Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Tazkirah Ramadhan - Day 8


alhamdulillah anak2 ummi.... dengan kasih sayang
dan rahmat Allah sudah seminggu kita berpuasa.
mungkinkah pernah terdetik dihati kita,
sudah seminggu saya berpuasa. 
saya sudah biasa dengan puasa.
saya rasa badan saya sudah kuat. 
maka apa perlu lagi saya bersahur?

tahukah anak2 ummi.... amalan bangun sebelum fajar
merupakan kebiasaan orang ahli ibadah?
bangun pada akhir malam merupakan waktu
di mana suasana masih segar.
dan... puasa yang didahului sahur akan mendapat
berkah dari Allah swt.

" makan sahurlah kalian, kerana sesungguhnya
pada sahur itu ada keberkahan." (hr. bukhari)

oleh itu anak2ku.... marilah kita melatih untuk
bangun di akhir malam sebulan penuh ramadhan.
maka insyaAllah jika kita bersungguh2
akan mampu membiasakannya pada bulan2 lain.
lalu pada saat itu kita dengan izin Allah swt
mampu menunaikan solat malam dan bermunajat kepadaNya.

"hendaklah kalian mendirikan solat malam,
kerana ia adalah tradisi orang2 soleh sebelum kalian.
sungguh, solat malam mendekatkan diri kalian kepada Rabb kalian,
menghapuskan kesalahan, menjaga diri dari dosa
dan mengusir penyakit dari tubuh." 
(hr. tirmidzi, disahihkan oleh al-hakim)
wallahu'alam....

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu