Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Sorotan seminggu


Huhu.. sudah mula pergi sekolah.
Macam2 soalan...
"Cikgu gi mana? Lama tak nampak?"
tanya anak murid saya.
"Cikgu2... kita orang tunggu kat makmal ict
cikgu tak datang kenapa?"
tanya anak2 murid tingkatan 1 yang innocent...
"Cikgu... sihat dah ke?"
tanya anak murid yang tahu saya tak sihat.
"Cikgu... nampak kurus sekarang..."
huhu... pertanyaan yang paling best didengar.
Begitulah pertanyaan yang bertubi2.
Rupa2nya rindu jugak ke cikgu mereka yang "garang ni"...
Dengan penuh senyuman saya melayan
karenah soalan2 mereka...
Hingga yang tak larat nak layan..
"Ha... baca kat blog cikgu tahulah
kenapa cikgu tak datang sekolah..."


Hari rabu ada mesyuarat koperasi.


Penuh dewan...


Masih mengawal pergerakan jadi
tidak pusing2 dewan menjadi jurufoto.
Alhamdulillah ada faiz menolongnya
dan tangan kiri saya... cikgu nita.
Terima kasih semua...


Dan hari jumaat...
lama tak duduk kat majlis ilmu.
Rindu bertemu dengan mereka2 yang nak mendengar...
Macam dulu juga... walau tak ramai,
moga yang hadir dapat terkesan.


Hari ini giliran pah radziah dengan tajuk ceria.
Betul hidup penuh ceria, gembirakan orang lain,
maka Allah akan gembirakan kita...

Lifeline4Gaza ~ Talian Hayat Untuk Gaza

Lifeline4Gaza merupakan usaha mengumpul dana bagi membiayai projek menghantar bantuan dan sokongan kemanusian ke Gaza bersama jaringan NGO antarabangsa pada bulan April atau May 2010.

Projek ini diterajui oleh IHH dengan sokongan padu dari kerajaan Turki akan disertai relawan lebih dari 10 buah negara, termasuklah Malaysia, Turki, Ireland, Sweden dan juga Indonesia, yang mewakili pelbagai bangsa dan agama. Mereka akan menerobos halangan Israel dengan menaiki 20 buah kapal membawa bahan binaan, peralatan operasi hospital dan ubatan, penjana elektrik, keperluan pendidikan, dan pelbagai keperluan asas yang lain.

Kita berharap untuk menghantar 2 buah kapal bagi menzahirkan solidariti rakyat Malaysia terhadap mereka yang ditindas Gaza.

Ayuh! Sahutlah panggilan rakyat Gaza yang sedang diganyang oleh Zionis dan sekutunya. Bantulah mereka mebina semula segala yang telah dimusnahkan, dan buktikan kepada Zionis bahawa seluruh manusia yang waras termasuk anda semua, menolak dan membenci kejahatan mereka.

Bagaimana anda boleh membantu?

1. Doakan agar projek ini berjaya dan mendapat perhatian seluruh pelusuk dunia, dan seterusnya rakyat Palestin terbebas dari kejahatan Zionis Israel.

2. Hulurkan bantuan bagi menyiapkan projek ini.

3. Sebarkan maklumat kepada setiap mereka yang anda kenali, tanpa mengira batasan bangsa, agama dan politik.


Lifeline4Gaza di Kuantan

Program Lifeline4Gaza Peringkat Daerah Kuantan Dilancarkan Dengan Kerjasama Penuh Erat


HALUAN Pahang melalui Badan Gabungan NGO Islam Pahang (BARAKAH) telah berjaya mengadakan program "Roadshow Lifeline 4 Gaza," Talian Hayat Untuk Gaza dari 2 hingga 3hb April 2010 di Masjid Syaidina Umar Al Khattab, Perkampungan Cenderawasih, Kuantan.

Dengan mengutarakan tema "Menerobos Tembok Kematian," program ini berjaya menarik perhatian, kehadiran dan sumbangan derma yang menggalakkan dari masyarakat tempatan. HALUAN Pahang sebagai penyelaras program ini turut mendapat kerjasama erat dari ahli gabungan NGO Islam Pahang termasuklah JIM, ISMA, ABIM, Yayasan Amal, Nadwah Islamiah dan lain-lain.

Antara tujuan utama program ini adalah untuk mempromosikan projek "Lifeline 4 Gaza" di peringkat Daerah Kuantan khasnya dan Negeri Pahang amnya. Promosi projek bagi menarik simpati masyarakat untuk menghulur sumbangan derma mengisi tabung bagi membantu rakyat Palestin yang kini sedang menderita akibat keganasan dan kepungan rejim Zionis laknatullah melalui tembok besar yang dibina sebagai penjara besar kematian. Selain dari mengenakan sekatan dari dunia luar, penduduk Gaza juga diserang secara berterusan oleh tentera Zionis Israel.

Ceramah khas Hj Norazaman di Masjid Cenderawasih






Ceramah khas Hj Norazaman di Masjid Cenderawasih

Program bermula dengan pembacaan khutbah Jumaat mengenai Palestin oleh Pengerusi HALUAN Palestin, Tn Hj Norazman Mohd Samsuddin. Di sebelah malamnya pula telah diadakan ceramah dan tayangan khas pengalaman Tn Hj Norazman menyertai konvoi Viva Palestina ke-3 yang akhirnya berjaya tiba di Gaza pada 6hb Januari lalu. Belia berkongsi pengalaman yang penuh dengan peristiwa tragis di samping memberi maklumat sebenar mengenai situasi terkini di Gaza. Ceramah beliau telah berjaya membuat hadirin teruja dengan hujah dan lontaran pengalaman tarbawi yang realistik dan meyakinkan.

Sebagai menambahkan keberkesanan program ini, pihak urusetia telah menjemput Pegawai Agama Daerah Kuantan untuk menyampaikan ucapan aluan. Sebagai simbolik kepada pelancaran program ini, Tn Hj. Norazman selaku Pengerusi HALUAN Palestin telah menyerahkan "tabung derma" kosong kepada Pegawai Agama Islam bagi mewakili masyarakat daerah Kuantan untuk dipenuhkan dengan sumbangan wang derma untuk disalurkan kepada penduduk Gaza yang sedang menderita.

Pada malam kedua program ini, satu sesi ceramah bertajuk "Perancangan jahat Yahudi untuk memusnahkan Islam dan umat Islam di seluruh dunia" telah disampaikan oleh Pengerusi Aqsa Syarif Berhad, Ustaz Hasanudin b Mohd Yunus. Acara lain yang dijayakan pada malam tersebut termasuklah pameran Palestin, jualan amal, ceramah untuk muslimat, peraduan mewarna dan melukis untuk kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, motivasi pelajar, qiamullail dan kuliah subuh.

Anak kecil menyumbang ke Tabung Palestin

Anak kecil menyumbang ke Tabung Palestin

Alhamdulillah, sepanjang 2 hari program ini dijalankan, sumbangan derma yang diterima dari masyarakat amat menggalakkan. Sejumlah RM 13,000 berjaya dikumpulkan termasuklah melalui kutipan solat jumaat. Jumlah ini adalah diluar jangkaan pihak urusetia. Ada juga dari kalangan pengunjung muslimat yang sudi menderma sebentuk cincin emas dan sepasang anting-anting emas bagi membuktikan betapa kasih dan sayangnya kepada saudara mereka di Gaza.

Menurut wakil penyelaras program yang juga merupakan Naib Setiausaha HALUAN Pahang, Sdr Abd Basir Abd Ghani, sambutan masyarakat kepada program ini menggalakkan namun masih kurang memberangsangkan. Ini mungkin kerana program diadakan di masjid dimana hanya mereka yang biasa ke masjid sahaja yang memanfaatkan sambutan ini. Masyarakat sekitar masih kurang mengambil perhatian kepada program ini walaupun promosi dan hebahan telah dibuat dengan sewajarnya. "InsyaAllah , Haluan Pahang bersama Barakah akan berusaha melanjutkan lagi program roadshow lifeline4Gaza ini di seluruh daerah di Negeri Pahang ini. Justeru itu komitmen dan kerjasama semua pihak amat diharapkan khususnya daripada pihak berkuasa yang berkenaan. Program ini telah berjaya menarik kembali perhatian masyarakat kepada isu Palestin yang terhenti selepas serangan besaran rejim Israel ke atas Gaza pada penghujung tahun 2008," ujar beliau.

HALUAN Pahang bersyukur kerana program ini dapat dijalankan dengan lancar berkat kerjasama semua NGO dalam gabungan Barakah.

HALUANITA Pahang ceria membantu jualan amal dan pameran Palestin







HALUANITA Pahang ceria membantu jualan amal dan pameran Palestin














HALUAN Pahang serta Barakah juga ingin merakam dan menyampaikan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa, Pegawai Masjid Syaidina Umar Al Khattab, Cenderawasih yang telah memberi bantuan dan kerjasama padu bagi menjayakan program ini. Juga kepada pihak media yang memberi liputan program ini serta kepada semua pihak dan individu yang telah memberi sumbangan derma bagi mengisi dana untuk Palestin ini. Dengan komitmen ini, InsyaAllah akan mampu memanjangkan lagi "talian hayat untuk Gaza" sebagai benteng pertahanan terakhir Palestin dan simbol kekuatan Islam bagi membebaskan Masjidil Aqsa dan Palestin daripada Zionis Israel.

sumber : http://www.haluan.org.my/

Sinar Gaza...


Laporan Lifeline4Gaza di sinar harian.
Moga melahirkan kesedaran buat mereka2 di sini
terus memberi sinar buat umat di bumi gaza.

Roadshow Lifeline4Gaza 2nd day

2nd day, pagi ada peraduan warna kanak2
juga pemeriksaan kesihatan.
Saya tak hadir awal, sebab rasa semalam
sudah lama berjalan, huhu... pagi ni rasa kena rehat
juga sikit orang kata "jangan rohok2 sangat..."
Lagi pun pertandingan warna,
walidnya yang bawa budak2.
Cuma kak long cerita, doktor check walid,
"bp tinggi... lepas tu baru walid rasa pening..."
Huhu... bimbang jugak, doa moga2 tak berpanjangan.


Anak2 memang dari pagi tak balik2.
Seronok jaga booth...

Juga anak2 muda ni berjihad dari semalam
menjaga booth haluan...
Kumpullah segala pengalaman dan semangat itu
moga Allah redha...


Petang saya menghadiri ceramah dari Ustaz Suhaimi
menkisahkan tentang peranan muslimat
bagi melahirkan mujadhid.
"Betapa banyak wanita2 desa yang tak mampu
membaca dan menulis mampu melahirkan
mujahid2 agong yang mengukir sejarah
di pentas dunia... wanita... manusia yang hebat."
kata ustaz membuka bicara.
Aduh bukan mudah... di tangan wanita...
namun tidak mustahil...


Malam selepas maghrib jemaah dihidang lagi
ceramah dan tayangan slide.


Kali ini penceramahnya ialah Ustaz Hasanudin b Mohd Yunus,
pengerusi aqsa syarif menceritakan
perancangan jahat yahudi / zionist menghancurkan islam.


Seperti semalam, ruang masjid penuh hingga keluar...

Alhamdulillah 2 hari berkampung lebih rm13k dikumpulkan.
Juga yang mengharukan ada yang menginfakkan
cincin dan anting2.


"Bandingan (derma) orang2 yang membelanjakan
hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti
sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai;
tiap2 tangkai itu pula mengandung 100 biji dan (ingatlah),
Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa
yang dikehendakinya, dan Allah Maha Luas (rahmat)
kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya."
(Al-Baqarah : 261)

Moga Allah redha semua amal kita...

Roadshow Lifeline4Gaza peringkat Kuantan


Masalah umat islam di gaza buka isu semasa.
Ia masalah ummah sejagat dan tak akan
lenyap selagi bumi palestine dan masjidil aqsa
bebas dari cengkaman zionist...
Maka kali ini roadshow membantu umat islam di gaza
telah di adakan peringkat daerah kuantan
dengan kerjasama barakah,
badan gabungan ngo islam pahang dan
masjid syaidina umar al khatab chenderawasih.


Sempat saya menghadiri ceramah
dan tayangan slide selepas maghrib.
(hehe... jalan lagi...)


Penceramah tn hj noorazman samsudin,
pengerusi haluan palestin
memberi sentuhan yang membangkitkan seruan
bahawa kita sendiri berkewajipan membantu
umat islam di palestin.
Juga pengalaman beliau sendiri sebagai
relawan kemanusian viva palestin 3 ke gaza
begitu menyayat hati mendengarnya.


Alhamdulillah... pendengar melimpah hingga
ke ruang legar luar masjid...


Akhirnya, pegawai agama daerah kuantan
membuat ucapan aluan.
Seterusnya upacara simbolik penyerahan tabung derma.


Dan ini anak2 muda yang bersemangat kental.
Moga jihad mu Allah redha...

Jalan2


Bonda selalu sebut saya kecik2 kuat jalan...
(suka berjalan tak melekat kat rumah)
memang pun saya ingat masa2 zaman sekolah rendah
tak lekat rumah, petang lesap main basikal...

Bila remaja pun, bonda kata saya kuat jalan...
Cuti sekolah balik dari asrama,
cuti balik belajar dari universiti,
mesti ada rumah kawan2 yang nak pergi.

Masa bujang2 pun bonda perhati kata saya kuat jalan ...
Masa tu hujung2 minggu pergi ijtima' di gong kapas.
Ingat, sekali je pergi perlis dengan cg rahim,
bonda bising... "orang puang kuat jalang..."

Masa dalam tempoh bersalin pun
bonda kata saya kuat berjalan...
"tak boleh ke duduk diam2 bertungku,
ni nak jalan saje..." leter bonda.
Tak sempat tunggu 40 hari berpantang
sudah nak bawa kereta...

Ni... masa tempoh sakit tak sampai 2 minggu
bonda telefon 2 kali saya tak ada rumah...
"Baru bedah tu tak sakit ke jalan2" tanya bonda.
"Alhamdulillah... tak rasa apa2,
duduk je dengar ceramah
bukan jalan2..."
terang saya kepada bonda.

Maka itulah kasih bonda....
Dan alhamdulillah...
kuat jalan tu lah menjadikan
saya kuat semangat...
tak bermanja2 dengan ujian sakit.

Dan tadi jalan lagi pergi halaqah rumah k ani.
Jumpa buku... apa lagi sekarung diangkut.
Moga Allah beri kekuatan untuk
menghabiskan membacanya....

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu