Roti samoli.
Ummi sudah sampai di bumi jubail. الحمد لله. Tapi الله izin, dapat sore throat yang agak berat. Hingga tak ada suara, sampai kepala pun ting tong, berat nak angkat. Itulah ujian kecil yang الله beri buat muhasabah diri dan penghapus dosa. الحمد لله على كل حال.
Yang ummi nak cerita sini pasal roti samoli. Roti famos amos di sababel bakery. Tak mahal.. kalau ummi atau anak2 pergi beli, mahmood penjual kedai akan beri 8 biji seriyal... silap2 dapat free... pagi ni... mood masak masih ke laut. Ummi sarapan roti samoli cicah bilis garing che nor, walau pedas...
Balik pasal roti samoli, sebelum maghrib, selepas tak tahan dgn running nose dan bagai, walid ajak ummi pergi klinik. Masuk je kereta... mahmood dah nampak kami... al maklum... dia tahu selama ini almost a year... walid dan said je ada di rumah. Hari ini mahmood nampak kelibat ummi... apa lagi... senyum lebar dia, sambil melambai2 tangan. Dengan laju... dibungkus roti samoli... 8 biji free... memang baik hati sungguh... tak pernah berkira... ummi pulak tengah tingtong berat kepala... nanti ummi balas dengan kuih raya... sure mahmood and the gang will be happy...
Betullah kata nabi... sedekah tidak mengurangkan harta...
مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ
“Sedekah tidaklah mengurangi harta.” [HR. Muslim no. 2558, dari Abu Hurairah.]
Bro mahmood... jurujual sanabel bakery yang baik hati ..
0 comments:
Post a Comment