Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Rehlah Keluarga di Cameron Highland



Tengahari selesai kenduri kami sekeluarga
bertolak untuk rehlah keluarga di Cameron Highland.
Penduduk di sini memang suka bertanam.
Sepanjang jalan sebelum keluar Lebuhraya PLUS
penuh pokok pisang dan tebu serta kelapa sawit.



Perjalanan dari Sabak Bernam - Telok Intan -
Simpang Pulai - Brincang makan masa hampir 3 jam
dalam hujan kadang kala lebat dan
kadang kala renyai.



Bermalam di Hill Garden Lodge Apartment.

Walimatul Urus



Malamnya kami bermalam di rumah yang disediakan.
Rumah yang besar dan selesa
dan berkumpul beberapa adik2 suami saya
Ustaz Mezah, Sham, Ida, Mak De dan keluarga masing2
serta keluarga Mak Su.
Sebenar lama kami adik beradik tak berkumpul
sejak arwah mertua saya tiada.



Jam 11.45 rombongan bertolak
ke rumah pengantin perempuan
di Kg Batu 37 Darat.
Yang menarik sepanjang jalan nak ke rumah pengantin
tanah2 yang ada semua dimanafaatkan
dengan tanaman seperti pisang atau ubi.
Tiada pun tanah yang terbiar.



Rombongan pengantin lelaki yang diketuai oleh Mok Long.
Anak2 tu tolong meramaikan rombongan.
Hah.. ingatkan pengapitnya si Mamat,
tapi tukar pulak dengan Nizam.



Lain tempat lain budayanya.
Kami di hidangkan dengan persembahan
marhaban dari penduduk sini.
Yang unik marhaban menggunakan
bahasa jawo...



Lakaran kenangan bersama
Zaim dan Salmi.
Selamat Pengantin Baru.
Moga Allah berkati menjadi
rumahtangga dakwah yang
dapat menyumbang untuk Islam.



Yang baju belang tu Faisal dan Aqid.
Yang lagi satu Kak Cik dan Hamidah.
Hah... Hamidah itu baru saya perasan
anak kepada sepupu ayahanda saya
(Ku Leha) kalau dengan saya 2 pupu kut.
Rupa2nya kawan baik Kak Chik.
Bila tinggal berjauhan, saudara mara
jarang jumpa sampai tak kenal...

Majlis Akad



Alhamdulillah, majlis akadnya selesai yang diadakan
di masjid berdekatan kampung pengantin perempuan.
Dapatlah melihat style orang Sabak Bernam
mengendalikan pernikahan.
Lain tempat lain budayanya dan lain caranya.
Tahniah buat Zaim n Salmi.
Moga Allah swt berkati
bahtera rumahtangga yang dibina



Pulang dari majlis akad kami bertolak ke rumah
pengantin perempuan. Ada majlis berzanji dan cukur kepala.
Lepas tu baru dijamu, anak2 seronok dapat makan
lauk ikan keli lagi. Itulah perbezaannya dengan
jamuan2 orang pantai timur...

Sebelum balik, anak2 sibuk nak bergambar dengan Kak Salmi.
Maka dalam sesi berta'aruf.
"Kembar ke?" tanya Salmi.
"Taklah 3 beradik tu... " ujur saya.
"Teka mana kakak?" sampuk Kak Long.
"Hah yang ni no 1... (tudung kuning)" kata Salmi.
Anak2 gelak...
"Ok2 no 2 mana?" kata Kak Long lagi.
"No 2 yang ni... (tudung pink) dan
no 3 yang ni... (tudung merah)" sambung Salmi lagi.
Hah... anak2 semua tergelak sebab totally wrong...
Maka diterangkan kembali turutan
3 gadis remaja saya tu
Yang paling frust Sakinah, sebab paling muda
disangka paling tua...

Allah lebih menyayanginya....

