Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Pulang ke Kuantan...

Hari terakhir di rumah bonda,
'Abbas masih tak puas mandi pantai.
Pagi ini dia ke pantai dengan walidnya
mandi pantai dan sambil menahan ketam.
Dapatlah beberapa ekor ketam yang halus-halus.
Sempat di masak oleh bonda untuk makan tengahari

Pagi terakhir di Kuala Terengganu,
ayahanda menjamu sarapan
nasi goreng kampung yang di masak oleh saya...
Dan penerbangan pertama pagi ini
ialah kekanda Umi Yah.
Semoga selamat sampai ke KL.
Next trip adinda Umi Su.
Maka rumah Bonda dan Ayahanda semakin sunyi..

Kami didatangai tetamu
ayahanda Tg Yusuf, adinda kepada bonda saya.
The last family to leave of cause us...
Sedih nak tinggal tok n tok'ki...
On the way singgah kedai
beli barang untuk anak-anak di SMASKL
yang tertinggal...
Perjalanan balik lama sikit sebab
membantu kereta Abu Abdullah (kawan 'Abbas)
yang broke down di Bukit Besi.
Masa ini Said naik hyper
sebab terlalu lama duduk dalam kereta.
Maka menjelang senja kami sampai ke Kuantan...

4 Syawal 1429H


Pagi-pagi lagi Nazirah sudah bersiap.
Pagi ini kami akan bermusafir raya ke Kemaman.
Mok Long is having an open house gathering.
So all of us are invited.
We stayed untill 2.00 pm because have to
rush back to KT due to solat hajat at SMASKL.
On the way back, ziarah my husband's uncle,
Ayah 'De at Pantai Teluk Lipat Dungun.

Back to KT and lalu jambatan baru,
but I can't recall the name ...
Anyway the exit junction is at Tanjong Jara.
At Masjid Rantau Abang, both my sons
got excited when they saw this fire engine.
We reached bonda's house at late evening.
Then rushed to SMASKL for Program Solat Hajat.
Both my daughters, Kak Long n Naemah
will sit for SMU and PMRU after Raya.
At SMASKL, I met Dr Salwani, my old friends.
We never seen each other since leaving MRSMKT.
Her daughter also at SMASKL.
Kak Wan, me and Kak Ani.
Another old friend, Kak Wan.
Back in 1991, we share the same married date.
But... Allah uji dia lebih dari saya.
Zaujnya sudah dipanggil pulang dulu oleh Allah swt...
Jadi untuk malam ini, saya menghantar
kedua anak saya Habibah dan Naemah pulang
ke asrama di SMASKL.
Dengan penuh harapan umi mendoakan
anak-anak tidak mensia-siakan usia
yang Allah swt berikan untuk menimba ilmu
dan menjadi dae' dan murabbi solehah...
On the way back to home,
saya snap cahaya lampu-lampu di atas.
Teringat kata-kata Ustaz Azhar Idris pokok biru...

3 Syawal 1429H

Pagi-pagi lagi salah seorang anak saudara saya
Shukri menolong Umi Ah masukkan manik
ke dalam benang. Biasalah tu, hari raya
masuk hari ke tiga, baju raya tak siap
disulam dengan manik lagi... Tu tak campur berapa
kali sulam, tak berkenan buka balik.
Alahai kekanda ku...

Ini Bonda yang disayangi Tg Zainun bt Tg Su.

Tetamu hari ini sepupu saya,
kalau tak silat Tg Zizie n ?... lupelah!!!
Jumpa nak kata tahun tak sekali.
Dulu-dulu rase temu kecil-kecil lagi,
alih-alih sekarang sudah besar dan kawin,
maafkan Kak Dah.
Just married a couple of months ago
and now working in Johor.

Satu lagi sepupu-sepupu saya datang dari
arwah adik bonda saya.

Mereka semua 12 adik beradik
and for sure ada yang saya tak ingat nama...

Sebenarnya bonda saya kira mak saudara yang tertua.
Bonda saya ada 10 adik beradik
dan yang masih ada hanya 5 orang.
Jadi tiap kali raya mereka akan datang menziarahi bonda saya.

Bila petang, maka anak-anak and their cousins
apa lagi kalau bukan mandi pasir!!!
kira acara wajiblah...

Lepas tu ramai-ramai pergi mandi pantai pulok...

Sepupu yang terakhir sampai hari ini,
Tengku Su Iskandar. Tinggal di Johor, masa kawin
dulu saya tak sempat hadir.
Alih-alih sekarang sudah anak dua...

2 Syawal 1429H

Hari Raya ke 2 saya makan pagi di rumah
Su Da di Bukit Besar.

Said hari ini kurang sihat.
Semalam 3x muntah,
jadi untuk hari ini saya tak kemana-mana
hanya menunggu di rumah sambil melayan
saudara mara yang datang bertandang.
Ini sepupu ayahanda saya.
Tiap-tiap tahun mesti datang menziarahi
ayahanda saya, kawan baiknya...

Sepupu sepapat, Kak Ya n Mimi serta Che' Ni.

Ha... ini anak2 sepupu or dua pupu kut...
pernah jumpa dulu masa kecil-kecil
sekarang ini kalau terjumpa tengah jalan
memang tak kenal...

Ini Aisyah n Fadhilah yang manje...
A snap before they went back to Kelantan.

So at the evening, Ayah Mud n Umi Na's
family pulang untuk beraya ke Kelantan pulak.
Have a safe journey...

Kemudian sampai saudara mara dari
Seberang Baruh... Maria, Abang Mi dan Aloni
bersama anak-anak masing-masing
yang semua sudah besar-besar belaka...

The last person who came to visit,
my uncle adik kepada bonda saya, ayahanda Tg Ismail b Tg Su.
Still single... and very keen of benda lama-lama
(sejarah kesultanan Terengganu).
Republished "Tuhfat Al-Nafis" book which
was hand-written by our Nyang/great grand father (if I'm not mistaken).
Runs a songket and homestay bussiness
Anxiously on his laptop to show us
and his collection of pictures during his visit to Solo, Indonesia.
Actually, he got sort of "datukship" recognition from Sultan Solo.

Raya's Candid...

1 Syawal 1429H

Pagi 1 Syawal 1429H mencatat sejarah buat saya sekeluarga.

Kami berlapan telah ke SMASKL
untuk bersolat sunat hari raya bersama-sama.
Selalunya jarang boleh cukup korum ...
Pulang dari solat, singgah di perkuburan arwah mentua
di persimpangan Jalan Ibrahim.

Biasalah selepas solat,
masing-masing cucunda-cucunda
bersalaman dengan nenda berdua
dan dapatlah duti raya...

Kemudian sesi bergambar ramai-ramai...
Tahun ini hari raya pertama lengkap
kami 7 beradik ada...
Anak-anak saudara pun ada kecuali
Farah (kat India...) jangan sedih ye...

Ziarah pertama di rumah bapa saudara saya
ayahanda Engku Arif.
The only brother to ayahanda.
Rumahnya bersebelahan rumah ayananda.
Beliau baru sihat dari kena minor angin ahmar.
Moga Allah swt memberikan kesihatan bertambah baik.



Kemudian kami ke rumah Mok Ngoh di Bukit Depu.

Destinasi seterusnya, ke rumah Nyang Ayah,
ayahanda Engku Ubaidillah, di Chabang Tiga.

This the only adik kepada arwah nenda saya
yang ada di Kuala Terengganu.

Kemudian ke rumah Tok Che',
Bonda Tengku Hailani
adik kepada bonda saya di Bukit Besar.


Tengahari kami solat zohor di rumah Pak Di.

Selepas asar, ziarah Pak De' Mang di Bukit Besar.

Kemudian ke rumah mak sepupu suami, Mak Su.

Kemudian ziarah mak saudara Mak Cik Hawa
adik kepada arwah ayah suami di Kampung Nibung.

Rumah terakhir kami untuk hari pertama raya
di rumah Mak Teh Lah juga adik kepada arwah ayah suami saya
yang juga tinggal di Kg Nibung.
Begitulah routine kami di Aidil Fitri
kerana kami tinggal agak berjauhan dari sanak saudara
biasanya Hari Rayalah baru berkesempatan untuk
menziarahi mereka.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu