alhamdulillah sudah 3 hari 4 malam ramadhan berlalu.
ummi solat tarawih di masjid berdekatan dengan rumah.
ada kalanya ummi naik kereta dan adakalanya hanya
berjalan kaki. jaraknya tidak sampai 10 minit.
mengambil hawa angin malam yang hangat sambil2 riadhah berjalan.
sudah tentu pengalaman yang cukup bermakna.
tempat yang berbeza amalan masyarakat setempat pun berbeza.
kelainan yang pertama, azan isya' akan dilaungkan lewat sedikit
hampir 2 jam selepas azan maghrib.
mengikut kata walid, ini memberi ruang untuk jemaah
rehat dan bersiap2 bagi mengerjakan solat isya' & tarawih....
solat tarawih hanya 8 rakaat dan tiada tazkirah
namun bacaan imamnya mirip2 imam makkah.
menurut walid lagi... (walid lagi... sebab di sini wanita amat terbatas,
lebih2 komunikasi nak cakap arab ummi pun tergagap2....)
imamnya masih muda dan seorang doktor perubatan
juga seorang hafiz.... masya'Allah....
waktu2 begini baru nampak wanita2 arab keluar
& hadir di masjid.... penuh juga saf jemaah wanita.
and last but not least.... kat sini witirnya terus baca qunut.
tak macam di tempat kita tunggu hingga separuh ramadhan.
dan doanya cukup panjang dan syahdu...
bergema dewan dengan laungan amin.
boleh membawa hati jadi sebak dan sayu....
alangkah beruntung kalau boleh faham bahasa arab....
0 comments:
Post a Comment