Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Ihtifal SeRIA

Menemani anak2 ke rehearsal ihtifal seria
yang akan diadakan esok di dewan dagangan indera mahkota.
Muhammad sa'id ramadhan pun ada ihtifal
di dewan sg isap damai esok
Allah izin ummi tak dapt hadir dua ihtifal tu.
Kebetulan di sekolah esok sekolah ganti
dan ummi sudah plan nak buat
program sentuhan akhir bersama anak2 pelajar
ummi yang akan ambil spm nanti.
Ada masa kita kena membuat pilihan terbaik
antara yang terbaik.....


HALUAN Pahang Mendidik Jatidiri Pelajar-pelajar Pilihan SMK Paya Besar Kuantan

Tuesday, 09 November 2010 19:12

KUANTAN, 3 November - HALUAN Pahang meneruskan usaha berbakti kepada masyarakat dengan memberi tumpuan kepada program pendidikan bagi melahirkan warga negara yang berilmu dan berakhlak mulia. Terbaru HALUAN Pahang telah mendapat kepercayaan da n diberi amanah oleh SMK Paya Besar Kuantan, Pahang untuk mengisi program pemantapan jatidiri dan sahsiah terpuji kepada pelajar-pelajar putera dan puteri tingkatan 1 dan 2 berumur 13-14 tahun.

Program telah diadakan pada 2 hingga 3 November 2010 bertempat di Kempvilla Resort, Kg Kempadang, Kuantan yang disertai seramai 60 orang pelajar terpilih beserta beberapa guru-guru pengiring. Tujuan program ini adalah untuk me mbentuk pelajar-pelajar agar mempunyai jatidiri dan disiplin yang tinggi dan terhindar dari melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan masa depan mereka. HALUAN Pahang telah mendapatkan khidmat dari motivator dan fasilitator terlatih dari Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) Kelantan dan HALUANSiswa Pahang yang diketuai oleh Sdr. Razali b. Maarof bersama 8 orang fasilitator lelaki dan perempuan.


Menurut Penyelaras Program HALUAN Pahang, Sdr Abd Bashir Abd Ghani, program selama 2 hari 1 malam ini sedikit sebanyak telah berjaya memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar untuk mereka memahami tujuan menuntut ilmu dan kepentingan berakhlak mulia. Di usia yang sebegini muda dan mentah, mereka mudah terpengaruh dengan budaya songsang yang boleh merosakkan masa depan mereka jika tidak dibendung dengan segera. Justeru itulah pihak sekolah menganjurkan program ini dan memberi kepercayaan kepada HALUAN untuk membentuk pelajar-pelajar terpilih ini.

Beberapa modul pengisian program telah dijalankan oleh motivator dan fasilitator bagi memastikan program dapat berjalan dengan baik dan lancar serta mengembirakan mereka. Fasililtator terpaksa mengerahkan kepakaran dan pengalaman mereka bagi mengendalikan program ini dengan berbagai pendekatan walaupun agak keletihan melayani karenah nakal peserta. Maklumlah berhadapan pelajar-pelajar pilihan yang masih terumbang ambing menentukan karisma mereka. Berkat kesabaran abang-abang dan kakak-kakak fasilitator , mereka semua gembira dan seronok menyertai program ini.

Antara pengisian program yang dapat dan sempat dilakukan dalam masa yang terbatas ini termasuklah ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan (LDK), riadhah, solah berjemaah, qiamullail , sesi muhasabah dan kaunseling. Program perasmian penutupan bersama ibubapa mereka telah diadakan pada 3 November 2010 jam 3.00 petang di sekolah mereka dengan acara penyampaian hadiah dan sijil oleh Pengetua sekolah. Sebelum ucapan penutup, satu ceramah keibubapaan bersama dengan ibubapa peserta telah disampaikan oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Abd. Rahman dari HALUAN Pusat. Ucapan penutupan telah disempurnakan oleh Pengetua Sekolah, En. Nandrakumaran.

Dalam ucapannya, beliau berulang kali mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada pihak HALUAN kerana sudi membantu pihak sekolah mendidik pelajar-pelajar mereka. Suatu usaha kerjasama yang kukuh antara pihak sekolah dengan NGO. Beliau berharap pihak HALUAN akan dapat mengisi lagi program mendidik pelajar-pelajar mereka dimasa akan datang.Terdahulu dalam ucapan mewakili HALUAN Pahang, Sdr Abd. Bashir merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak sekolah yang telah memberi peluang kepada HALUAN Pahang mendidik pelajar mereka dan berharap usaha yang baik ini berterusan di masa akan datang. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Norehan Guru Penyelaras Bina Insan SMK Paya Besar selaku guru penyelaras program yang telah banyak memberi kerjasama dan bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran program ini. Juga kepada semua fasilitator dan penceramah yang begitu komited membantu menjayakan program ini.

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/haluan-pahang-diberi-kepercayaan-mendidik-jatidiri-pelajar-pelajar-pilihan-smk-paya-besar-kuantan.html

Mood sedih :(

Terimakasih kepada pah mansor, kak ti,
akemarini dan min kerana
jamu lagi makan2 kat bilik ert.
Katanya nak menghabiskan beras hujung tahun.
Tapi dalam mood sedihlah.... :) sebab
mendapat perkhabaran (sejak last week lagi...)
teman dan rakan seperjuangan pah radziah
akan berpindah kerana kenaikan pangkat
sebagai gpk pentadbiran
di smk sg isap.
Baru je kami berangan2
nak keluar dari zon selesa smkpb & cari cabaran baru.
Konon2 sama2 nak pindah ke smk sg isap murni
yang akan dibuka pertengahan tahun depan.
Nampak gaya sahabat saya pindah dulu
tinggalkan saya kat sini....
Walaubagaimana pun begitu tahniah.
Moga diberi kekuatan oleh Allah swt
untuk memikul tanggungjawab baru
di sekolah baru nanti.
Siapa lagi kalau bukan kita guru
untuk membimbing dan memimpin
generasi akan kan datang....

Abbas pergi kem`

Muhammad 'abbas salimi menghabiskan
cutinya dengan menghadiri kem anak soleh2
di kem damai. Sampai2 je tak bagi umi
balik sebab tak jumpa dengan kawan yang dikenali...

Majlis berakhir tengahari tadi.
Ceramah penutup dari hjh rohani.
Agak menarik, moga memberi keinsafan
kepada anak2 yang hadir.
Bukan mudah untuk berubah,
namun jangan putus asa untuk mendidik....

Jiwa remaja

Jalan2... jumpa lagi anak2 murid saya.
"Cikgu ambil gambar kitorang...", they request.
"No problem", ujar saya.
Maka pelbagai aksi dan gaya.
Huhu... sebenarnya saya terserempak
dengan mereka lagi buat kali ke 2...
sedang tawaf bangunan sekolah.
Alahai... dua tiga hari lagi nak exam spm,
masih lagi belum serius2....

Jiwa remaja.... kenapa mereka nakal ye????
Hingga ada kalanya kita rasa kadang2
kenakalan mereka tidak masuk akal
dan mengganggu p&p kita.
Memang ya... kita akan merasa berbeza
sebab level mereka dengan level kita jauh berbeza.
Remaja diusia awal belasan tahun,
sedangkan kita sudah menjangkau separuh
dari usia umur kita. Sudah tentu berbeza....
Tapi dalam melayani karenah remaja saya masih ingat
satu tips dari pensyarah semasa saya di mpktbr dulu2.
Pensyarah memang mesra dengan guru2 pelatih
hingga kami panggil dengan nama pak long.
Katanya kita kena turba...
Mula2 saya hairan, kalau turbo pernahlah dengar!
Rupa2nya turba tu short form untuk turun ke bawah...
Makna kata bila menangani remaja,
kita kena turun ke bawah
masuk ke dalam dunia mereka.
Cuba melalui, mendalami dan merasai
apa yang remaja2 lalui.
Jika tidak sukar untuk kita menerima meraka
dan mereka menerima kita....
Itu teori yang saya dapat dan itulah
yang saya cuba praktikkan bila menjadi guru.
Dalam kenakalan sebenarnya jiwa remaja lembut.
Cuma mereka celaru dalam mencari identiti diri.
Maka jika tiada yang membimbing maka remaja
akan terjebak ke dalam aktiviti2 yang negatif
atau bertentangan dengan fitrah yang Allah suruh.
Maka kitalah yang lebih berpengalaman dan
banyak makan garam ini mendalami jiwa mereka.
Sentuh dan bimbing mereka agar mereka tidak hanyut.
Kembalikan remaja kepada fitrah yang asal.
Sedarkan mereka dengan al-quran
dan method pendidikan madrasah rasulullah saw.
Ingatkan mereka kepada pemuda yang hebat
seperti ali bin abi thalib, zubair bin awwam,
atau al-arqam bin abi al-arqam.

Dan ingatlah kata2 umar r.a.
"Barangsiapa ingin memegang nasib sesuatu bangsa,
maka genggamlah para pemudanya..."

Mereka harapan kita....

Kem Jatidiri SMKPB 2

Day 2... ldk...

Bincang....

Bentang...

Ada masa.... tak tahan... kena denda jugak....
tapi boleh gelak lagi tu....

Penutup bersama fasi haluansiswa dan haluansiswi.
Moga menjadi pengalaman bermakna buat kalian.

Perjalanan pulang...

Ceramah keibubapaan oleh tn hj ibrahm abd rahman
dari haluan pusat dan diikuti dengan majlis penutupan
yang di sempurnakan oleh tuan pengetua en nandakumaran.


Kem Jatidiri SMKPB 1

Bermula kem jatidiri pelajar terpilih.
Program dengan kerjasama haluan pahang
diadakan di kemville kempadang.
Sebelum bertolak naik bas, baca doa dulu...
Moga mendapat sesuatu yang bermanafaat.
Saya ... petang sikit baru bersama mereka,
pagi ini ada kelas tingkatan 5,
nak tinggalkan kesian pulak mereka ini.
Masing2 saat2 akhir sedang nak buat
persediaan untuk spm.
Tahu2 je lah.... kalau dengan add maths....
jarang boleh jumpa sedar awal2...
last2 minute baru rasa nak buat sungguh2....

Petang saya sampai mereka sedang
berbincang dalam ldk & pembentangan kumpulan.
Huhu... macam2 ragam sebab tau2 je lah
they're really special group...


Malam bersama akh basyir membicarakan tentang
fasa2 perjalanan kehidupan.
Cukup menginsafkan....

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu