Percayakah kalau saya katakan
Allah sentiasa mendengar bicara hati kita......
Sejak beberapa minggu ini saya selalu memikirkan
tentang satu petikan hadis yang kerap diperdengarkan
di radio ikim. Hadisnya berbunyi,
"Orang yang paling cerdik ialah
mereka yang banyak mengingati mati,
dan banyak membuat persiapan untuk menghadapinya."
Saya sudah berangan2 untuk berkongsi hadis ini
bersama anak2 pelajar saya ketika
akan berucap dalam perhimpunan nanti.
Allah izin, ketika hadir ke ijtima' am malam tadi
cg din berkongsi penyampaian dengan membaca hadis
yang hampir2 dengan hadis yang sedang saya fikir2kan,
Berkata Rasulullah saw, "Orang yang cerdik ialah
orang yang mampu mengendalikan dirinya
dan bekerja untuk selepas matinya."
(Maaf... tak sempat nak salin matan hadis tersebut)
Lalu inilah sikap hati2 yang beriman dan
hati2 yang tidak terpisah hubungan dengan Allah,
jiwa2 mereka sentiasa berhati2 dan berwaspada
agar setiap detik kehidupan ini
tidak dipersia2kan begitu saja.
Jiwa2 ini sentiasa memikirkan kehidupan akan datang
iaitu hayah didunia yang lagi satu
dimana disitulah kehidupan yang kekal abadi.
Maka jiwa2 ini sentiasa bermuhasabah adakah amal2nya
sentiasa diiringi dengan keikhlasan
kepada Allah swt...
Jiwa2 ini sentiasa merenung apakah amal2nya itu
mampu dilaksanakan
secara berterusan....
Atau pun jiwa2 ini sentiasa bertanyakan
adakah amal2nya dapat melipatgandakan
pahalanya disisi Allah swt.....
Semuanya adalah buat bekalan
buat dunia selepas matinya....
Lalu mereka2 inilah orang2 yang cerdik....
Dan... masih tidak terlewat
untuk kita sentiasa berdoa,
"Ya Allah... berkatilah kami di bulan sya'aban
dan pertemukanlah kami dengan ramadhan..."
0 comments:
Post a Comment