kamu muslimin lainnya
aman, sentosa, dan sejahtera.

Ya Allah, kepada Mu kami memohon ampunan
dan kekuatan dalam agama, dunia dan akhirat.

Ya Allah, muliakan dan jangan Engkau hinakan kami.
Berilah dan jangan Engkau haramkan
pemberianMu pada kami.
Tambah dan jangan Engkau kurangi keimanan kami.
Jadikanlah kami pembawa pengaruh
dan jangan Engkau jadikan kami terpengaruh.
Ridhai dan berilah kami kerelaan.
Dan, himpunlah kalimat umat kami pada petunjukMu.
Pautkanlah hati kami pada ketaqwaan.
Dan, ikatlah keinginan kami pada amal kebajikan,
sebaik-baik perbuatan,
dan niat untuk berjihad dijalanMu.

"Ya Tuhan kami, ampunilah dosa2 kami
dan tindakan2 kami yang berlebih2an
dalam urusan kami,
dan kuatlah pendirian kami,
dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Ali Imran : 147)

Ya Allah, jadikanlah hari raya Eid ini kebaikan
dan membawa barakah bagi umat Islam.

Ya Allah, jadikanlah kami dan keturunan kami
sebagai penegak solat.
Ya Tuhan kami, kabulkanlah doa kami.

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami
dan dosa kedua orang tua kami,
juga dosa orang2 mukmin
pada hari perhitungan amal.
Amin,

"Dan dirikanlah shalat,
Sesungguhnya shalat itu mencegah dari
(perbuatan2) keji dan mungkar.
Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat)
adalah lebih besar
(keutamaannya dari ibadah2 yang lain).
Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
(Al-Ankabut : 45)

1 Syawal 1429H

Pagi 1 Syawal 1429H mencatat sejarah buat saya sekeluarga.

Kami berlapan telah ke SMASKL
untuk bersolat sunat hari raya bersama-sama.
Selalunya jarang boleh cukup korum ...
Pulang dari solat, singgah di perkuburan arwah mentua
di persimpangan Jalan Ibrahim.

Biasalah selepas solat,
masing-masing cucunda-cucunda
bersalaman dengan nenda berdua
dan dapatlah duti raya...

Kemudian sesi bergambar ramai-ramai...
Tahun ini hari raya pertama lengkap
kami 7 beradik ada...
Anak-anak saudara pun ada kecuali
Farah (kat India...) jangan sedih ye...

Ziarah pertama di rumah bapa saudara saya
ayahanda Engku Arif.
The only brother to ayahanda.
Rumahnya bersebelahan rumah ayananda.
Beliau baru sihat dari kena minor angin ahmar.
Moga Allah swt memberikan kesihatan bertambah baik.



Kemudian kami ke rumah Mok Ngoh di Bukit Depu.

Destinasi seterusnya, ke rumah Nyang Ayah,
ayahanda Engku Ubaidillah, di Chabang Tiga.

This the only adik kepada arwah nenda saya
yang ada di Kuala Terengganu.

Kemudian ke rumah Tok Che',
Bonda Tengku Hailani
adik kepada bonda saya di Bukit Besar.


Tengahari kami solat zohor di rumah Pak Di.

Selepas asar, ziarah Pak De' Mang di Bukit Besar.

Kemudian ke rumah mak sepupu suami, Mak Su.

Kemudian ziarah mak saudara Mak Cik Hawa
adik kepada arwah ayah suami di Kampung Nibung.

Rumah terakhir kami untuk hari pertama raya
di rumah Mak Teh Lah juga adik kepada arwah ayah suami saya
yang juga tinggal di Kg Nibung.
Begitulah routine kami di Aidil Fitri
kerana kami tinggal agak berjauhan dari sanak saudara
biasanya Hari Rayalah baru berkesempatan untuk
menziarahi mereka.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu