Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Jemputan Lagi...

Ahad yang tidak sunyi....
Saya bersama jiran rumah kanan saya kak nor
dan jiran rumah kiri saya yuslina
and adibah with her sisters menerima jemputan
makan pagi raya di rumah akh rosdi n kak pah.
Alhamdulillah.... nasi dagang menjadi hidangan....

Tengahari ke rumah rakan lama
hjh asmah yang rumahnya di perkarangan
penjara penur. Yang lain2 tak nak ikut.
Biasalah yang menjadi peneman.... nazirah....

Kemudian lepas tu singgah rumah kak azizah
di bukit rangin memenuhi jemputan kesyukuran
kerana akan menunaikan haji tak lama lagi.
Moga Allah selamatkan perjalanan akak
dan mendapat haji yang mambrur...

Sukaneka, Ziarah n Jiranita SID

Hari ini hari sukaneka dan jamuan raya di
pasti iqra' siti fatimah, tempat muhammad sa'id ramdhan
belajar tadika. Dari malam lagi dia beria2 bersiap.
Tidur bukan main awal. Siap pesan,
"umi esok cikgu beri topi, yang pompuan dapat tudung..."
tak habis2 ayat itu diulang2 ....

Maka pagi ini bukan main excited lagi...
Alhamdulillah.... boleh dikatakan semua aktiviti
yang dipertandingkan sa'id masuk belaka.
Rupa2 cekap dan pantas jua anakanda ku.

Tiap aksinya mencuti hati dan rasa.
Begitu pantas masa berlalu kadang2 rasa
macam baru je bersalinkannya....
cepat anak2 membesar
dan besar amanah yang menjadi tanggungjawab....

Akhirnya sesi penyampaian hadiah dan jamuan raya....
Huhu.... pulang dengan hati gembira tapi...
"umi2... cikgu kata isnin kena gi sekolah
nanti cikgu bagi hadiah banyak....
"
Biasalah.... bila ramai2 dan sibuk
tak sempat nak edar semua hadiah.
tapi anak2 bukannya kisah,
janji dapat main sudah cukup.....

Agak petang sikit ke rumah rakan lama
haniliza di bukit istana memenuhi
undangan jamuan raya lagi.
Yang lain penat.... nazirah je yang ikut....

Lepas asar bersama jiranita sid menyiapkan
juadah hidangan untuk jamuan raya malam ini...
Huhu... makan lagi...

Malamnya bersama jiran2 sid beramah mesra
dalam perjumpaan raya komuniti sid zone b.
Sebelum makan jamu hawa telinga
dengan tazkirah dari ustaz husni.

Berlalu satu lagi hari ...
Moga segala amal diterima Allah swt.

Majlis Restu

Pelajar PMR ada majlis restu hari ini.
Saya apa lagi kena snap2lah...

Solat Hajat Perdana

Malam tadi majlis solat hajat perdana smkpb,
gabung semua untuk pmr, spm & stpm
di masjid hidayah permatang badak.
Huhu... boss saya juga turut hadir siap berbaju melayu.
Guru2 pun ramai yang datang,
gabungan yang baru dan lama,
membentuk kerjasama yang baik.
Moga ukhwah terikat erat....
Saya... macam biasa tetap dan berpencen kot
ajk fotografi, maka snap2lah dengan hp cap ayam ini.
Sebab tu ada kala gambar jadi kelabu kelala...

EXAM!!!!

Hari ini trial's exam untuk paper add maths...

Lihatlah aksi dan gelagat mereka bila menjawab soalan tu....
Dalam ramai2 ada juga sorang yang tak hadir.

Cikgu hanya mampu berdoa agar dapat menjawab
dengan sebaik mungkin setelah segala
tunjuk ajar dan tips yang telah diperturunkan....
Remember.... add maths is easy.....

Jamuan Kesyukuran

Hari jamuan lagi sempena perpindahan
pn siti mariam yagn dinaikkan pangkat
sebagai pengetua di smk lepar hilir.
Tahniah buat beliau dari saya.
Juga musim haji sudah menghampiri.
Jamuan buat cikgu junaidah dan cikgu azizah,
serta pakcik sibaweh yang akan menunaikan
haji ke mekah tidak lama lagi.
Alhamdulillah dapat menjadi tetamu Allah.
Moga mendapat haji yang mabrur.

Balik sekolah terus ke rumah sis halimah
memenuhi jemputan jamuan raya lagi.
Jumpa rakan lama anizaton....

Terus singgah tengok baby baru nini.
Tengok tu kecik2 sudah cergas dan cerdas.
Tahniah nini... insya'Allah membesar
akan menjadi anak yang soleh....

Deepest Condolences: Ustaz Dahlan Mohd Zain

Tuesday, 28 September 2010 15:29 MZakiran
8 September, Perlis – Dato’ Kaya Bakti Dahlan @ Dahaman Mohd Zain, ,founder and Principle of Maahad at-Tarbiyah Islamiyah (MATRI) passed away today. The deceased, more commonly known as Ustaz Dahlan, passed away at 9:55 am at his home in Kg Kerisik shortly after being brought home from Cardiac Care Unit (CCU) Hospital Tengku Fauziah. He had been in a coma for 41 days in the CCU.

While waiting for the deceased body to arrive, before Asar, Al-fadhil Ustaz Omar Haji Salleh, Vice Principle MATRI and also Vice-Chairman of MATRI’s Board of Directors of took the chance to thank everyone who had come from far and near to give their last respects to Ustaz Dahlan.

The funeral prayer (Solat jenazah) is done in MATRI’s surau after Asar, and the deceased is buried in Tanah Perkuburan Islam Kampung Tunjung, not far from MATRI.


Almarhum Ustaz Dahlan made huge contributions, especially in the field of education and the progress of dakwah in Malaysia. He contributed ideas, efforts and his whole life in processing individuals to become human capitals, according to Islam. Apart from that, the deceased encouraged and trained members of various NGOs who are active in education, dakwah and community service including organization such as HALUAN. His efforts and contributions in more than four decades have many positive impacts on the development of education and the spread of Islamic understanding in Malaysia. May all his efforts be counted as good deeds by Allah SWT.

The deceased left a widow and four sons and daughters, along with many students all over the country. HALUAN Malaysia sends deepest condolences to the family and students of Almarhum Ustaz Dahlan.

Last Updated ( Tuesday, 28 September 2010 16:00)

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/deepest-condolences-ustaz-dahlan-mohd-zain.html

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu