walaupun bergelar seorang cikgu, saya tidak pernah lupa. suatu masa dulu saya adalah anak murid pada cikgu2 saya. tarbiyah mereka menjadikan saya insan pada hari ini. saya masih lagi menyimpan satu rahsia. (at least until today....) zaman saya mana ada sekolah tadika. terus2 masuk darjah 1. hari ke 2 saya di srss2, saya sudah didenda. sebabnya bermain dengan mainan masak2 yang saya bawa dari rumah. mainan tu saya sembunyi dalam laci meja saya. saya ingat lagi, saya ajak kawan saya tan li li main bersama. saya yang didenda berdiri belakang kelas kerana mainan itu milik saya. itulah kenakalan pertama saya. dan itulah juga pengajaran pertama saya dapat dari cikgu saya. saya tak pernah cerita kepada walid dan umi saya takut kena marah balik. cuma saya agak terkilan saya betul2 lupa nama cikgu pertama saya! dipendekkan cerita, zaman sekolah rendah saya lalui dengan penuh kenakalan. (lain kali saya cite ye...) saya pun sudah lost contact di mana cikgu2 sekolah rendah saya berada, saya hanya mampu ucapkan 3 kata keramat, terima kasih cikgu! semoga Allah merahmati hidup cikgu dan membalas jasa2 cikgu.
zaman sekolah menengah bagi saya, saya bertukar 360. persaingan kawan2 mrsmkt saya jadi low profile. jiwa remaja saya lebih banyak memerhati dan mengikut. kalau ayat budak2 zaman leni, ada aku kesah..... walaupun begitu saya penyokong kuat geng2 nakal dan pengikut setia geng2 dakwah. dan saya menamatkan degree saya dengan bergurukan cikgu2 yang tidak sealiran aqidah dengan saya. walaupun begitu saya amat hormati sifat belas ehsan mereka. antaranya mr tayida (saya ni ingat2 lupa namanya... ) professor dari jepun boleh mengalah dengan saya dan sahabat baik saya kerana sifat setia kawan kami. satu hari beliau memanggil saya dan sahabat saya, "why both of your assignments same? tell me who copies whose?" terkedu kami berdua. memang assignment tu kami bincang sama2 maka tak hairan jika ia serupa. tapi kerana mahu menyelamatkan sahabat baik, sahabat saya mengaku meniru. dan saya juga tidak mahu menganiayai sahabat saya, maka saya pula mengaku meniru assignment sahabat saya. berlaku kekecohan sampai prof saya naik hairan, tidak pernah berjumpa dengan orang yang mengaku buat salah! akhirnya dia meminta kami berjanji tidak akan mengulanginya lagi. saya dan sahabat saya melalui pengalaman yang cukup bermakna. saya ada lecturer berbangsa yahudi, kelas physical health education, yang boleh hormat pegangan akidah saya. "tomorrow all of you come to the swimming pool, i want measure your weight under water" terdiam saya. selepas semua orang balik, saya slow talk dengan dia. "i'm muslim, i can't open my hijab in public." berlaku perbincangan ringkas, dan alhamdulillah dia menerima alasan saya dengan baik. "ok, you do it yourself in bathub at your home.". tapi ada juga lecturer yang asyik2 mengutuk muslim. dalam kelas geografi saya, lecturer terang2 mengutuk perkembangan populasi orang islam di dunia. saya hanya terdiam, belum kuat untuk melawan hujahnya. tapi alhamdulillah, saya dapat lalui seadanya. to all my lecturers, 3 magic words for you, thank you sir!
kemudian saya buat kpli di mpktbr. saya berguru dengan cikgu2 yang hebat. cikgu2 yang mengajar saya untuk jadi cikgu. satu pengalaman pahit bila saya diuji. sebabnya saya melawan arus. saya mengandung anak ke 2 sedangkan waktu itu syarat kpli tidak boleh hamil. saya bertekad untuk meneruskan pengajian. saya cukup berterima kasih kepada pensyarah haji abdullah, advisor saya. dia turut melawan arus dan memberi sokongan kepada saya. saya masih ingat akibatnya pelajar2 maktab membuat bantahan dalam majlis perwakilan pelajar mereka. saya dipanggil mengadap pengetua. tapi alhamdulillah Allah membantu saya. alasan2 saya diterima dan saya hanya perlu menulis surat tunjuk sebab. kenangan yang cukup menjadikan saya lebih kuat bila saya berhadapan dengan pensyarah yang tidak bersetuju dengan keadaan saya berbadan dua tapi masih meneruskan pengajian. dalam satu presentation akhir, saya sampaikan tajuk berkaitan pencemaran alam. tapi di akhir presentation, pensyarah saya mengasak bukan soalan berkaitan presentation tapi soalan provokasi mengapa saya mengandung! namun alhamdulillah, Allah bantu saya lagi. saya dapat menanganinya dengan tenang, walaupun dalam hati Allah yang maha mengetahui berapi2 jugak. kawan2 saya semua terkejut, kata mereka, kalau saya, saya menangis situ le... tapi saya yakin walaupun saya melawan arus saya ada alasan saya kenapa saya dipihak yang benar. saya tak kecil hati pun malahan saya cukup berterima kasih. pensyarah ini telah mengajar saya untuk jadi berani dan ada pendirian. kenangan manis masih tetap ada. saya ada pak long yang mengajar saya ilmu turba. hari pertama saya pelik apa itu turba. rupanya singkatan untuk turun ke bawah. kata pak long bila jadi cikgu, kita tidak boleh duduk dalam dunia kita tapi kena turun ke bawah duduk sama2 level dengan pelajar kita. saya akui ilmu teori pak long cukup perfect tapi bila bertembung dengan realiti, kekadang ego payah juga nak mengalah! untuk semua pensyarah2 kpli saya. saya hanya mampu ucapan 3 kata keramat, terima kasih cikgu!
dari situ bermulah hari2 saya pula menjadi seorang cikgu. sekolah pertama saya hingga saya berctg pada tahun ke 19, smkpb di hati ku. huhu... terima kasih kerana sudi membaca. kalau penat mohon ampun. tak habis lagi ni. ada lagi satu yang saya nak kongsikan. 4 julai 1994, hari pertama saya bertugas sebagai cikgu. paha hari itu, saya mula teringat seseorang. siapa yang saya cari? rupanya orang pertama saya ingat ialah cikgu2 masa saya di mrsmkt. saya masih ingat dalam bilik komputer, tetiba je air mata saya gugur. tiba2 datang perasan dan pertanyaan bertubi2, mana cikgu rahim sekarang? mana cikgu rohani? mana cikgu siti bedah? cikgu mek siti? cikgu siti fatimah? cikgu mustafar? cikgu mohamed ali? cikgu hassan? cikgu latifah? cikgu ismail? cikgu sanuar? cikgu halim? cikgu nasir matori? cikgu alias? ustaz ibrahim? dan ..... satu persatu nama cikgu2 saya menjelma. maafkan saya, rupa2nya dalam ada aku kesah, mereka telah berjaya bertahta di hati saya. baru saya sedar selama ini merekalah yang mengajar saya tanpa penat dan jemu. rupa2nya dunia remaja memerhati dan mengikut, amat2 cukup bermakna. tanpa disedari suasana itulah yang banyak membentuk siapa kita di hari ini. benih2 yang mereka tabur sekarang sedang bertebaran menghasilkan bunga dan buah... hanya 3 kata keramat yang mampu saya ucapkan buat cikgu2, terima kasih cikgu!
hari ini saya menjadi cikgu. alhamdulillah sudah masuk 19 tahun saya mendidik dan berbakti. saya cuba untuk jadi yang terbaik buat anak2 murid saya dan rakan2 cikgu saya. walau siapa anda, cikgu saya atau anak murid saya, saya sentiasa mendoakan semoga Allah mencurahkan kebaikan dan rahmatnya di dunia dan akhirat. huhu... saya sudah kebuntuan kata2. akhir kata selamat hari guru tulus ikhlas dari saya.....
#amanahyangdiberi.kamitakpersiakan.apayangkamijanji.tunaitetapkamitunaikan#
1 comments:
Assalamuaualaikum Cikgu Sharifah.
Selamat Hari Guru saya ucapkan. Tanpa doa dan tunjuk ajar cikgu dulu, siapa lah saya sekarang. Sesungguhnya saya sangat rindu akan cikgu dan semua guru-guru di smkpb. Mungkin cikgu masih ingat saya pernah ke semsas dulu, tapi saya pulang ke smkpb semula kerana saya terlalu sayangkan cikgu-cikgu yang pernah mendidik sy menjadi org yg berguna.
Saya masih simpan hadiah buku Apa Ertinya Saya Menganut Islam karangan Fathi Yakan yang cikgu berikan pada kami ber-9 dan Al-Mathurat kpd semua pelajar, di akhir tahun kelas 5saksama1 2003. Dan yang paling melekat di ingatan saya mengenai nasihat cikgu tentang hidup kita ibarat Lokus. Pusing-pusing kembali juga ke asalnya; dan tentang hebatnya ayat 21-24 surah Al-Hasyr.
Terima kasih cikgu. Doakan saya dipermudahkan dlm pengajian saya. Dan doakan saya menjadi pendidik yg berilmu beriman dan beramal soleh. Sampaikan salam saya pada keluarga Cikgu.
Anak didik Cikgu,
Ahmmad Shukrie.
Post a Comment