
Pagi sabtu dalam hujan renyai2
saya sekeluarga bermusafir menuju ke kl.
Alhamdulillah, perjalanan mengeratkan
mahabbah anak beranak.

Sampai di gombak
drop wan mohd hussein
setelah beberapa hari bersama muhammad 'abbas.
Jauh tu... datang dari sabah...

Kemudian terus menuju ke shah alam
untuk menghadiri walimatul urus
anakanda fatimah az-zahra & wan mohd nahar.

Mabrook buat anakanda kepada
kak siti ramlah & akh haris.
Mula mengenali kak siti masa di LA dulu.
Waktu tu saya masih undergraduate student,
kak siti sedang buat master dan az-zahra masih kecik.
Subhanallah... begitu jauh masa berlalu.

Siapa sangka kedatangan dengan izin Allah
saya dan suami dapat bertemu dengan sahabat2
sama2 belajar di US dulu,
akh hamdan & kak siti rohani,
juga akh mohd taib & ukht rosmila.
Pertemuan walau sebentar tapi
kehangatan ukhwah akan tetap segar di sanubari.

Selesai kenduri singgah solat di
masjid shah alam.
Tersangkut hampir sejam kerana hujan lebat.

Menghampiri jam 6.00 petang
barulah sampai ke rumah umi ah di D'7 bangi.
Menziarahi
uncle ayub yang keuzuran
plus rumah baru umi ah...
0 comments:
Post a Comment