SIANG...
Allah swt lebih menyayanginya. Sahibah yang disayangi Ukht Kak Wan Asilah telah mendahului kita untuk bertemu dengan Rabbnya lebih kurang jam 11 pagi tadi. Arwah pergi dalam keadaaan yang tenang pada pagi Jumaat yang mulia ini, penghulu segala hari. Mungkin itu yang terbaik setelah melalui waktu-waktu getir sejak arwah pulang dari menunaikan hajj di Mekah 2 ½ bulan yang lalu. Ramai sahabat handai yang datang menziarahi arwah dirumahnya. Solat jenazah disempurnakan selepas solat Jumaat di Masjid Al-Fatah dan dikebumikan di Perkuburan Kg Marhum di Pekan.
Kali terakhir saya bersamanya (sebelum beliau betul2 uzur) pada petang Selasa yang lalu. Sewaktu itu arwah sedang berehat di ruang tamu rumahnya.
Arwah meminta saya, "Boleh minta tolong?"
Saya tanya balik, "Tolong apa?"
"Picit kaki boleh? Kak Silah lenguh...".
Jarang sebenarnya bagi arwah meminta sesuatu kerana sifatnya yang tak suka menyusahkan orang. Maka saya memicit kaki kirinya dan Kak Nor memicit kaki kanannya. Saya mengosok2 bawah betis arwah dan tapak kakinya. Sesekali beliau tersenyum dan mengerut2kan dahi.
Saya tanya ”Kenapa? Kak Silah sakit ke...?
Arwah menjawab dengan senyuman diwajahnya, ”Geli...”.
Lalu Kak Nor menyampuk, ” Makna Silah boleh rasa lagilah tu...”
Dan dengan penyusunan ALlah jua itulah perbualan terakhir saya bersama arwah...
Memang amat terasa satu kehilangan yang besar kerana arwah seorang dae yang tidak jemu2 mendidik adik2 IPT di Kuantan. Arwah seorang yang cukup teliti dalam berbicara. Namun qada' dan qadar Allah mengatasai ketentuan manusia. Beliau dipanggil pulang dulu kerana Allah lebih menyayanginya.... Moga Allah merahmati arwah dalam golongan orang2 soleh dan beriman. Yang pasti saya akan merindui kepetahan dan kerendahan hati seorang daie’ berbicara....
MALAM...
I'm blogging from Sabak Bernam after 5 hours journey from Kuantan - Karak - Genting - Batang Kali - Bidor - Teluk Intan - Sabak Bernam, kerana menghadiri pernikahan anak kepada kakak ipar saya yang juga anak saudara suami saya. Alhamdulilah saya sempat sampai sejurus upacara akad bermula. Ini pertama kali saya sampai ke Sabak Bernam. Tapi tibanya malam, maka tak nampak apa2 lagi... So afterwards then I'll upload the pictures.

Anak Istimewa....



Tadi ke kelas Pendidikan Khas untuk ambil gambar staff.
Jumpa Alang, anak istimewa yang pemalu.
Tiap kali jumpa Cikgu Sharifah dengan kameranya
mesti tutup muka. Alahai Alang...
dapat juga cikgu snap gambar tu!

Ziarah

Saya bersama Yus menziarahi Kak Silah. Dan petang ini keadaannya tidak banyak berubah. Melihat akan Kak Silah saya tidak dapat menahan kesayuan hati saya. Bila memikirkan kita tak tahu dari sudut mana Allah nak uji hamba2nya, hanya Dia Maha Mengetahui. Namun yang pasti ujian Allah swt setimpal dengan kemampuan yang ada pada diri kita. Masa saya tiba tadi, Kak Silah muntah, dan muntahnya bukan lagi air tapi darah. Saya bacakan Quran buat Kak Silah dan hati saya tak putus2 berdoa untuknya. Sama2 kita semua berdoa buat Kak Silah.

Erti sebuah kejayaan

Hari ini keputusan SPM 2008 diumumkan.
Maka tamatlah segala debaran
yang terbuku di hati selama ini
kerana segala yang tersirat sudah tersurat.
Tiada yang dapat saya ucapkan selain
syukur yang amat sangat kepada Allah swt
saya terima keputusan dengan hati yang redha.
As for my subject Additional Mathematics
out of 69, 10 failures and only one get 2A!
But that's enough for me yang mengajar
di sekolah harian biasa luar bandar
tapi terletak di pinggir bandar.



Inilah wajah-wajah anak-anak didik saya
semasa ambil keputusan tadi.
Macam-macam ragam, ada yang takut,
gembira, senyum dan tak kurang menangis.
Tahniah cikgu amat gembira sekali
walau keputusan apa pun yang diperolehi.
Namun anak-anak didik ku
erti sebuah kejayaan buat setakat ini.
Hidup takkan bermakna tanpa iman...

p/s : yang pasti I'll miss you all...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu