Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Kepulangan 12 relawan....

Maaf visual memang tidak elok.
Apa tidaknya guna camera hp dan
tangkap gambar pula dari tv,
cahaya lawan cahaya, betul ke tidak istilah tu...
Tapi dek nak merakamkan detik2 penuh
bersejarah dan kenangan...
Seluruh rakyat malaysia menanti
kepulangan 12 relawan yang telah tercatat
disisi Allah telah melaksanakan tanggungjawab
dengan penuh perhambaan kepada Allah swt.
Mereka melalui satu pengalaman yang tidak dapat
di jual beli walau dengan seribu peluru
hatta nyawa sekali pun....

Sidang media dari timbalan tpm.
Beliau menyokong penuh saranan
memboikot barangan2 dari israel.

Ucapan yang di nanti2kan
dari ketua misi kemanusiaan ll4g
tn hj noorazman bt shamsuddin.

"Media berperanan besar menyampaikan
hingga ada yang terkorban
."

"Hero yang sebenar ialah mereka
yang mendoakan
dan bersolat hajat
agar kami dikeluarkan dari
tahanan israel."

"Dikalangan kami ada yang ditembak...
di kepala, belakang dan paha.
Semua menggunakan peluru rubber bullet."

"Kami diserang tanpa notis,
yang kami tahu
kami berjaga
untuk menpertahankan diri.
"

Mereka di serang.
Melalui helikopter pertama askar israel
menggunakan rubber bullet.
Tapi bila helikopter kedua datang,
serangan menggunakan peluru hidup.
Ada yangditembak dikepala, abdomen dan paha.


"Kami nampak dan kami rasai sendiri,
maka peranan media mendedahkan
betapa
askar isreal telah bertindak
di luar batas kemanusiaan
."

"Kerajaan malaysia perlu membawa
ke pihak berkuasa
mahkamah antarabangsa
agar mereka ini didakwa
."

Turut ditemurah, pn mazlina, isteri saudara noorazman.

"Isteri mana yang tidak dapat menahan
sebak
dan air mata, makan pun tak lalu.
Tapi saya berdoa.

Bila saya resah, saya serah kepada Allah.

Tiap kali saya jumpa dengan sesiapa,

saya meminta mereka tolong mendoakan

kepada peserta2 konvoi kerana pasti
salah satu
dari doa mereka akan didengar Allah swt.
"

Ibu saudara noorazman, pn khadijah
juga ditemuramah oleh wartawan tv3.

Juga isteri dr syed haleem, pn sh nurul huda
turut di temuramah oleh wartawan tv3.

"Mudah2han bukan 12 relawan sahaja
atau 600 orang tapi
seluruh masyarakat
dunia meneruskan
perjuangan ini
."


Akhir wartawan tv3 juga sempat juga menemurah
saudara noorazman.

"Apa yang berlaku sekarang ini hanyalah
merupakan sebahagian
dari rententan peristiwa2
ke arah untuk
menghapuskan
tembok2 kematian
yang mengelilingi gaza."

"Alhamdulillah walau pun kita tidak berjaya
memasuki gaza, sebenarnya kami telah berjaya

1. memberikan kesedaran kepada seluruh dunia,
hari ini dunia termasuk amerika sendiri terpaksa
mengutuk dan mengecam
apa yang dilakukan oleh israel.

Begitu juga dengan orang2 yang dulu tak pernah
langsung terfikir tentang palestine
hari ini telah mula melihat dan mula bertanya
tentang apakah masalah di palestine.

Ini kejayaan yang pertama
yang insya'Allah sebagai titik mula
yang akan menghancurkan tembok2
yang menghalang embargo tadi.

2. Mahu atau tidak mahu pihak israel telah berjanji
dan janji ini telah pun di beritahu kepada seluruh dunia
bahawa dia akan menghantar barang2 itu ke Gaza,
samada dia menghantar sendiri
atau pun united nation akan hantar.

Jadi yang penting mereka telah berjanji.
Sekiranya mereka mungkir janji ini
maka sekali lagi terbuktilah kejahilan dia ,
kezalimannya terhadap apa yang telah dikatakan
dan perkara ini tentu akan meruntuhkan
langsung kewibawaan israel sebagai satu negara
yang berprestij dipandangan negara2 kuasa besar.

Sebab itulah saya sebenarnya, saya melihat
aktiviti2 international sebelum ini,
saya dapat gambarkan bagaimana
amerika sendiri secara indirect
telah mengarahkan israel supaya memenuhi
segala tuntutan2 masyarakat dan sebab itulah
kami 12 orang termasuk juga 600 orang
yang berada di kapal mavi marmara itu
telah pun diusahakan untuk
dibebaskan secepat yang mungkin.
Tak pernah dalam sejarah israel membebaskan
tahanannya secepat itu.

Malahan ketika kami diarahkan
keluar dari penjara itu.
kami sebahagian dari orang2 arab
yang ada disitu memaki hamun askar2 yang ada,
dan askar2 itu hanya duduk diam
tak boleh buat apa2 kerana mereka mengikut arahan
kerana keluarkan orang2 yang ada dalam penjara
secepat yang mungkin supaya
tidak berlaku perbicaraan ke atas israel.
Inilah yang berlaku dan kita dapati
tekanan ke atas israel menjadi satu yang besar dan
mudah2han ia akan berterusan
hingga akhirnya israel membuat sesuatu untuk
menghapuskan tembok kematian tersebut, insya'Allah.


"Akankah ada mavi marmara ke dua atau
bukan mavi marmara dengan peristiwa yang sama
atau mungkin ada satu lagi kapal dari malaysia
yang akan cuba ke gaza selepas ini?"

Insya'Allah, kerana apa yang berlaku
pada hari ini adalah merupakan satu kesilapan
oleh israel yang telah menyerang kami
di luar daripada batasan2 sempadan ketenteraan dia.
Kesilapan ini pasti menyebabkan mereka berfikir
bahwa mereka tak boleh nak buat apa untuk
untuk konvoi yang akan datang.
Kami telah pun bercadang insya'allah
jika tiada aral melintang setelah kita dapat
kumpulkan kekuatan lagi.
Kami akan pergi ke sana dengan lebih ramai lagi
dengan banyak lagi ngo2 seluruh dunia untuk
menyertai konvoi2 yang akan datang
yang mana konvoi2 itu insya'allah,
cuma nak atau tidak nak israel terpaksa menerima.
Sebab apa yang berlaku pada kali ini
kami tidak masuk lagi ke perairan gaza.
Bila kami tak masuk mereka dah serang
maka satu kesalahan.
Sebab perancangan kami yang asal
ialah kami akan duduk di sempadan. Sekiranya
tidak ada apa2 barulah kami masuk .
Kiranya dihalang kami berkampung disitu.
Dan inilah perkara yang belum kami lakukan.
Yang mana kalau dilakukan pada kali kedua ini
tentulah israel akan merasa
tekanan yang lebih besar lagi
dari apa yang telah mereka lakukan hari ini.

Moga segala amal2 diterima oleh Allah.
Begitulah sedikit yang dapat dicoretkan
agar misi kemanusiaan ini difahami
oleh seluruh lapisan masyarakat.

Dulu cita2 nak jadi doktor tak tercapai,
maka jadi cikgu,
huhu.. hari ini jadi wartawan tak resmi pulak....

Selesai mendengar, tiba2 masuk mms...
"Ana dan hilal"
Rupa2nya juga menyambut kepulangan
anak muda langitilahi dari jordan
yang sedang bercuti di malaysia.
Insya'allah... ini juga bakal
wira yang akan mengegarkan dunia
dengan misi2 dakwahnya melalui maya...

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu