Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Last day of school....

Hari last day of school, so boss baru kata tak payah p&p,
kalau kelas pun ramai tak hadir,
kita berarak maulidur rasul....
what happened??? ramai pulak mari nya
bila dengar nak berarak...
lebih2 lagi mari sekolah pakai baju raya...
bergaya sakanlah anak2 murid ku hari ini....


Tengok tu afiefah and the gangs pun cantik2
dihias oleh cikgu2nya...


Kat mana ni??? macam winter je...
pokok2 gondol & cuaca pun redup
Huhu... keliling taman guru & sekolah je lah...
dalam 2.5 km. Tapi mengah juga dibuatnya...


Selesai berarak berkumpul kat dewan dengar
alfadhil ustas badlishah berceramah.
Good example and points,
can control the audience especially budak2.
Tahu2 jelah budak2 zaman sekarang
bukan boleh duduk dengar ceramah lama2....

SPM


Hari ini SPM keluar...
sebagai cikgu.... berdebar sebab macam mana
result add maths tahun ni...
sebagai ibu.... berdebar macam mana
result kak long....
sebagai hamba allah.... berdebar macam mana
di akhirat nanti nak dapat keputusan timbangan nanti...


Mereka2 ni datang ambil result macam nak raya...
Alhamdulillah result keseluruhan sekolah meningkat.
result add math pun ok...


Sekalung tahniah buat norain dan fadwa sameeha...
best students 9As and 8As1B.

Juga buat kak long...
tahniah, peluk cium dan sayang.... dari ummi
ummi amat2 bersyukur...
walau sekadar 3As 4Bs 2Cs 2Ds,
semua bukan milik kita, milik Allah belaka...

My 5 Syumul...


Masuk kelas 5 syumul hari ini
budak2 buat surprise....
Bermula dengan welcome notes atas whiteboard.


Huhu... disuruhnya meletakkan tandatangan
& kata2 semangat on the wall.
Wah... jadi celebrity cikgu sharifah hari ini...


Cikgu ucapkan selamat berjaya,
baguslah kalau dari awal2 lagi
lahir kesedaran untuk bersungguh2
menghadapi SPM nanti.
I know you're the best...

After school, cepat ke smkmk
ada temu janji dengan kawan lama,
hjh asmah, gpk pentadbiran smkmk.
Sesat juga....
Tapi alhamdulillah sampai on time.
Huhu... ingatkan bagi briefing kat dia sorang je,
rupa2 gpk hem ada, gpk koku ada,
ketua2 bidang pun ada termasuk
semua ajk jadual waktu.
Maka berkongsilah saya dengan mereka
macam mana nak handle asc timetable.
Selesai, biasalah dihulurnya envelope...
Saya menolak dengan baik...
Tadi baru lepas download cerita
laskar pelangi dari internet
Dengan penuh bersemangat saya cakap ke asmah,
"Hidup untuk memberi sebanyak2nya
buka untuk menerima sebanyak2nya."
Moga Allah redha....

Anda adalah pemimpin


Disekolah hari ini penuh bersejarah,
ada watikah perlantikan pengawas.
Bagi kita kita mungkin biasa,
tapi bagi pengawas2 ni... pagi2 sudah berdebar2.
Minggu lepas saja 2 kali rehearsal.


Tersenarai dua anak angkat permata saya....
shafifi dan nor adilah.
Bangkitkan kepimpinan dalam diri anak2
kerana kepimpinan lahir bukan
semata kerana bakat,
ia mesti dan harus dipelajari.


Tapi yang mengembirakan saya bertemu dengan
sahabat lama saya sabariah.
We are ex-trojans, she entered bussiness school,
I did cs. And she's lucky b'cause able to finish her master.
Kebetulan beliau datang bawa pelajarnya
menyaksikan watikah pengawas hari ini.
Huhu... walaupun selama ini duduk sama2 di kuantan
bari hari ini Allah izin bertemu.
Moga ukhwah yang terputus dapat dibina kembali....

Hidup berjiran


Hari ini ada mesyuarat jiranita untuk
perkampungan SID zone B.
Kami bincang dan rancang beberapa aktiviti
untuk ibu2 dan anak remaja
termasuk majlis ilmu.
Moga2 Allah membuka ruang dan peluang...

Merentas Desa


Hari ini kat sekolah ada larian merentas desa.
Biasalah yang ramai hadir yang kecik2 dan halus2
dari tingkatan 1 & 2. Yang lain2 tu minat pun tidak.
Dan begitulah kita berlari merentas dan
melalui fasa2 kehidupan.
"Dialah yang menciptakan kamu dari tanah
kemudian dari setetes mani,
sesudah itu dari segumpal darah,
kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak,
kemudian (kamu dibiarkan hidup)
supaya kamu sampai kepada masa (dewasa),
kemudian (dibiarkan hidup lagi) sampai tua,
di anatara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu.
(Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai
kepada ajal yang ditentukan
dan supay kamu menmahami(nya)."
Al Mu'min : 67

Air mata

"Aku memberikan sepucuk surat kepadanya. Kiriman dari salah seorang al ikhwanul muslimin. Surat itu adalah salah satu surat dari timbunan surat2 yang dikemukan kepadanya. Beberapa ketika aku lupakan mengenai perkara itu. Kemudian aku ingin melihat siapa yang berada di bilik itu. Tiba2 aku melihat titis air mata banyak bercucuran di atas surat itu. Aku terkejut kerana aku juga pernah membaca surat itu sebelum ini, akan tetapi ia tidak langsung memberi kesan kepada jiwa aku, sebagaimana kesannya di dalam jiwa laki2 yang agung ini."

Aku tahu bahawa si pengirim menyumbang derma sebanyak 4 paun kepada al ikhwanul muslimin. Apakah keanehan di dalam hal itu, padahal di waktu itu banyak sumbangan mengalir hingga beratus2 paun banyaknya.

Sebagai seorang pemimpin yang perasa, hal itu mengharukan perasaannya dan tidak mengharukan perasaan ku.

Surat itu berbunyi begini :

"Ramai orang memberikan saham mereka kepada akhbar al ikhwanul muslimin, kemudian mereka mendermakan saham2 mereka apabila kamu mencadangkan agar mereka mendermakan saham mereka itu. Aku ingin berkongsi bersama mu di dalam konsep pengorbanan ini. Aku tidak mempunyai sebarang saham lantaran kesempitan hidup ku, jadi di sini aku kirimkan kepada mu separuh dari gaji bulan ku yang bernilai setengah saham untuk aku dermakan."

Hasan al banna memberi komentar :

"Orang seperti ini dan dengan wang sedikit inilah, dakwah akan mendapat kemenangan."

sisipan dari dakwah dan tarbiyah, pengalaman abbas as sissi.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu