Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Tazkirah Ramadhan - Day 9


alhamdulillah.... anak2 ummi... bertemu kita di alam maya....
moga2 Allah menerima amal ibadah puasa kita....

anak2 ummi.... mari kita hayati hadis ini.
abu hurairah ra. meriwayatkan dari nabi saw,
bahawasanya beliau saw bersabda,
"setiap amal anak adam adalah untuknya,
dan satu kebaikan dibalas sepuluh kali lipatnya
bahkan sampai tujuh ratus lali lipat.
Allah swt berfirman, 'kecuali puasa, itu untukKu,
dan Aku yang langsung membalasnya. 
ia telah meninggalkan syahwat, makan dan minum kerana Aku.'
(hr. bukhari muslim)

anak2ku.... dapatkan hati kita merasai?
hadis ini menunjukkan kemuliaan ibadah puasa disisi Allah,
serta kecintaan Allah terhadap ibadah puasa.
masyaAllah.... ibadah puasa merupakan rahsia 
antara hamba dengan Allah... 
tidak ada seorang pun yang mengetahuinya....
sungguh sangat mungkin bagi hamba yang berpuasa
untuk makan dan minum kerana 
tidak ada orang yang mengetahuinya.
tetapi hal ini tidak dilakukanya.
sebab dia yakin bahwa Allah pasti mengetahuinya,
meski pun ia bersendirian.
oleh sebab itu ia meninggalkanya,
ikhlas semata2 kerana Allah swt.
sebab dia takut siksa Allah swt dan mengharapkan pahalaNya.
kerana keikhlasannya dalam ibadah puasa itulah,
sehingga Allah swt memberinya pahala,
dan mengkhususkan puasa untuk DiriNya,
di antara ibadah2 lain.
dan kekhususan pahala puasa ini akan benar2 tampak
dan dinikmati oleh orang yang berpuasa,
terutama kelak pada kiamat.
ia akan mendapat balasan dan pahala yang besar dari Allah swt.

wallahu'alam.....


0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu