Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Tazkirah Ramadhan - Day 3


rasulullah saw bersabda,
"barangsiapa mendirikan solat malam ramadhan (tarawih),
kerana iman dan mengharap pahala (dari Allah),
nescaya diampjni dosa2nya yang telah lalu. (muttafaq'alaih)

masyaAllah... inilah indahnya ramadhan...
disediakan untuk kita agar sepanjang siang dan malam
bulan ramadhan kita selalu mentaati Allab swt.
di waktu siang kita diwajibkan berpuasa
mana kala di malam hari disunnahkan melakukan tarawih.
insyaAllah puasa dan solat tarawih tersebut
mampu untuk membangukan pribadi muslim
yang rajin beribadah dan dekat hubungan hatinya dengan Allah swt.
inilah prinsip mukmin, tiada hari tanpa ketaatan kepada Allah swt.
wallahu'alam....

solat tarawih


alhamdulillah sudah 3 hari 4 malam ramadhan berlalu.
ummi solat tarawih di masjid berdekatan dengan rumah.
ada kalanya ummi naik kereta dan adakalanya hanya
berjalan kaki. jaraknya tidak sampai 10 minit.
mengambil hawa angin malam yang hangat sambil2 riadhah berjalan.

sudah tentu pengalaman yang cukup bermakna.
tempat yang berbeza amalan masyarakat setempat pun berbeza.
kelainan yang pertama, azan isya' akan dilaungkan lewat sedikit
hampir 2 jam selepas azan maghrib.
mengikut kata walid, ini memberi ruang untuk jemaah
rehat dan bersiap2 bagi mengerjakan solat isya' & tarawih....
solat tarawih hanya 8 rakaat dan tiada tazkirah
namun bacaan imamnya mirip2 imam makkah. 
menurut walid lagi... (walid lagi... sebab di sini wanita amat terbatas,
lebih2 komunikasi nak cakap arab ummi pun tergagap2....)
imamnya masih muda dan seorang doktor perubatan 
juga seorang hafiz.... masya'Allah....
waktu2 begini baru nampak wanita2 arab keluar 
& hadir di masjid.... penuh juga saf jemaah wanita.
and last but not least.... kat sini witirnya terus baca qunut.
tak macam di tempat kita tunggu hingga separuh ramadhan.
dan doanya cukup panjang dan syahdu...
bergema dewan dengan laungan amin.
boleh membawa hati jadi sebak dan sayu....
alangkah beruntung kalau boleh faham bahasa arab....

Tazkirah Ramadhan - Day 2


bulan ramadhan adalah masa yang diperuntukkan Allah
untuk kita memanafaatkan untuk menjadi insan bertaqwa.
berbagai bentuk kemurahan Allah sediakan untuk
kita pada bulan yang penuh barakah ini.
bulan bagi segenap hambaNya untuk mentaati Allah.
istimewanya ramadhan buat kita di dalamnya disyariatkan puasa,
"wahai orang2 yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa
sebagaimana telah diwajibkan atas orang2 sebelum kalian,
agar kalian bertaqwa." (surah al-baqarah: 183)

puasa bukan sekadar menahan perkara2 yang membatalkan puasa,
mula dari terbitnya fajar hingga terbenamnya matahari.
tapi puasa adalah riadhah yang luar biasa.
dalam puasa Allah melatih kita menahan dari sesuatu yang halal,
seperti makan, minum dan hubungan suami isteri.
lalu kebiasaan2 ini akan menumbuhkan perasaan 
selalu diawasi Allah dan kemampuan menahan diri dari
perkara2 syubhat, apa lagi yang haram.
maka itulah puasa benteng kemaksiatan dan api neraka.
wallahu'alam....

selera anak2....

"ummi nak berbuka apa?" tanya nazirah.
"irah nak makan apa?" balas ummi melayan soalan nazirah.
"ummi buat sup ayam boleh?"
"boleh aje... irah tolong ummi potong kentang dan carrot ye..."
dengan gembira dicapai pisau pemarut untuk
mengoyak kulit kentang dan carrot.
itulah ibu melayan karenah selera anak2...
kalau dulu2 ummi melayan selera kak long,
naemah & sakinah masa kecik2 berpuasa.
sekarang ni mereka semua sudah besar panjang
dan boleh masak sendiri....


tadi bersahur ayamnya sudah habis.
ummi top up dengan ikan & telur goreng.
beginilah makan berjamaah style arab.....
dan alhamdulillah.... sa'id pun sudah 2 hari berpuasa.
walaupun waktu sini puasa melebihi 15 jam.
di musim panas 3.20 pagi sudah masuk subuhnya.

Tazkirah Ramadhan - Day 1


Ramadhan datang bertamu lagi...
Ahlan ya Ramadhan 1434H

"Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan,bulan keberkahan.
Allah mengunjungi kalian pada bulan ini dengan menurunkan rahmat, 
menghapuskan dosa2 dan mengabulkan doa.
Allah melihat berlomba2nya kalian pada bulan ini,
dan Dia membangga2kan kalian kepada para malaikatNya.
Maka tunjukkanlah kepada Allah hal2 yang baik dari diri kalian.
Kerana orang yang sengsara adalah orang yang tidak mendapat
rahmat Allah di bulan ini.
(HR. Thabrani, dan para perawinya terpercaya)

Ramadhan kareem buat semua pembaca...
Alhamdulillah Allah menemukan kita dengan 
ramadhan buat kali ini.  sesungguhnya kita amat2 bersyukur.
Allah masih memilih kita... betapa tersentuh hati ummi 
bila mendapat perkhabaran dari beberapa rakan2 di facebook
saudara rapat mereka, ada ayah, ada ibu dan ada suami yang
telah dijemput pulang bertemu Rabbnya di malam dan pagi Ramadhan.
syukur kita dapat melalui buat hari pertama ini....
manafaatkanlah rahmat Allah di bulan yang penuh keberkahan ini.
bersihkan hati agar Allah ampunkan dosa2 kita
dan berdoalah, kerana Allah makbulkan doa hamba2nya.
 carilah masa saat2 doa mustajab seperti saat2 sebelum berbuka.
mari kita manafaatkan madrasah ramadhan
kerana kita tidak pasti mungkin ini ramadhan terakhir buat kita...

ramadhan kareem dan maaf zahir & bathin
dari ummi......

Selamat Hari Guru....


walaupun bergelar seorang cikgu, saya tidak pernah lupa. suatu masa dulu saya adalah anak murid pada cikgu2 saya. tarbiyah mereka menjadikan saya insan pada hari ini. saya masih lagi menyimpan satu rahsia. (at least until today....) zaman saya mana ada sekolah tadika. terus2 masuk darjah 1. hari ke 2 saya di srss2, saya sudah didenda. sebabnya bermain dengan mainan masak2 yang saya bawa dari rumah. mainan tu saya sembunyi dalam laci meja saya. saya ingat lagi, saya ajak kawan saya tan li li main bersama. saya yang didenda berdiri belakang kelas kerana mainan itu milik saya. itulah kenakalan pertama saya. dan itulah juga pengajaran pertama saya dapat dari cikgu saya. saya tak pernah cerita kepada walid dan umi saya takut kena marah balik. cuma saya agak terkilan saya betul2 lupa nama cikgu pertama saya! dipendekkan cerita, zaman sekolah rendah saya lalui dengan penuh kenakalan. (lain kali saya cite ye...) saya pun sudah lost contact di mana cikgu2 sekolah rendah saya berada, saya hanya mampu ucapkan 3 kata keramat, terima kasih cikgu! semoga Allah merahmati hidup cikgu dan membalas jasa2 cikgu.

zaman sekolah menengah bagi saya, saya bertukar 360. persaingan kawan2 mrsmkt saya jadi low profile. jiwa remaja saya lebih banyak memerhati dan mengikut. kalau ayat budak2 zaman leni, ada aku kesah..... walaupun begitu saya penyokong kuat geng2 nakal dan pengikut setia geng2 dakwah. dan saya menamatkan degree saya dengan bergurukan cikgu2 yang tidak sealiran aqidah dengan saya. walaupun begitu saya amat hormati sifat belas ehsan mereka. antaranya mr tayida (saya ni ingat2 lupa namanya... ) professor dari jepun boleh mengalah dengan saya dan sahabat baik saya kerana sifat setia kawan kami. satu hari beliau memanggil saya dan sahabat saya, "why both of your assignments same? tell me who copies whose?" terkedu kami berdua. memang assignment tu kami bincang sama2 maka tak hairan jika ia serupa. tapi kerana mahu menyelamatkan sahabat baik, sahabat saya mengaku meniru. dan saya juga tidak mahu menganiayai sahabat saya, maka saya pula mengaku meniru assignment sahabat saya. berlaku kekecohan sampai prof saya naik hairan, tidak pernah berjumpa dengan orang yang mengaku buat salah! akhirnya dia meminta kami berjanji tidak akan mengulanginya lagi. saya dan sahabat saya melalui pengalaman yang cukup bermakna. saya ada lecturer berbangsa yahudi, kelas physical health education, yang boleh hormat pegangan akidah saya. "tomorrow all of you come to the swimming pool, i want measure your weight under water" terdiam saya. selepas semua orang balik, saya slow talk dengan dia. "i'm muslim, i can't open my hijab in public." berlaku perbincangan ringkas, dan alhamdulillah dia menerima alasan saya dengan baik. "ok, you do it yourself in bathub at your home.". tapi ada juga lecturer yang asyik2 mengutuk muslim. dalam kelas geografi saya, lecturer terang2 mengutuk perkembangan populasi orang islam di dunia. saya hanya terdiam, belum kuat untuk melawan hujahnya. tapi alhamdulillah, saya dapat lalui seadanya. to all my lecturers, 3 magic words for you, thank you sir!

kemudian saya buat kpli di mpktbr. saya berguru dengan cikgu2 yang hebat. cikgu2 yang mengajar saya untuk jadi cikgu. satu pengalaman pahit bila saya diuji. sebabnya saya melawan arus. saya mengandung anak ke 2 sedangkan waktu itu syarat kpli tidak boleh hamil. saya bertekad untuk meneruskan pengajian. saya cukup berterima kasih kepada pensyarah haji abdullah, advisor saya. dia turut melawan arus dan memberi sokongan kepada saya. saya masih ingat akibatnya pelajar2 maktab membuat bantahan dalam majlis perwakilan pelajar mereka. saya dipanggil mengadap pengetua. tapi alhamdulillah Allah membantu saya. alasan2 saya diterima dan saya hanya perlu menulis surat tunjuk sebab. kenangan yang cukup menjadikan saya lebih kuat bila saya berhadapan dengan pensyarah yang tidak bersetuju dengan keadaan saya berbadan dua tapi masih meneruskan pengajian. dalam satu presentation akhir, saya sampaikan tajuk berkaitan pencemaran alam. tapi di akhir presentation, pensyarah saya mengasak bukan soalan berkaitan presentation tapi soalan provokasi mengapa saya mengandung! namun alhamdulillah, Allah bantu saya lagi. saya dapat menanganinya dengan tenang, walaupun dalam hati Allah yang maha mengetahui berapi2 jugak. kawan2 saya semua terkejut, kata mereka, kalau saya, saya menangis situ le... tapi saya yakin walaupun saya melawan arus saya ada alasan saya kenapa saya dipihak yang benar. saya tak kecil hati pun malahan saya cukup berterima kasih. pensyarah ini telah mengajar saya untuk jadi berani dan ada pendirian. kenangan manis masih tetap ada. saya ada pak long yang mengajar saya ilmu turba. hari pertama saya pelik apa itu turba. rupanya singkatan untuk turun ke bawah. kata pak long bila jadi cikgu, kita tidak boleh duduk dalam dunia kita tapi kena turun ke bawah duduk sama2 level dengan pelajar kita. saya akui ilmu teori pak long cukup perfect tapi bila bertembung dengan realiti, kekadang ego payah juga nak mengalah! untuk semua pensyarah2 kpli saya. saya hanya mampu ucapan 3 kata keramat, terima kasih cikgu!

dari situ bermulah hari2 saya pula menjadi seorang cikgu. sekolah pertama saya hingga saya berctg pada tahun ke 19, smkpb di hati ku. huhu... terima kasih kerana sudi membaca. kalau penat mohon ampun. tak habis lagi ni. ada lagi satu yang saya nak kongsikan. 4 julai 1994, hari pertama saya bertugas sebagai cikgu. paha hari itu, saya mula teringat seseorang. siapa yang saya cari? rupanya orang pertama saya ingat ialah cikgu2 masa saya di mrsmkt. saya masih ingat dalam bilik komputer, tetiba je air mata saya gugur. tiba2 datang perasan dan pertanyaan bertubi2, mana cikgu rahim sekarang? mana cikgu rohani? mana cikgu siti bedah? cikgu mek siti? cikgu siti fatimah? cikgu mustafar? cikgu mohamed ali? cikgu hassan? cikgu latifah? cikgu ismail? cikgu sanuar? cikgu halim? cikgu nasir matori? cikgu alias? ustaz ibrahim? dan ..... satu persatu nama cikgu2 saya menjelma. maafkan saya, rupa2nya dalam ada aku kesah, mereka telah berjaya bertahta di hati saya. baru saya sedar selama ini merekalah yang mengajar saya tanpa penat dan jemu. rupa2nya dunia remaja memerhati dan mengikut, amat2 cukup bermakna. tanpa disedari suasana itulah yang banyak membentuk siapa kita di hari ini. benih2 yang mereka tabur sekarang sedang bertebaran menghasilkan bunga dan buah... hanya 3 kata keramat yang mampu saya ucapkan buat cikgu2, terima kasih cikgu!

hari ini saya menjadi cikgu. alhamdulillah sudah masuk 19 tahun saya mendidik dan berbakti. saya cuba untuk jadi yang terbaik buat anak2 murid saya dan rakan2 cikgu saya. walau siapa anda, cikgu saya atau anak murid saya, saya sentiasa mendoakan semoga Allah mencurahkan kebaikan dan rahmatnya di dunia dan akhirat. huhu... saya sudah kebuntuan kata2. akhir kata selamat hari guru tulus ikhlas dari saya.....

#amanahyangdiberi.kamitakpersiakan.apayangkamijanji.tunaitetapkamitunaikan#


Salam rindu untuk semua....

Assalamu'alaikum wrt....

Alhamdulillah sudah hampir sebulan ummi di bumi Jubail.
Syukur Allah swt masih memberi ruang dan peluang.
Menguruskan kehidupan baru 360 darjah
berbeza dari sebelum ini...
Hingga nak coret2 kat sini pun x menyempat lagi.... 
  
Semalam umi su ada tulis kat FB :
"Umi Dah dah full time house wife... 
bila nak sambung berblogging lagi... 
blog dah berabuk... hahaha"

Ummi balas :
"sabar2x... umi su, sedang2 edit gambar... 
rupe2nye full time lagi bizi, jadi macam tok... 
umi mana? umi dok dapor... tok tek... tok tek...." 

Firstly for ayahbonda... rindu...
 
Walaupun sudah bersama suami dan anak2 tersayang
Ummi mohon redha ayahbonda...
Meninggalkan mereka dipenghujung usia,
menjadikan hati ini sayu...
Semoga Allah swt sentiasa memelihara mereka.... 
 
Nanti di kesempatan lain ummi akan menulis lagi.
Mohon kemaafan dan doa dari semua.
Petang ini ummi dan keluarga akan 
memulakan musafir umrah ke Mekah....

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu