
Pagi Ahad, saya singgah ke cafetaria.
Dulu sini Bilik Muzik. Sekarang cafetaria
diuruskan oleh Abang Mat. Dulu dia tukang masak
dewan selera. Sekarang sejak makan pelajar
diswastakan, pekerja2 dewan makan di serap jadi
perkerja am. Abang Mat pun ada menyimpan
kenangan dengan xkt83. Dia cerita kepada suami saya
he recalls, 10 PPH trucks mengiringi kepulangan
xkt83
after SPM... (wow ganah2 jugok puok2 ni...)
Sambil2 bercerita saya tanya mana Kak Leha
(another tukang masak yang sangat2 baik kat dewan selera).
Abang Mat cerita Kak Leha sudah 2 bulan MC, dia sakit
buah pinggang. Terkejut saya mendengarnya. Masa tu
saya rasa ada air mata di kelopak mata saya,
tapi saya tahan. Kak Leha begitu baik, dia lah
yang dok membesarkan saya, beri saya makan nasi kawah...
Sebelum balik terserempak dengan Kak Atiqah
(pioneer xkt82).
Now she's one of the teachers kat maktab.
Bila cerita anak2 saya tiga2 belajar di SMASKL,
Kak Tiqah really terkejut, dia kata,
"Dah,
we have the same vision. Tak semesti ibu ayah
belajar maktab, anak2 pun kena gi maktab...."
Anak2 Kak Tiqah pun belajar sekolah Imtiaz, target untuk hafiz.
Before balik anak2 semua nak lakar
kenangan dengan Umi Pah.
So thanks so much kalau tak kerana
reunionmungkin tak tidur rumah Umi Pah.

Balik, suami round jalan Mengabang Telipot.
Saya teringat2 Kak Leha. Rasa macam tak kena
kalau balik tak ziarah dia. Saya ajak suami saya
cari rumahnya. Kami cuba2 alhamdulillah jumpa.
Dia berseorangan di rumah terselepok
atas katil di dapur rumahnya. Saya terkejut,
badannya kurus sekali. Kak Leha tak cam saya
tapi bila saya perkenalkan diri, dia terus menangis
dan peluk saya. Saya pun sayu melihatnya.
"Kak Leha sakit Dah... 2 bulan Kak Leha
tak gi kerja, buah pinggang Kak rosak..."
Kak Leha mengadu deritanya pada saya.
Memang saya dapat lihat keperitan sakitnya.
Di tengkoknya masih ada plaster kerana kesan
tebukan untuk hemodalisis. Tangannya lebam,
"Ni doktor cuba urat tangan tapi tak dapat,
bersembur darah dari tangan Kak Leha,
Kak Leha tak sedar lepas tu, ingatkan tak dok doh..."
Hati saya jadi makin sayu. Dulu tangan tulah yang mengoyak
berguni2 bawang untuk masak di dewan selera.
Saya meninggalkan Kak Leha dengan hati yang berat.
Saya bisik kepada Kak Leha, " Sabar ini ujian Allah buat kita,
mungkin ada hikmah yang kita tak tahu." Hanya itu
yang mampu saya ucap untuk mengembirakannya
Hati saya berdoa, moga Allah permudahkan sakit Kak Leha.

Balik dari Batu Rakit, singgah Sabasun,
anak2 beli kelengkapan nak balik asrama.
Kemudian hantar mereka ke SMASKL.
Sebelum tu singgah rumah Dr Rohaiza
kerana lihat
baby lelakinya yang ke 6.
So Habibah dan Naemah, umi dan walid
doa both of you do be excellent in your PMR n SPM...Then terus pulang Kuantan.
(tak balik rumah bonda dan ayahanda kerana mereka di KL)
Singgah Kemaman sat, Kak jamu dengan
Char Kuey Teow Fadhil pulak.
Hampir jam 11.00 baru sampai rumah di Sg Isap Damai.
Hah... baju sekolah anak tak gosok lagi untuk esok.