21 tahun yang lalu.... kak long lahir dalam hidup ummi.
pelengkap kebahagiaan buat ummi dan walid.
walaupun tika saat kak long dilahirkan
walid tiada disisi ummi kerana jauh bekerja.
itu bukan penghalang malah satu kekuatan.
kita perlu bergantung hidup dengan Allah swt.
begitulah hidupmu anakku sayang...
usiamu akan berjalan bersama waktumu...
hari ini genap usiamu 21 tahun.
ummi serahkan satu kunci kehidupan untukmu
dari abu hurairah ra. bahawa rasullah saw bersabda,
"apabila seorang anak adam mati putuslah amalnya
kecuali 3 perkara : sedekah jariah, ilmu yang memberi manafaat
kepada orang lain dan anak yang soleh yag mendoakan untuknya."
(hadis riwayat muslim dllnya)
jadilah anak yang solehah untuk ummi dan walid....
0 comments:
Post a Comment