Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Rehlah Tarbawi. Show all posts
Showing posts with label Rehlah Tarbawi. Show all posts

Rehlah Tarbawi

Anak2 xsmakl, raihana, nadirah & izzati,
semua kawan2 kak long datang dari terengganu.
Maka hari ni bawa mereka jalan2
ke Petronas dinotrek2 exhibition
di kompleks yayasan pahang.
Turut hadir farhah, akasyah, nurhafizah
dan mc sara & anak2...

Huhu... apa lagi jumpalah dengan beberapa dinasours.
Wallahu'alam... adakah haiwan ini memang benar2 wujud?
Allah maha berkuasa, tiada mustahil bagiNya.

Apa lagi bergambarlah mereka disisi
dinasours yang mengaum2 tu...

Other than that, the childrens were happy
with the interactive activities.

And big girls experienced some science demonstration,
huhu... magic...

And this activitity, small kids enjoyed most.
The fossils goes number 2,
yang penting dapat main pasir...

Dan yang seronok main game dapat hadiah...

Lepas tu ke pantai kempadang.
Suasana cukup tenang dan damai...

Makan bekalan yang di bawa.
Sambil2 tu bertazkirah pesan berpesan dalam kebaikan.
Ingat pesan assyahid hasan albanna
pemuda perlu bangkit...
Masih jauh perjalanan kita,
anak2 baru lepas alam sekolah menengah.
Kehidupan di alam ipt penuh mencabar menanti.
Ingat walau di bumi mana anak2 berpijak,
d&t mesti dijunjung...


Semoga Allah redha anak2 semua...

Petang majlis ilmu bersama jiranita SID zone B.

Ustaz tanya, "Macam mana nak dapat
hidup yang paling indah
?"
Very simple answer, "Hidup kita yang singkat inilah
yang nak kita isi sepenuhnya dengan syariat."

"Wahai orang2 yang beriman,
masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan.
dan janganlah kamu turut langkah2 syaitan.
Sesungguhnya syaitan itu
musuh yang nyata bagi mu."
Surah Al Baqarah : 208.

Rehlah


Rehlah di taman gelora.
Temujanji telah dibuat dengan
kawan lama lidza sulaiman.
Kami sama2 buat english course masa di azusa.
Sama2 duduk kuantan tapi
masing2 sibuk untuk untuk berjumpa.
Maka sempena cuti kami set juga satu hari untuk bertemu...


Hish2x... sa'id n nazirah memang pantang tengok air...


Lidza with 5 boys 1 girl,
me... 4 girls 2 boys.
Moga pertemuan berputik
menyegarkan ukhwah yang telah lama terputus...

Rehlah Tarbawi Keluarga



Jam 9.30 pagi bertolak ke Lancang untuk Rehlah Tarbawi Keluarga
di Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah.
Sudah lama tak ke sini, seingat saya datang dulu 4/5 tahun dulu,
ke Deerland untuk program aulad banat.
Apa lagi anak2 seronok dapat pegang anak gajah...
Mula2 tu takut, lepas tu baru berani sikit.



Tempat ini pun banyak berubah tak macam dulu.
Kawasan tempat lawatan telah diubahsuai
seperti taman, laluan yang teratur dan bangku2 untuk rehat.



Kemudian ziarah Keluarga Lan + Nor di Kampung Jergoh.
Hah.. pertama kali sampai ke kampung ini
suspen sebab jalannya jauh kedalam ingatkan sesat.
Rupa2nya perkampungan terpencil yang mendamaikan.
Lihat gambar... belakang rumah ada gunung lagi...
Dan rumahnya menggunakan air fresh dari gunung, menyejukkan...
Jazakumullah Khairan Kathira kerana telah menjamu
kami2 yang hadir dengan BBQ.
Sebenarnya turut menziarahinya adik2 dari IKIP.
Hah... ramai dalam 40 orang... Maka dalam ucapan kalimah akhirah
pesan akh, Islah nafsaka wad'u ghairuka...
Islah@perbaiki diri dan ajaklah orang lain.
Satu pesanan yang cukup bermakna,
menuntut dae' supaya tidak diam sendirian tapi
mengajak orang lain bersama2 dalam bahtera dakwah ini....

Perjalanan Pulang.


The next day, beli2 sayur then pulang.
Anak2 tanya, "Umi ni gambar jeep pun nak ambil"
Hah... itulah kenderaan lasak pekebun sayur di sini.



Kami pulang melalui Kg Raja - Gua Musang.
Nak cuba jalan baru. (Tapi laluan ini dah lama buka).
Kami lalui laluan berbukit bukau.
Cuma kena hati2 sebab ada beberapa tempat tu
hampir separuh jalan tanah runtuh.



Masuk sempadan Kelantan jumpa
beberapa perkampungan orang asli.
Aktiviti mereka tunggu tepi jalan jual madu dan sayur.



Permandangan bergunung ganang amat menarik.
Betapa luas alam ciptaan Allah.
Sampai di Gua Musang ada beberapa tempat
gua2 yang unik dan menarik.



Dari Gua Musang ke Felda Iring untuk laluan ke Kuala Berang.
Sepanjang perjalanan hujan agak lebat.
Jalannya berliku ada, macam roller coaster pun ada.
Tapi disebabkan kami tak tahu jalan
Allah izin tersesat sejauh 16 Km ke
Taman Negara Kuala Koh.


Maka sampailah kami ke Taman Negara Kelantan!...
Jumpa Security Guard dia kata
memang ramai orang tersesat ke sini.
Patutlah sepanjang jalan tadi tiada kenderaan,
penuh ladang kelapa sawit dan lembu2.
Bila masuk dalam kawasan Taman Negara tu
semua anak2 suspen dan takut
sebab jalan sudah jadi kecil,
hutan kiri kanan, lalu jambatan usang,
ada signboard gajah melintas dan begitu sunyi.
Tapi Walidnya cool aje, tarbiyah buat anak2.
Kata Walid, "Sesat jalan kita pusing balik
semula ke pangkal jalan."
Tapi bila sampai kawasan Taman Negara
tempat agak menarik.
Masing2 berebut nak ambil gambar pulak...



Maka dalam hujan kami patah balik sejauh 16 km.
Alhamdulillah jumpalah lebuhraya ke Kuala Berang.
Tapi jalan ini belum diwartakan lagi
sebab itu bukan jadi laluan utama.
Kenderaan pun jarang-jarang jumpa.
Dalam hujan kami lalui Tasik Kenyir.
Tasiknya seluas mata memandang, cantik.
Memang sejuk mata memandang tapi kerana
hari hujan maka pemandangannya redup dan kelam je.



Maka perjalanan hampir 5 jam (melebihi sepatutnya)
dek sesat dan hujan. Anak2 terutama Said
bukan main lagi. Ada masa bila boring tu
jenuh kakak2nya melayan karenah adiknya.
Sampai di Kuala Berang jam 6.30 petang
terus cari makan...
Sebab sudah sampai ke Terengganu,
kami pulang ke rumah Bonda di Kuala Terengganu.
Singgah hantar sayur...
Maka tukang driver berehat setelah penat memandu
jam 10:30 malam baru pulang ke Kuantan.

Alkisahnya tamatlah A Counterclockwise Journey
kami sekeluarga bermusafir dan berrehlah
dari Kuantan - Karak - Genting - Batang Kali -
Bidor - Teluk Intan - Sabak Bernam -
Simpang Pulai - Brincang - Kg Raja -
Gua Musang - Felda Iring - Kuala Berang -
Kuala Terengganu - Kuantan.
Lengkap 5 negeri - Pahang, Perak,
Selangor, Kelantan dan Terengganu...

Penat? Ye... tapi suasana bermusafir
banyak Allah nak tarbiyah terutama
buat anak2 remaja saya yang baru
nak mengenal erti cabaran dan dugaan
dalam dakwah dan tarbiyah...

Rehlah Keluarga di Cameron Highland



Tengahari selesai kenduri kami sekeluarga
bertolak untuk rehlah keluarga di Cameron Highland.
Penduduk di sini memang suka bertanam.
Sepanjang jalan sebelum keluar Lebuhraya PLUS
penuh pokok pisang dan tebu serta kelapa sawit.



Perjalanan dari Sabak Bernam - Telok Intan -
Simpang Pulai - Brincang makan masa hampir 3 jam
dalam hujan kadang kala lebat dan
kadang kala renyai.



Bermalam di Hill Garden Lodge Apartment.

Rehlah Tarbawi Bersama Anak-anak SMASKL

Sempena ziarah anak-anak tingkatan 4 dari SMASKL
pada Ahad yang lalu bermula Rehlah Tarbawi
ke Pandan Waterfall di Panching.
Perjalanan bermula seawal 8.30 pagi bersama
dengan Ibu Rahmah dan Kak Nor/Abang Man
dengan menaiki 1 van, 1 unser dan 1 kancil.

Pertama kali saya menjejak langkah ke sini
walau pun sudah hampir 14 tahun saya menetap di Kuantan.
Begitulah semua dengan takdir dan izin Allah,
kedatangan anak-anak dari SMASKL membuka
pintu hati makcik untuk datang...
Suasana pemandangan sungguh indah
dan sejuk mata memandang.
inilah ciptaan Allah Al-Kholiq Al 'Aziz
Majlis dimulakan dengan sedikit tazkirah,
sedikit pengisian hati sambil menikmati
kebesaran ciptaan ALlah swt.
Agenda tidak lengkap kalau tidak mandi-manda.
Siap makan dalam air lagi...
Antara posing-posing istimewa...
Habibah Naemah...
Habibah Sakinah...
Muhammad 'Abbas Salimi...
Muhammad Said Ramadhan...
Said kata dia nak main kapal dekat
tepi-tepi aje, takut ada buaya...
Ini salah satu koleksi gambar yang saya ambil.
Walau hanya batu-batu yang tidak bernyawa
Namum tersirat beribu makna
Pernah kita terbayang
Batu-batu halus yang dibawa oleh Ababil
telah menghancurkan tentera Abrahah..
Juga batulah yang menghempap
Bilal Ar-Rabah tak kala beliau
mengistiharkan Allah al-Ahad...
Juga hati yang keras seperti batu
bisa dilembutkan hanya
dengan belaian iman dan tarbiyah...
dan..
Pernahkah kita merasa
setiap dosa yang kita lakukan
seperti batu yang menghempap diri kita
atau bagai lalat yang berlalu
yang hanya ditempis oleh tangan...
Wallahu'Alam.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu