Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Showing posts with label Bonda n Ayahanda. Show all posts
Showing posts with label Bonda n Ayahanda. Show all posts

Bonda

Hari ini genap usia bonda 73 tahun..... Bonda dilahirkan pada 25 Julai 1937. Alhamdulillah sehingga ke hari ini Allah masih memberi kesihatan yang baik buat bonda. Begitu juga dengan ayahanda. Cuma sesekali terkilan jua sebab saya tinggal berjauhan... Dalam meniti penghujung usia, sedih rasa tak dapat nak bela mereka dekat2 seperti mana mereka membelai saya masa kecil2 dulu... Sekarang ini ayahbonda tinggal berdua je di kampung. Nak ajak datang tinggal bersama2 bukan mudah untuk dipujuk. Bila ada betul2 penting baru ayahbonda datang. Namun saya tidak pernah putus berdoa buat mereka berdua. Moga rahmat dan hidayah ALlah mengiringi kehidupan ayahbonda... Ya Allah... Kau ampuni lah dosa kedua ibu bapa ku, rahmati dan kasihanilah mereka seperti mana mereka telah menjaga dan membesarkan ku sepenuh jiwa mereka semenjak dari kecil lagi...

Sehari dua ni dok sibuk pada kes tanah chenderong. Saya sekadar dengar jauh2 je sebab tidak terlibat secara direct. Saya tak lah buat kajian mendalam sekadar mendengar cerita dari bonda. Adalah beberapa article saya jumpa bila search, so I kept it in this blog for future reference. Namun bagi mereka seperti bonda ia satu yang amat bermakna buat mereka. Masa kecik2 dulu saya masih ingat bonda selalu kata, "Ini duit hasil tanah chenderong.", kata bonda sambil menunjukkan cek yang bernilai lebih kurang RM79.00. (sekarang ni nilainya sudah bertambah sikit...) Cek tersebut bonda kumpul dan masukkan dalam akaun tabung haji.

Kata bonda lagi, "Duit tu umi tak belanja, simpan untuk pergi mekah...". Namun bila tiba kesempitan wang diperlukan untuk menampung anak2 belajar, sekali sekala bonda terpaksa juga mengeluarkannya.

Pernah juga bonda menyebut2, "Kalau umi tak ada, duit tu akan bahagi 7 (sebab saya ada tujuh beradik...) berapa senlah sangat sorang dapat..." keluh bonda lagi.

Saya masa tu masih tengah nakal2... mana lah peka tentang kesusahan ayahbonda membesarkan saya. Namun bila masa berlalu difikir2kan, betapa besar ertinya kes chenderong dihati bonda. Selama ini hasil yang tak seberapa itulah membesarkan kami. Walaupun bonda dari keluarga bergelar tetapi hidup bonda dibesarkan bukan dalam suasana bermewah2. Bonda selalu sebut, "
ki su (ayahanda kepada bonda) selalu pesan kalau nak berbelanja, biar ada duit dalam tangan dulu, jangan berhutang..." Bila sudah melalui hidup separuh abad ini barulah mula nak menghargai pesanan2 bonda tu. Itulah susah payah mereka. Rezeki membesarkan anak2 hasil dari titik peluh ayahanda yang bekerja sebagai buruh telekom. Bonda tampung dengan cek hasil dari tanah chenderong dan jualan ma'ajun.

Terlanjur cerita pasal bonda saya, anak2 mesti tanya "
Tok anak raja ke?". Sebenarnya saya tidak pernah cerita kepada mereka keturunan nenek moyang mereka. Hinggalah mereka di peringkat sekolah menengah, pertanyaan2 mula timbul bila anak2 mula membuat kerja kursus salasiah keluarga untuk mata pelajaran sejarah. Saya rasa suami saya pun belum mengetahui sepenuhnya keturunan keluarga saya.... Walaupun waris diraja, perjalanan kehidupan keluarga saya seperti orang lain juga. Lebih2 lagi bila fikrah islam difahami, ini bukannya yang seharus dibangga2kan. Allah masih menilai iman dan taqwa kita bila bertemu denganNya nanti. Anyway some pictures mungkin untuk untuk anak2 saya kenal tok nenek mereka....

This is my grandparents,
Almarhum YAM Tengku Su Tengku Hussein
and Almarhummah YAM Tengku Azizah Habsah .
Bonda selalu bahasakan diri mereka sebagai
ki su dan tok chek.
Saya tidak sempat bersama mereka sebab
mereka sudah tiada bila saya dilahirkan.


My great-grandmother
Almarhummah YAM Tengku Ngah Aishah Al-Hajjah

binti Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III.

Bonda selalu cerita dengan gelaran
nyang ku ngah haji.
Ketika bonda saya berusia 15 tahun
bonda telah berada di mesir selama 3 tahun
bersama nindanya ini.


Almarhummah YAM Tengku Nik Maimunah Al-Hajjah
binti Sultan Zainal Abidin III.

She's sister to nyang ku ngah haji
and the owner
of the Chenderong Concession.

This is my great-great-grandfather,
Almarhum D.Y.M.M. Sultan Zainal Abidin Muazzam Shah III

Almarhum Haji (25.4.1864-25.11.1918)


Maka semuanya telah menjadi lipatan sejarah keluarga.
Wallahu'alam....


Namun marilah hati kita merenungi...
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak
tidak dapat memberi manfaat sesuatu apapun.
Kecuali orang yang datang menghadap Allah
dengan hati yang sejahtera.
Dan (pada hari itu) didekatkan syurga
bagi orang yang bertaqwa.
Dan diperlihatkan neraka jelas nyata
kepada orang2 yang sesat."
Surah Al-Syu'ara : 88 - 91

Kehadiran ayahbonda

Petang ayahanda dan bonda
bersama umi na datang singgah.
Mereka dalam perjalanan ke kt selepas
seminggu berada di kl kat rumah umi ah.

Lepas rindu rasanya....
Moga Allah berkati kedua ayahbonda.

Ayahbonda



Untukmu Tersayang

untukmu yang tersayang
bermain di fikiran
apakah masih ada ruang
untuk bersama
padamu ayah bonda
permata hati bersinar
doa yang ku damba untukmu
tanda cintaku
tanda kasihku
lihatlah diriku ini
hasil titik peluhmu mendidik
hingga ku genggam bintang di langit
indah terang bercahaya
anak soleh idaman insan bertaqwa
kan terkota akhirnya
gerbang bahgia setia menanti
tanda keikhlasan hati ini
pengorbananmu menggunung tinggi
kasih sayang mu bima sakti
tiada cara untukku atasi
mulianya dirimu di sisi Yang Esa
kau permata hatiku
ayah dan bonda

"Ya Allah, ampunilah dosa ku,
ampunilah dosa ke dua ibu bapa ku,
kasihilah mereka
sebagaimana mereka mengasihiku,
sejak dari kecil lagi."


Cuti-cuti Terengganu



Cuti2 terengganu, bertemu bonda dan ayahanda
bersama mereka dalam usia bonda dan ayahanda
melalui usia senja amat mendamaikan hati.
Lebih2 lagi berjauhan memang dirasakan
bonda dan ayahanda merindui anak2nya
cuma style orang tua2 mana pandai nak tunjuk2.



Pagi ini ke pantai lagi.
Air laut setenang2nya macam kolam mandi.
Ombak2 kecil je menghempas pantai.
2 jam anak2 mandi dan berendam dalam air.
Sambil tu bersama walidnya cari ketam.
Suami saya siap pergi pasar cari kepala ayam
buat umpan tahan ketam.



Hari ini breakfast di tepi pantai
Di pondok kecil....



Dari kejauhan itulah batu buruk...
Sebab tu pantai ni di panggil pantai batu buruk



Dalam keperitan panas pagi
brother n sister...



Tengok wajah2 anak2 yang seronok.
Said main pasir, kutip ketam dan siput sepuas2nya.
Kemudian kami bersarapan di pondok kecil di tepi pantai.
Kopi susu kaw + nasi lemak kuning ikan aya
+ kayu keramat....



Sudah mandi, ini hasil tangkapan said ramadhan.
Berjam2 pula menirap di 'kuda depan rumah
menilik hasil2 tangkapannya....



Yang ini hasil tangkapan 'abbas dan walidnya.
Dapat 2 bekas ketam.
Terus dimasak oleh bonda.
Menu tengahari gulai lemak ketam fresh dari pantai.
(umi su jangan jelous ye...
siapa balik awal tak merasa...)



Selepas zohor saya bertolak balik ke kuantan.
Cucunda2 tak puas nak pelok nenda berdua.
Said ramadhan mana????
Giliran dia pulak merajok....
sudah tunggu dalam unser tak mahu turun.
Bila lagi boleh pulang bercuti tak tahulah.



Sebelum balik singgah dulu ke bukit besar.
Ziarah bonda tg hailani (adik bonda saya).
Beliau masuk hospial baru2 ni 10 days.
Saya tak sempat nak balik ziarah beliau.
Sampai sana said bermesra dengan 2 sepupunya
tg yusri, siap minum susu sama2...



Pukul 3 lebih baru bertolak balik.
Jalan smooth je tapi sampai merchang jam.
Sudah agak mesti ada accident.
Beberapa kereta terbabas masuk parit.
Bomba sedang potong nak keluarkan
saya tak pasti orang atau mayat sebab
orang ramai penuh jalan.
Saya rasa keparahan yang serius.
Satu kereta remuk atas jalan.
Ahai macam reporter pula buat laporan....
Bukan apa cuma mengingatkan kita semua agar berhati2.
Walaupun kita sedar takdir nak berlaku
kehendak Allah belaka.



Sampai kerteh terserempak dengan bomba
yang berbunyi siren dari belakang.
Ini pun satu sivik orang sini,
tak mahu beri laluan langsung
buat bomba yang kecemasan tu...

Di kijal kemaman hujan lebat pulak.
Maka perjalanan jadi perlahan.
Cuma kali ini alhamdulillah, said ramadhan
tidor sepanjang perjalanan. Lega sikit rasanya.

Menghampiri 6.40 PM sampai rumah sg isap.
Dan rumah sunyi sebentar.
Hanya keriuhan anak2 kecil je.
Tiada lagi gelekek kak long dengan nazirah,
suara2 naemah yang bertegang urat dengan 'abbas,
juga gurauan sakinah dengan adik manjanya said.
Rindu saya pada keriuhan itu
walau pun dok berleter juga
dengan karenah anak2 remaja ni.
Dan saya amat merasa tadi masa
bersalam dengan bonda dan ayahanda
mereka juga merindui agar
anak2 dan cucu dapat bersama mereka
lebih2 lagi dalam usia meniti penghujung itu.
Pasti mereka kerinduan dan kesunyian seperti saya...
Tapi apa kan daya masing2 masing ada tanggungjawab.
Doa saja mengiringi agar bonda dan ayahanda
diberi kesihatan yang baik dan dipelihara Allah.
Ya Allah, kasihanilah mereka sebagaimana
mereka mengasihani ku sejak dari kecil lagi....
Juga doa buat anak2 saya, Ya Allah jadikan mereka
anak2 yang soleh dan solehah....

Bonda

Sesuatu yang selalu membimbangkan hati saya telah berlaku. Saya mendapat panggilan telefon dari bonda memaklumkan rumah dinaiki orang. Menjadi kebiasaan bonda dan ayahanda untuk bersolat subuh di masjid. Rupa-rupanya selama ini rutin mereka diperhatikan dan dikesempatan yang terancang mereka yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan. Apakan daya, dari jauh saya hanya mampu berdoa agar Allah swt memelihara keselamatan dan kesejahteraan ayahanda dan bonda. Beberapa ratus RM mencecah 1K telah diambil. Namum bonda masih mampu bersabar, "ummi halal apa yang diambil, doa moga-moga timbul keinsafan apabila orang yang mengambilnya membelanjakan wang tersebut." Itulah kekuatan yang ada pada bonda, menerima takdir seadanya. Ya Allah rahmati hidup bonda dan ayahanda...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu