Kenduri lagi...

Hari ini kenduri lagi di rumah pengantin lelaki,
Kalau orang Terengganu panggil majlis sambut menantu.

What is the significant about it?
Since this is a new home for the bride,
it's where the mother in law will introduce
her 'new daughter' to relatives and friends.
Maka duduklah pengantin
ditemani ipar bersalaman dengan setiap
saudara mara dan tetamu yang hadir.
(I still remember myself 17 years ago... malu...hehe..)

As for me, it's like a get together day.
I meet many of my husband's nephews and nieces.
Since there are many of them,
then I take some time to recall their names...

Hah... ini cucu-cucu saudara, I'm a grandma...
They have unique names, Fatini, Da'yini, Lubaib, Labib
and so on... sorry lupe lagi Tok Umi ni...
At late evening then I leave the house.
Labels: Walimatul Urus
Books

Pagi saya ke SMKPB kerana Kak Long ada temujanji
dengan Teacher Jalilah. Sementara tu saya ke
library sekolah tolong Naemah cari bahan
tentang tempat-tempat bersejarah.
Hai... anak punya kerja kursus
mak juga kena cari... Tapi lebih sejam mencari
padahal rak buku bukan banyak sangat
tak jumpa2. Bila jumpa bukunya,
isi pula hilang...

Jadi apa yang saya jumpa...?
beberapa buku teks lama2 zaman saya
sekolah menengah dulu. Hah... buku2 inilah
menjadi teman baik saya, saya belek hari2.
Buku math tu pengarangnya Cheah Tat Huat.
Guru saya dulu Cikgu shukri dan cikgu Abd Rahim.
Kalau buku biology saya ingat sangat
pengarangnya Peter Chen sebab saya minat
bio kerana dulu saya cita2 saya nak jadi doktor...
Cikgu bio saya cikgu Siti Fatimah.
Buku sains paduan lagi nostalgik
sebab saya ingat sangat gambar burung kakak tua tu.
Buku BI ... beberapa BI yang pernah ajar saya,
cikgu yang diimport dari oversea
dan juga cikgu yang graduated dari oversea...
(yang kadang2 lebih sudu dari kuah...)
Oh... dengan titisan ilmu itu
saya menjadi insan hari ini...

Dan sejam menunggu terlalu lama buat
Said dan Abbas yang nak ikut saya ke sekolah.
Sebelum balik saya jumpa bekas
pelajar saya Rushdiah. Dia masih
undecided lagi nak belajar mana...
Apa2 pun cikgu doa awak berjaya.
Petang jam hampir jam 7:00 saya dan keluarga
bertolak pulang ke Kuala Terengganu
untuk bersama Bonda dan Ayahanda
sempena cuti sekolah.
Labels: daily journal
Akademi Nasyid

Sambil membaca tu terserempak dengan pelajar2
saya sedang berlatih nasyid dengan penyanyi nasyid
dari Akademi Nasyid. (banyaklak nasyidnya...)
Saya bukan ikut sangat perkembangan Akademi Nasyid tu
cuma kenal Azhan je, sebab pemenang utama.
Mereka dilatih sebab nak bertanding peringkat
daerah nanti. Kata pembimbing mereka
Ustazah Ramlah, selama ini dapat no 2 je.
Jadi tahun ini cuba dapat kelainan,
moga sentuhan dari profesional (?) tu mereka
berjaya pecah rekod. Selamat berjaya...
Labels: Aktiviti smkpb
Perjalanan Pulang.

The next day, beli2 sayur then pulang.
Anak2 tanya, "Umi ni gambar jeep pun nak ambil"
Hah... itulah kenderaan lasak pekebun sayur di sini.

Kami pulang melalui Kg Raja - Gua Musang.
Nak cuba jalan baru. (Tapi laluan ini dah lama buka).
Kami lalui laluan berbukit bukau.
Cuma kena hati2 sebab ada beberapa tempat tu
hampir separuh jalan tanah runtuh.

Masuk sempadan Kelantan jumpa
beberapa perkampungan orang asli.
Aktiviti mereka tunggu tepi jalan jual madu dan sayur.

Permandangan bergunung ganang amat menarik.
Betapa luas alam ciptaan Allah.
Sampai di Gua Musang ada beberapa tempat
gua2 yang unik dan menarik.

Dari Gua Musang ke Felda Iring untuk laluan ke Kuala Berang.
Sepanjang perjalanan hujan agak lebat.
Jalannya berliku ada, macam roller coaster pun ada.
Tapi disebabkan kami tak tahu jalan
Allah izin tersesat sejauh 16 Km ke
Taman Negara Kuala Koh.

Maka sampailah kami ke Taman Negara Kelantan!...
Jumpa Security Guard dia kata
memang ramai orang tersesat ke sini.
Patutlah sepanjang jalan tadi tiada kenderaan,
penuh ladang kelapa sawit dan lembu2.
Bila masuk dalam kawasan Taman Negara tu
semua anak2 suspen dan takut
sebab jalan sudah jadi kecil,
hutan kiri kanan, lalu jambatan usang,
ada signboard gajah melintas dan begitu sunyi.
Tapi Walidnya cool aje, tarbiyah buat anak2.
Kata Walid, "Sesat jalan kita pusing balik
semula ke pangkal jalan."
Tapi bila sampai kawasan Taman Negara
tempat agak menarik.
Masing2 berebut nak ambil gambar pulak...
Jumpa Security Guard dia kata
memang ramai orang tersesat ke sini.
Patutlah sepanjang jalan tadi tiada kenderaan,
penuh ladang kelapa sawit dan lembu2.
Bila masuk dalam kawasan Taman Negara tu
semua anak2 suspen dan takut
sebab jalan sudah jadi kecil,
hutan kiri kanan, lalu jambatan usang,
ada signboard gajah melintas dan begitu sunyi.
Tapi Walidnya cool aje, tarbiyah buat anak2.
Kata Walid, "Sesat jalan kita pusing balik
semula ke pangkal jalan."
Tapi bila sampai kawasan Taman Negara
tempat agak menarik.
Masing2 berebut nak ambil gambar pulak...

Maka dalam hujan kami patah balik sejauh 16 km.
Alhamdulillah jumpalah lebuhraya ke Kuala Berang.
Tapi jalan ini belum diwartakan lagi
sebab itu bukan jadi laluan utama.
Kenderaan pun jarang-jarang jumpa.
Dalam hujan kami lalui Tasik Kenyir.
Tasiknya seluas mata memandang, cantik.
Memang sejuk mata memandang tapi kerana
hari hujan maka pemandangannya redup dan kelam je.

Maka perjalanan hampir 5 jam (melebihi sepatutnya)
dek sesat dan hujan. Anak2 terutama Said
bukan main lagi. Ada masa bila boring tu
jenuh kakak2nya melayan karenah adiknya.
Sampai di Kuala Berang jam 6.30 petang
terus cari makan...
Sebab sudah sampai ke Terengganu,
kami pulang ke rumah Bonda di Kuala Terengganu.
Singgah hantar sayur...
Maka tukang driver berehat setelah penat memandu
jam 10:30 malam baru pulang ke Kuantan.
Alkisahnya tamatlah A Counterclockwise Journey
kami sekeluarga bermusafir dan berrehlah
dari Kuantan - Karak - Genting - Batang Kali -
Bidor - Teluk Intan - Sabak Bernam -
Simpang Pulai - Brincang - Kg Raja -
Gua Musang - Felda Iring - Kuala Berang -
Kuala Terengganu - Kuantan.
Lengkap 5 negeri - Pahang, Perak,
Selangor, Kelantan dan Terengganu...
Penat? Ye... tapi suasana bermusafir
banyak Allah nak tarbiyah terutama
buat anak2 remaja saya yang baru
nak mengenal erti cabaran dan dugaan
dalam dakwah dan tarbiyah...
banyak Allah nak tarbiyah terutama
buat anak2 remaja saya yang baru
nak mengenal erti cabaran dan dugaan
dalam dakwah dan tarbiyah...
Labels: Musafir , Rehlah Tarbawi





