Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Perutusan Bersempena Aidiladha 1431H

Wednesday, 17 November 2010 00:02
Pengorbanan Prasyarat Kemenangan

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pada tahun ini kita ummat Islam di seluruh dunia dapat menyambut satu lagi perayaan di dalam Islam iaitu Aidiladha. Perayaan ini seharusnya di sambut dengan penuh kesyukuran, kehambaan dan keimanan kepada Allah SWT.

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata : Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya perayaan ini mereka (bergembira) pada waktu zaman jahiliah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.)

Perayaan ini merupakan kesinambungan perayaan-perayaan yang disambut sebelum zaman nabi Muhamad SAW Namun, kehadiran Islam telah membentuk satu sambutan perayaan yang berteraskan keimanan dan perhambaan kepada Allah SWT semata-mata.

Ibadah korban dilakukan bersempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah Allah. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka Allah telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu.

Di sebalik sirah ini, dapatlah kita memperolehi suatu gambaran berkaitan suatu hakikat pengorbanan yang tulen, ikhlas dan bersungguh-sungguh hanya mengharapkan keredhaan Allah SWT Inilah hasilan daripada keimanan yang hidup dan mampu melaksanakan suatu perintah Allah SWT tanpa ragu-ragu.

Pengorbanan sebegini harus kita jelmakan di dalam kehidupan seharian di dalam usaha menjadikan seluruh kehidupan ini sebagai medan berubudiyah kepada Allah SWT.

Pengorbanan seseorang mukmin yang dilakukan sama ada dari aspek wang ringgit, harta, tenaga, buah fikiran, masa dan sebagainya perlu dilakukan tanpa rasa terbeban dan terpaksa. Keikhlasan di dalam melakukan pengorbanan akan dihiasi dengan perasaan senang hati, jiwa yang bahagia serta hati yang tenteram. Baginya, pengorbanan itu adalah suatu kenikmatan dan kemanisan dalam proses penghambaan kepada Allah SWT.

Ini sejajar dengan firman Allah SWT yang bermaksud :

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.” (At-Taubah (9) :111)

Sesungguhnya, di dalam menggapai kemenangan, proses perlaksanaan pengorbanan sangat-sangat dituntut. Pengorbanan merupakan prasyarat kepada kemenangan. Pengorbanan yang ikhlas dan mendambakan keredhaan Allah SWT akan disusuli dengan bantuan dan pertolongan Allah SWT.

Akhirnya, kemenangan itu akan disambut dengan laungan takbir membesarkan Allah SWT dan ucapan tasbih memuji keagungan Allah SWT Marilah kita pertingkatan pengorbanan kita dalam melaksanakan tuntutan ubudiyah ini dengan harapan hanyasanya untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Salam Aidiladha buat seluruh ummat Islam di seluruh dunia dan khususnya di Malaysia.

Semoga ruh pengorbanan yang sejati akan menjelma pada setiap tindakan seharian kita. InsyaAllah


Dr Abdullah Sudin Abd Rahman
Presiden HALUAN Malaysia

10 Zulhijjah 1431H
17 November 2010

SUMBER :http://www.haluan.org.my/v3/index.php/perutusan-bersempena-aidil-adha-1431h.html

Kem Minda Kreatif KMK 2010


Korban 1431H

Sambutan korban di kuantan bermula
dengan solat sunat aidil adha di surau seria.
Kemudian mendengar khutbah dari cikgu din.

"Marilah kita mengingatkan
pengorbanan nabi ibrahim as.,
ketabahan anaknya nabi ismail as.,
dan keredhaan isterinya siti hajar
demi mentaati perintah Allah.
Nabi ibrahim telah menerima perintah Allah swt
dalam mimpinya untuk menyembelih nabi ismail.
Demi mentaati Allah,
nabi ibrahim rela menyembelih anaknya
dan nabi ismail rela dirinya disembelihkan."

"Inilah ujian berat yang menjadi
contoh teladan kepada umat islam."

"Kata assyahid hasan albanna
yang saya maksudkan dengan tadhiyah ialah
pengorbanan harta, waktu, kehidupan dan segala2nya."

"Mempersiapkan roh, akal, intelektual & fizikal
untuk memikul tugas dakwah."

"Pengorbanan jiwa dengan menanamkan
jihad di jalan Allah."

"Pengorbanan harta dengan menginfakkannya."

"Pengorbanan waktu, masa ialah kehidupan....
menuntut masa semaksima mungkin
menyebarkan dakwah."

"Pengorbanan kehidupan ialah menyerahkan
seluruh hidup untuk din islam dengan
menguruskan waktu hidup kita
sebaik mungkin."

Aktiviti penyembelihan bermula.
Ini lembu pertama.

Lembu ke 2 pulak...

Lembu ke 3.... garang juga.
Mana sa'id ramadhan....
oh... tingginya nak tengok lembu...

Lembu ke 4.... lagi garang....
tapi alhamdulillah ada kederat orang2 muda....
tumbang juga akhirnya....

Lembu ke 5.... tak sempat ambik gambar
sebab ke dapur pulak....

"Oleh itu hendaklah kamu berkorban
dengan hati yang bersih
."
(hadis riwayat al-tarmizi)

Ibu2 dan puteri2.... memotong daging
dan membuat persediaan untuk masak.
Huhu... yang muda kena tanya yang tua
macama mana nak potong daging tu,
jangan main potong je ye....

Ayah2 dan putera2 melapah dan menimbangkan
daging2 yang akan diagihkan kepada jiran2 sekitar.

Huhu... mai masuk dapur tengok apa ibu2 buat....
Gulai daging dan sup tulang....

Hidangan yang sudah siap untuk dijamu selera.

Alhamdulillah.... semua dapat dinikmati bersama.

Relawan Misi Kemanusiaan Merapi Berlepas ke Indonesia

Monday, 15 November 2010 21:06 administrator

LCCT Sepang, 15 Nov - Kumpulan pertama relawan-relawan Misi Kemanusiaan Merapi (MKM) anjuran HALUAN telah berlepas ke Indonesia pada jam 5:50 petang tadi. Misi ini adalah merupakan antara usaha HALUAN bagi membantu secara terus mangsa-mangsa bencana letusan gunung Merapi di Jawa Tengah, Indonesia. Gunung Merapi yang mula meletus pada 26 Oktober lalu sehingga kini telah mengorbankan lebih 150 nyawa.

Menurut laporan Pusat Volcanologi Indonesia, letusan masih lagi berlaku dengan intensiti yang tinggi. Keadaan ini membawa ancaman awan panas sehingga ke jarak 10km daripada pusat gunung tersebut. Memandangkan gunung berapi ini masih aktif, pihak berwajib Indonesia kini meluaskan kawasan pemindahan penduduk sehingga ke perimiter 20km. Lebih 278,500 orang telah dipindahkan ke kem-kem penginapan sementara di sekitar Jawa Tengah dan Daerah Istimewa Yogjakarta.

Relawan-relawan HALUAN di LCCT Sepang sebelum berlepas ke Indonesia.

Misi Kemanusiaan Merapi bagi kumpulan pertama ini melibatkan 4 orang relawan HALUAN, termasuk ketua misi iaitu Dr Baharudin Suri daripada Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) Johor. Ketua Biro Misi Bantuan Kecemasan dan Kemanusiaan HALUAN, Dr Syed Muhamad Haleem Syed Hasan, turut bersama-sama hadir di LCCT Sepang bagi menyampaikan taklimat misi dan seterusnya melepaskan relawan-relawan ke Jakarta. Menurut Dr Syed Muhammad Haleem, relawan-relawan HALUAN akan berbakti di kem-kem penempatan sementara yang terletak di sekitar Yogjakarta. "Mereka akan bekerjasama dengan beberapa NGO tempatan, terutamanya Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI) untuk memberikan khidmat rawatan perubatan di samping usaha memulihkan semangat mangsa-mangsa yang terlibat, iaitu melalui khidmat pemulihan trauma," jelas Dr Syed Muhammad Haleem.

Letusan menyebabkan Gunung Merapi terbelah Kawasan sekitar dihujani debu panas

Di samping ubat-ubatan, kumpulan ini juga membawa bersama mereka bantuan sejumlah lebih sepuluh ribu ringgit. "Mangsa-mangsa sangat memerlukan bantuan, terutama dalam bentuk makanan dan juga pakaian untuk ibu dan anak-anak. Majoriti daripada mereka terpaksa meninggalkan rumah dalam keadaan sehelai sepinggang. Jadi kita sangat berharap agar masyarakat Malaysia yang prihatin dapat tampil menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa musibah ini. InsyaAllah HALUAN akan menghantar kumpulan bantuan seterusnya apabila mendapat maklumat dan analisa terperinci daripada kumpulan pertama ini nanti," sambung Dr Syed Muhammad Haleem. Kumpulan ini dijangka pulang pada hari Ahad depan.

Keadaan di sebuah kem penginapan sementara Antara mangsa hujan debu panas

Gunung Merapi yang terletak di tengah-tengah kawasan padat penduduk ini meletus setiap empat atau lima tahun. Hampir 70 letusan berlaku sejak pertengahan abad ke-16. Seramai 1,400 orang terbunuh dalam kejadian pada tahun 1930, manakala 60 orang telah terkorban dalam letusan pada tahun 1994.

HALUAN sangat-sangat berharap kepada orang ramai untuk turut membantu misi bantuan kemanusiaan ini. Sebarang bantuan kewangan boleh disalurkan melalui

Nama akaun: HALUAN
No akaun: 14-023-01-002571-8
Bank Islam Malaysia Berhad
.

SUMBER : http://www.haluan.org.my/v3/index.php/relawan-misi-kemanusiaan-merapi-berlepas-ke-indonesia.html

Last day of school

Last day of school.... ada lagi yang tak puas hati
semalam tak dapat bergambar dengan cikgu.
Buat elok2 untuk spm nanti.... buat yang terbaik.
Dan jadi remaja muslim yang terbaik juga.
Ingat sesiapa tidak dapat mengubah diri kita
jika kita sendiri tidak mengubahnya.

Monday Blues....

Hari ini perhimpunan terakhir sebelum cuti.
Ada beberapa events, penyampaian anugerah kokurikulum
dan majlis salam perpisahan buat my best friend....
pah radziah yang akan ke smk sg isap
atas kenaikan pangkatsebagai gpk.
Memang sedih.... tapi tahniah.
Allah memberi ruang dan dan cabaran yang baru
untuk meneruskan agenda mendidik kita.
And at the gathering, I'd prepared special slides for her....



Namun nilai persahabatan tidak terhenti di sini.
Insya'Allah ukhwah kita akan terus subur....

After assembly, guru2 bidang sains dan matematik
melakar kenangan bersama tuan pengetua
sebagai penutup acara untuk tahun ini.....

Sibuk pulak ke surau al-hikmah untuk snap2
majlis restu ilmu untuk pelajar2 tingkatan 5 & pra u.

Di bilik guru bergambar dengan pah radziah.
Mula2 su nak tumpang bergambar.
Lepas itu kak eda pulak menyelit.
Begitulah kemesraan kami....

On the way ke kelas 5 saksama
yang menjemput jamuan kelas.
Tengah jalan.... kena tarik kat
kelas 5 budiman dan 5 syumul.
Masing2 berebut nak bergambar dengan cikgu.
Al maklum lepas ni tak sekolah dah....

Jamuan di kelas 5 saksama.
Makanan yang enak.... terimakasih atas
ingatan anda semua kepada cikgu.
Cikgu tidak akan lupakan kamu.
Semua di hati cikgu....
Do your best on the spm exam okay???
And most important be a best muslim....

Sekolah hari ini ditamatkan dengan
mesyuarat guru yang terakhir untuk tahun ini....

Sekolah Ganti, Gotong Royong & Sentuhan Terakhir

Hari ini sekolah ganti terakhir untuk tahun ini.
Ada aktiviti gotong royong.
Terkejut cikgu2 biasa sekolah ganti
tak ramai yang datang, tapi hari ni sebaliknya!
Tak pe lah tu.... semangat nak gotong royong
ceriakan sekolah....

Saya pula mengumpulkan anak2 pelajar
5 saksama dan 5 syumul di makmal ict.
Hari ini sentuhan terakhir saya bersama mereka.
Minggu depan mereka semua akan menghadapi
peperiksaan spm 2010.
Selepas tu masing2 akan membawa haluan
ke dunia baru.... alam ipt...
Begitulah hampir 5 tahun mereka dalam
dalam lingkungan sekolah, tiba masa
mereka akan mencari haluan masing2.
Hari ini kira penutup segala nasihat2 dan tunjukajar
sepanjang saya bersama mereka.
Saya cuba untuk menjadi bukan setakat
guru matematik tambahan kepada mereka
tapi guru yang mampu menyentuh hati dan jiwa,
memberi jalan penyelesaian bagaimana untuk mengarah
kehidupan yang diredhai Allah swt....

Lepas tu saya belanja makan nasi ayam...
Dan ada yang bawa kek cokelat, puding dan dadih.
Alhamdulillah.... terima kasih sebab kongsi2 makanan.


A special gift from hafizuddin...
Terima kasih atas ingatan.
Yang lain2 nanti cikgu scan kemudian.
Ingat pesan cikgu semua ye....


Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu