Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Bicara Ustaz Alhami Husain Suhaimi


Semalam Dr Halem berbicara,
tapi Allah izin dengar tapi
tak catit apa2 sebab semalam
too hectic from morning till end of the day,
tiba malam flat..............
Tadi alhamdulillah, malam ini saya sudah bersedia
dengan pen dan kertas sudah di tangan.
Bersedia untuk mencatat setiap pengalaman
Ustaz Alhami Husain Suhaimi dalam misi konvoi ll4g.
Menunggu bicara yang diluahkan.
Mengutip setiap ibrah untuk dijadikan
kekuatan dalam meneruskan perjuangan hidup.

"Ia merupakan satu pengalaman yang cukup manis,
satu pengalaman yang cukup baik,
kerana
matlamat kita ini ialah
untuk membantu saudara
kita
khususnya di bumi gaza.
"
ustaz memulakan bicaranya.

"Dan semestinya kita mestilah memurnikan
keikhlasan kita kepada Allah swt
kerana untuk mencapai kejayaan
atau pun untuk diterima bagi Allah
sebagai satu amalan yang baik
ia mestilah terbit daripada hati yang ikhlas."

"Jadi pengalaman ini sebenarnya mengajar kita
supaya sentiasa menjaga hubungan hati dengan Allah swt
kerana amal
yang nak diterima oleh Allah swt tu
ada 2 syarat,
1. mestilah mengaitkan hati kita
dengan Allah swt sentiasa

2. mestilah bertepatan atau pun
selari dengan manhaj rabbani.
"

"Maka ini menjadi satu perkara yang boleh diambil
ibrah atau iktibar dimana hubungan hati
dengan Allah perlu dijaga sentiasa
dan hubungan hati itu jugalah
mesti ada selepas misi ini,
ertinya dalam masa kita membawa misi,
dan selepas kita kembali ke tanah air,
maka hubungan itu mesti terus disambung.
Itulah satu kekuatan yang perlu ada
Dan itulah merupakan satu pengalaman
yang mentarbiyah diri kita
dan mendidik jiwa kita
supaya benar2 ikhlas untuk mencari mardhatillah."

"Dalam kita mengikuti konvoi itu maka,
satu perkara yang perlu kita ingat juga ialah
ukhwah atau pun persaudaraan.
Itu juga merupakan satu yang penting untuk kita jaga.
Maka ia juga berkait rapat dengan hati kita.
Kita lihat sahabat2 kita yang ikut serta,
Kalau ada lebih kurang tu kita tak rasa hati
dan sebagainya dan kita sentiasa saja
baik sangka kepada semua orang
yang ikut konvoi itu.
Itu merupakan cara kita mendidik hati kita
melihat saudara kita sebagai
orang yang kita anggap lebih baik dari kita.
Itu merupakan satu kunci utama
yang mengajar kita untuk terus
menjaga hubungan hati sesama manusia dan
juga menjaga hubungan hati dengan Allah swt"

"Dalam masa kita menghadapi saat2 kritikal,
maka itulah yang mengajar kita
benar2 erti tawakal kepada Allah,
erti berserah diri kepada Allah swt.
Dalam waktu itu tidak ada harapan lagi
yang kita sandarkan kepada sesiapa pun
melainkan kepada Allah swt."

"Alhamdulillah, Allah beri kami semua ni kekuatan,
ertinya ketika di serang sepatutnya
kami rasa takut, rasa gentar, rasa menggigil
dan sebagainya tapi alhamdulillah kami
semua diberi kekuatan oleh Allah swt
tidak ada perasaan takut langsung ketika itu.
Melainkan rasa ingin mempertahankan kapal
itu dari dinaiki oleh tentera2 israel."

"Yang mesti kita hendak kena lihat bahawa
isu palestin atau pun khususnya gaza
dia tidak semestinya
dilihat dalam bentuk yang bermusim.
Maksudnya bila ada sesuatu yang berlaku,
barulah kita beri pun beri perhatian.
Bila di serang, contohnya
gaza diserang oleh israel dulunya,
rakyat di malaysia atau seluruh dunia
mula memperkatakan atau
barulah mula bincang soal palestin.
Tidak sepatutnya jadi bergitu kerana
isu ini perlu dilihat sebagai isu yang penting
terutamanya ia adalah merupakan isu aqidah
sebab bumi palestin itu
adalah merupakan bumi para anbiya, bumi isra',
juga merupakan bumi wakaf umat islam
ketika diistiharkan oleh khalifah saidina umar al-khatab.
Ia sebagai tanah wakaf untuk umat islam
maka ia perlu dipertahankan.
Jadi ia tidak boleh dilihat secara berasingan,
atau sebagai isu geografi semata2 atau isu arab
tapi adalah isu umat islam seluruh dunia."

"Apa yang membimbangkan saya
nanti piala dunia akan hampir,
orang akan terus melupakan isu palestin
dan fokus pada piala dunia.
Jadi harapan saya bahawa kita tak boleh
meninggalkan isu palestin ni begitu saja."

"Ketika kami selamat pulang ke tanah air
maka orang menanggap isu ini sudah selesai.
Jadi org pun meninggal tidak lagi solat hajat dan berdoa.
Solat hajat bukan untuk kami saja,
tapi solat hajat sepatutnya diteruskan,
kita terus mendoakan supaya saudara2 kita gaza
di tahan selama 3 tahun
agar hidup bebas seperti manusia lain seluruh dunia."

"Kita akan teruskan untuk menimbulkan kesedaran
kepada masyarakat. Kita akan terus mengutip dana
walaupun mungkin bantuan yang kita nak salurkan itu
tak sampai tapi kita terus berusaha agar bantuan
itu satu masa nanti akan sampai juga.
Kita lebih berusaha menyedarkan masyarakat
supaya merasai isu pelestin ialah
adalah merupakan isu umat islam seluruh dunia.
Agar terus memeberi kesedaran kepada masyarakat
agar membebaskan saudara kita di gaza
dari tembok kematian
dari tentera israel yang terkenal kejam."

0 comments:

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu