Hari ini genap usia bonda 73 tahun..... Bonda dilahirkan pada 25 Julai 1937. Alhamdulillah sehingga ke hari ini Allah masih memberi kesihatan yang baik buat bonda. Begitu juga dengan ayahanda. Cuma sesekali terkilan jua sebab saya tinggal berjauhan... Dalam meniti penghujung usia, sedih rasa tak dapat nak bela mereka dekat2 seperti mana mereka membelai saya masa kecil2 dulu... Sekarang ini ayahbonda tinggal berdua je di kampung. Nak ajak datang tinggal bersama2 bukan mudah untuk dipujuk. Bila ada betul2 penting baru ayahbonda datang. Namun saya tidak pernah putus berdoa buat mereka berdua. Moga rahmat dan hidayah ALlah mengiringi kehidupan ayahbonda... Ya Allah... Kau ampuni lah dosa kedua ibu bapa ku, rahmati dan kasihanilah mereka seperti mana mereka telah menjaga dan membesarkan ku sepenuh jiwa mereka semenjak dari kecil lagi...
Sehari dua ni dok sibuk pada kes tanah chenderong. Saya sekadar dengar jauh2 je sebab tidak terlibat secara direct. Saya tak lah buat kajian mendalam sekadar mendengar cerita dari bonda. Adalah beberapa article saya jumpa bila search, so I kept it in this blog for future reference. Namun bagi mereka seperti bonda ia satu yang amat bermakna buat mereka. Masa kecik2 dulu saya masih ingat bonda selalu kata, "Ini duit hasil tanah chenderong.", kata bonda sambil menunjukkan cek yang bernilai lebih kurang RM79.00. (sekarang ni nilainya sudah bertambah sikit...) Cek tersebut bonda kumpul dan masukkan dalam akaun tabung haji.
Kata bonda lagi, "Duit tu umi tak belanja, simpan untuk pergi mekah...". Namun bila tiba kesempitan wang diperlukan untuk menampung anak2 belajar, sekali sekala bonda terpaksa juga mengeluarkannya.
Pernah juga bonda menyebut2, "Kalau umi tak ada, duit tu akan bahagi 7 (sebab saya ada tujuh beradik...) berapa senlah sangat sorang dapat..." keluh bonda lagi.
Saya masa tu masih tengah nakal2... mana lah peka tentang kesusahan ayahbonda membesarkan saya. Namun bila masa berlalu difikir2kan, betapa besar ertinya kes chenderong dihati bonda. Selama ini hasil yang tak seberapa itulah membesarkan kami. Walaupun bonda dari keluarga bergelar tetapi hidup bonda dibesarkan bukan dalam suasana bermewah2. Bonda selalu sebut, "ki su (ayahanda kepada bonda) selalu pesan kalau nak berbelanja, biar ada duit dalam tangan dulu, jangan berhutang..." Bila sudah melalui hidup separuh abad ini barulah mula nak menghargai pesanan2 bonda tu. Itulah susah payah mereka. Rezeki membesarkan anak2 hasil dari titik peluh ayahanda yang bekerja sebagai buruh telekom. Bonda tampung dengan cek hasil dari tanah chenderong dan jualan ma'ajun.
Terlanjur cerita pasal bonda saya, anak2 mesti tanya "Tok anak raja ke?". Sebenarnya saya tidak pernah cerita kepada mereka keturunan nenek moyang mereka. Hinggalah mereka di peringkat sekolah menengah, pertanyaan2 mula timbul bila anak2 mula membuat kerja kursus salasiah keluarga untuk mata pelajaran sejarah. Saya rasa suami saya pun belum mengetahui sepenuhnya keturunan keluarga saya.... Walaupun waris diraja, perjalanan kehidupan keluarga saya seperti orang lain juga. Lebih2 lagi bila fikrah islam difahami, ini bukannya yang seharus dibangga2kan. Allah masih menilai iman dan taqwa kita bila bertemu denganNya nanti. Anyway some pictures mungkin untuk untuk anak2 saya kenal tok nenek mereka....

This is my grandparents,
Almarhum YAM Tengku Su Tengku Hussein
and Almarhummah YAM Tengku Azizah Habsah .
Bonda selalu bahasakan diri mereka sebagai
ki su dan tok chek.
Saya tidak sempat bersama mereka sebab
mereka sudah tiada bila saya dilahirkan.

My great-grandmother
Almarhummah YAM Tengku Ngah Aishah Al-Hajjah
binti Al-Marhum Sultan Zainal Abidin III.
Bonda selalu cerita dengan gelaran
nyang ku ngah haji.
Ketika bonda saya berusia 15 tahun
bonda telah berada di mesir selama 3 tahun
bersama nindanya ini.

Almarhummah YAM Tengku Nik Maimunah Al-Hajjah
binti Sultan Zainal Abidin III.
She's sister to nyang ku ngah haji
and the owner of the Chenderong Concession.
binti Sultan Zainal Abidin III.
She's sister to nyang ku ngah haji
and the owner of the Chenderong Concession.
This is my great-great-grandfather,
Almarhum D.Y.M.M. Sultan Zainal Abidin Muazzam Shah III
Almarhum Haji (25.4.1864-25.11.1918)
Maka semuanya telah menjadi lipatan sejarah keluarga.
Wallahu'alam....
Namun marilah hati kita merenungi...
"Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak
tidak dapat memberi manfaat sesuatu apapun.
Kecuali orang yang datang menghadap Allah
dengan hati yang sejahtera.
Dan (pada hari itu) didekatkan syurga
bagi orang yang bertaqwa.
Dan diperlihatkan neraka jelas nyata
kepada orang2 yang sesat."
Surah Al-Syu'ara : 88 - 91

0 comments:
Post a Comment