Rehlah Tarbawi Keluarga

Jika diikutkan selepas bermalam di rumah umi ah,
pagi ni nak bertolak balik terus ke kuantan.
Tapi permintaan tinggi dari anak2 nak pergi zoo.
Maka untuk tidak menghampakan permintaan mereka,
saya sekeluarga singgah lah ke zoo
on the way back to Kuantan.

Sebelum balik ada lagi permintaan nak bergambar dengan
si batik pulak...

Semua kepenatan bila nak pulang.
Nazirah mana??? merajuk lagi....

Sebelum bertolak ke kuantan singgah solat di masjid.
Hah... cuma sepanjang perjalanan
said ramadhan tak tidur!
Maka dalam kepenatan melayan kerenahnya
dalam ruang kereta yang terhad...
Bagi anak2 yang lain umi harap
dapat belajar banyak perkara.
Perjalanan duniawi kita yang sementara
memang sentiasa mencari keredhaan Allah
untuk menuju dunia ukhrawi...
Sukaneka Keluarga HALUAN

Pagi ahad saya sekeluarga ke padang
akademi percukaian malaysia
bersama ahli2 HALUAN yang lain dalam
menjayakan sukaneka keluarga.

Semua masuk acara dan alhamdulillah
yang hebat2 tu menanglah...
Walid no 1 dalam acara tali skipping.
Naemah no 2 dalam acara isi air dalam botol.
Sakinah no 3 dalam acara pancing botol.
Kak Long no 1 dalam acara menganyam ketupat.
Abang mie, nazirah & umi sedih tak menang apa2...
Apa2 pun semua aktiviti berjalan
dalam suasana yang amat tarbawi...
Cuma hari tu ada orang lepas gian lama tak main basket ball...
Huhu... menang juga dengan anak2 remaja.
Umi anyam ketupat dan pancing botol tak menjadi...
Said... acara kutip goodies, penuh baju....
Alhamdulillah semua berakhir dalam
suasana penuh berukhwah.
Menang kalah adat bermain.
Yang penting hubungan kemesraan
yang terbina menguatkan batu bata dakwah...
Mesyuarat Perwakilan HALUAN ke 20

Pagi ini keluarga saya berpecah 3...
Aulad banat & remaja bawah 15 tahun
ada aktiviti di Kolej Za'aba.
Saya, suami dan kak long menghadiri
majlis perasmian mesyuarat perwakilan
di Dewan Anwar Mahmud, UKM
yang dirasmikan oleh
YBhg Dato' Ketua Pengarah JAKIM.

Sebelum tu ucapan aluan dari Dr Abdullah Sudin.
Antara peringatan beliau kehadiran ahli pada hari ini
bukan sekadar memenuhi masa lapang
tapi tuntutan d&t dalam realiti sekarang
dimana keruntuhan akhlak begitu berleluasa
dan jauhnya insan2 dari cara hidup islam,
menuntut untuk mengajak masyarakat kepada
cara hidup islam yang sebenar.
Perlu sangat melengkap diri dengan ilmu, kemahiran
dan persedian untuk merubah sikap bila terjun
dalam masyarakat untuk melakukan pengislahan.

Kemudian YBhg Dato' membuat ucapan perasmian.
Bertemakan mendidik dan berbakti beliau
menyarankan agar ahli HALUAN dapat memberi impak
dengan khidmat yang bermanafaat kepada masyarakat.
Bertemakan mendidik dan berbakti beliau
menyarankan agar ahli HALUAN dapat memberi impak
dengan khidmat yang bermanafaat kepada masyarakat.

Selepas rehat ucapan dasar yang dari presiden HALUAN
Dr Abdullah Sudin b Abd Rahman.
Begitu banyak saranan dan peringatan beliau.
Yang boleh saya ucap moga Allah memberi kekuatan
untuk terus bergerak selepas ni.

Sebelah petang, ketika para perwakilan bermesyuarat,
saya di dewan DKG11F mengikuti program ibu bapa.
Sehari ini berlalu dengan pengisian yang amat bermakna.
Dan yang mengembirakan saya dapat bertemu ramai sahabat2
lama saya yang telah terputus hubungan dek berpindah dsbnya.
Antaranya, Dr. Saedah Ali, ukhwah kami berputik
ketika di MRSMKT. Kami berpisah selepas maktab dan
tak bertemu dalam jangka waktu yang lama.
Sekarang ukht di HUSM Kubang Kerian.
Sahabat saya ukht Min... (sh aminah).
Kami sama2 buat KPLI di MKPTBR.
Berpisah selepas posting, beliau di Sarawak & saya di Pahang.
Ukht kak Waheeda dari PP, siap cakap cakap arab lagi...
maaf, ana hampir terlupa (sebab wajah kak makin muda...)
yang kita pernah bersama menziarah madinah
dalam musim haji 2005 yang lalu.
Ukht Kak Khairiyah dari perlis,
yang saya hampir bertukar dengan kakaknya...
Kami berukhwah ketika memberi khidmat
bantuan banjir di pekan pada tahun 2007.
Ukht Kak Wana, dari trg tapi berkhijrah ke banyak tempat,
ingatkan di kelantan , rupa2nya sekarang kat johor lak.
Saya bersamanya masa mula2 balik dari US.
She's a good mentor dalam kerja d&t ni.
Dan yang lain2 tak tertulis saya,
tapi mereka semua di hati saya...
Itulah nikmat ukhwah yang Allah beri,
nikmat dan gembira sekadar melihat wajah
sudah dapat memberi kekuatan....
Dan malamnya Bicara Ad-Deen di Masjid Hasanah
Sek. 9 Bandar Baru Bangi.
Labels: Haluan
Musafir Tarbawi

Lepas asar, musafir tarbawi saya sekeluarga bermula.
Saya berkonvoi dengan keluarga cikgu Nasibah.
Perjalanan lewat petang agak lengang.
Tapi dalam kereta huhu... riuh rendah.
Masa ni lah macam2 ujian samada untuk anak2
mahu pun ibu bapa - kesabaran, kerjasama, tolak ansur...
Ada macam2 kerenah - tak nak share tempat duduklah...,
berebut airlah..., dan 1001 macam permintaan.
Sebagai ibu, semoga semua jadi bahan tarbawi
terutama buat kakak2 yang perlu berlajar kerenah adik2.
Tiba di Bangi lewat malam jam 11:30 malam.
Tersesat juga nak sampai ke Kolej Za'aba.
Terus mendaftar dan masuk bilik kerana
esok banyak lagi acara2 yang nak dihadiri.
Labels: Musafir
Permata bonda
Tiada yang mengembirakan hati ibu kecuali
bila semua anak2 berkumpul bersama-sama.
Begitulah saya, alhamdulillah kak long dan naemah
sudah pulang dari asrama rabu lalu.
Lengkap semua anak2 dirumah.
Tiada yang mengembirakan hati ibu jika
semua dapat makan masakan ibu.
Begitulah saya, sejak anak2 balik,
2/3 kali masak sehari.
Masak pagi, habis...
Masak tengahari, habis....
Masak malam, habis...
Alhamdulillah hati rasa puas sebenarnya
walaupun penat juga masak tu...
Begitulah juga agaknya,
bonda dikampung tu...
tentu rindu anak2 untuk balik kampung....
maaf anakanda tak dapat pulang lagi.
Insya'Allah hujung minggu akan datang
kami sekeluarga akan bertandang.

Petang nanti akan ke Bangi untuk menghadiri
Hari Keluarga Haluan & Meyuarat Perwakilan Haluan ke20.
Moga dipermudahkan segala perjalanan....
bila semua anak2 berkumpul bersama-sama.
Begitulah saya, alhamdulillah kak long dan naemah
sudah pulang dari asrama rabu lalu.
Lengkap semua anak2 dirumah.
Tiada yang mengembirakan hati ibu jika
semua dapat makan masakan ibu.
Begitulah saya, sejak anak2 balik,
2/3 kali masak sehari.
Masak pagi, habis...
Masak tengahari, habis....
Masak malam, habis...
Alhamdulillah hati rasa puas sebenarnya
walaupun penat juga masak tu...
Begitulah juga agaknya,
bonda dikampung tu...
tentu rindu anak2 untuk balik kampung....
maaf anakanda tak dapat pulang lagi.
Insya'Allah hujung minggu akan datang
kami sekeluarga akan bertandang.

Petang nanti akan ke Bangi untuk menghadiri
Hari Keluarga Haluan & Meyuarat Perwakilan Haluan ke20.
Moga dipermudahkan segala perjalanan....
Seminar berakhir

Subuh tadi saya melakarkan kenangan
dengan anak2 generasi pewaris dari terengganu.
Saya bersama mereka semasa
khidmat banjir dan khidmat masyarakat di Pekan.
Raihana, Aqila dan Cikgu Mat's daughter.

Hidangan pagi ini ialah ceramah sekali lagi
dari Tn Hj Rosdi bertajuk
Children Around The Prophet SAW
Kemudian Pn Hjh Maimunah Hashim,
or lebih mesra di panggil Kak Mai menyampaikan
Menerapkan Keimanan Dalam Kanak2.
Mendengar kelembutan suaranya
tidak terbayang bagaimana anak2 nya dididk.
Tentu dalam suasana penuh kasih sayang dan tarbawi.

Seminar berakhir dan saya memohon dari Allah swt
agar diberi kekuatan dari segenap penjuru
untuk melaksanakan kerja2 amal ma'ruf nahi mungkar.

Saya pulang dengan menumpang Ukht Shima ke Temerloh.
Kemudian menaiki bas ke Kuantan.
Alhamdulillah, dalam bas saya dapat
khatam buku Memahami Emosi Anak.
Sepanjang perjalanan saya bermuhasabah
dan berdoa moga2 Allah swt menerima
amal yang sedikit ini.
Jam 6.30 ptg saya tiba di bus stop Sg Isap Damai
dan di sambut oleh Said Ramadhan dan walidnya....
Labels: Haluan









