Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

sahabat baru


alhamdulillah semalam sahabat2 jiran
yang tinggal berhampiran
datang ziarah rumah.


malam ini selepas solah isya' 
ummi ke jubail dakwah center
untuk mendengar kuliah.
alhamdulillah bertemu lagi sahabat2 baru
yang tinggal di persekitaran jubail ini.
suatu yang cukup menarik
teknikal setup menggamit kenangan2
lalu semasa mendengar kuliah suatu masa dulu
ketika zaman2 di universiti....
akhawat terpisah dengan ikhwah dan
kuliah didengar melalui speaker yang dipasang.
di sini terutama tempat2 awam
amat particular berkait wanita. 
mereka seboleh2nya dijaga tidak 
terdedah kepada umum.


alhamdulillah pengisian mampu mengisi
kekosongan aqal dan roh. 
ya Allah berikan ummi kekuatan 
untuk meneruskan d&t di tempat baru.....

First tetamu...


hari ini ummi menanti kunjungan
tetamu yang pertama...
excited dan berdebar almaklum
untuk memulakan sillatularahim
di tempat baru....


syukran imah, iman, shima & kak milah
datang menjenguk.
baru bertemu tapi alhamdulilah
mesranya bagai sudah lama berkenalan....
moga Allah tautkan ukhwah fillah
antara kami....

Medical Checkup


hari ini ummi ke kims medical center
untuk medical checkup.
haritu masa nak datang kat kuantan
sudah buat medical checkup.
sampai sini kena buat lagi...
ini adalah untuk urusan mendapatkan iqama.
iqama ini seperti kad pengenalan
tapi bukan sebagai warganegara.
arab saudi bukan sebuah negara yang mudah
untuk memohon kerakyatan.
iqama lebih kurang kebenaran untuk 
tinggal di saudi dan bekerja di sini.
ia mesti dipohon oleh pekerja, isteri 
dan anak2 mereka.
kalau sudah ada iqama nanti tak lah
digelar PATI... he2x...
moga Allah permudahkan semua urusan.

Teratak Jubail


teratak baru ummi di jubail.
atasnya tempat tinggal tuan rumah.
kami menyewa di bawah.
begini keadaan rumah2 di sini
yang biasanya dikelilingi oleh tembok
atau pagar batu.  kenapa ye....
ini kebiasaan mereka agar wanita terlindung
di dalam.....
banyak perkara yang perlu ummi 
pelajari cara hidup di sini
yang memang budayanya cukup berbeza
dengan negara kita malaysia.
insya'Allah jika berpeluang lagi
nanti ummi kongsikan.


the porch area. adalah ruang untuk
said melompat2 main bola...


ini pintu perang....
at least itu gelaran yang diberi oleh
rakan2 di sini...
kenapa ye... huhu... rata2 pintu masuk
semuanya dibuat dari besi dan tebal2 belaka.....

Musafir hijrah ummi


jumaat 9 november 2012 mencatat
sejarah yang tersendiri buat ummi.
hari ini ummi bermusafir hijrah
bersama anak2 untuk menemani walid
di jubail bumi saudi arabia.
moga Allah sediakan yang terbaik
buat kami sekeluarga.
dari klia menaiki saudi airlines
kira2 jam 3.00 pm.


tiba di king khaled international airport di riyard.
menunggu connecting flight ke dammam.



alhamdulillah tiba di king fahd international airport
di dammam.  perjalanan diteruskan 
menaiki kereta ke jubail lebih kurang
memakan masa selama 50 minit.

Rindu...

tet...tet... mms dari walid...
"pagi ni di depan ka'abah."
ummi balas...
"subhanallah... don't make me weep tears..."

Masa untuk berubah

Tadi ummi didatangi dengan kehadiran
mantan anak murid... afiq amsyar.
Dolu2 bukan main nakal awak ye...
Alhamdulillah kedatangan kali ini nampak kematangan.
Tahniah dapat sambung belajar 
dan nanti akan bergelar sebagai ustaz.
Siapa kata kita tidak boleh berubah....
 Allah ciptakan kita sebagai makluk 
yang sempurna ciptaannya.
Allah beri kita akal agar kita boleh berfikir
dan sentiasa melakukan kebaikan 
dalam kehidupan kini atau masa akan datang.
Untuk itu kita harus sentiasa 
memperbaiki kehidupan kita.
Hari ini lebih baik dari semalam.
Oleh tu yakin diri bahawa kita boleh berubah.
Jika kita positif kesulitan tidak menjadi penghalang
kerana kita yakin, kita ada Allah membantu.
"sesungguhnya Allah tidak akan merubah
keadaan sesuatu kaum sebelum mereka mengubah
keadaan  diri mereka sendiri."
(surah ar-ra'd : 11)
Allah beri kita akal untuk kita memilih.
Allah beri kita hati untuk kita membuat keputusan.
Juga Allah beri kudrat fizikal untuk kita bertindak.
Setiap apa yang Allah beri yang ada pada kita
menjadi medan untuk kita berubah ke arah kebaikan.
Lalu kenapa harus kita tangguh2 lagi....

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu