Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Day 18 : Tazkirah Ramadhan

Di dalam bulan Ramadhan terdapat pula Lailatulqadar. Tahukah saudara apakah itu Lailatulqadar? Malam yang mulia itu lebih baik dari seribu bulan. Di dalam bulan puasalah dibuka pintu-pintu syurga, dirantai segala syaitan, dilipat gandakan pahala, lantas muslimin digalakkan untuk beriktikaf dan bangun bersalat Tarawih. Demikianlah gambaran-gambaran kehidupan muslim ketika menyambut ketibaan puasa.


Betapa gembira dan senang hatinya menertima limpahan rahmat dari Allah di sepanjang bulan tersebut. Orang-orang yang beriman menyenangkan dirinya dari kesusahan hidup dan dari situ memperoleh bekalan dan memperbaharui kecergasan untuk meneruskan perjalanan di sepanjang jalan. Hanyalah orang-orang yang menghayati bulan Ramadhan dan berpuasa menurut ajaran arRasul saw yang akan mendapat kebaikan yang demikain rupa.


(Petikan dari ... Bekalan Dalam Perjalanan Dakwah, MM)

Day 17 : Tazkirah Ramadhan

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimaan diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."

(Surah Al Baqarah : 183)

Jadi puasa itu menjadi pakaian taqwa kepada orang yang berpuasa. Puasa juga adalah merupakan perisai yang mampu melindunginya dari segala kejahatan dan fitnah. Malah puasa adalah merupakan Ibadah yang istimewa dari ibadah lain.

Dari Abu Hurairah bersabda Rasulullah saw :

"Allah telah berfirman : Tiap-tiap amal anak Adam itu adalah untuknya, kecuali puasa. Puasa itu adalah bagi Ku dan Akulah yang akan memberi balasan dengannya. Puasa itu adalah perisai, maka apabila seseorang dari kamu berpuasa janganlah dia menyentuh isterinya, janganlah dia mencaci maki, janganlah dia berkata tidak menetu, dan janganlah dia membuat hiruk pikuk. maka sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau pun diserangi dengan kata-kata kesat, maka hendaklah dia berkata "Aku ini berpuasa". Demi Allah yang diri Muhammad didalam genggamanNya, sesungguhnya bau busuk mulut orang yang berpuasa disisi Allah ia lebih harum dari bau kasturi. Bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan yang akan dicapainya, yang pertama di uberbuaka puasa dan yang kedua ialah waktu bertemu dengan Tuhannya."
(petikan dari ... Bekalan Dalam Perjalanan Dakwah, MM)

Day 16 : Tazkirah Ramadhan

Keutamaan dan keistimewaan paling besar bulan ini adalah bahwa Allah swt. telah memilihnya menjadi waktu turunnya Al-Qur’an. Inilah keistimewaan yang dimiliki oleh bulan Ramadhan. Kerana itu, Allah swt. mengistimewakan dengan menyebutkannya dalam kitab-Nya.” (Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an.” (Al-Baqarah: 185)

Ada ikatan hakikat dan fisik antara turunnya Al-Qur’an dengan bulan Ramadhan. Ikatan ini adalah selain bahwa Allah telah menurunkan Al-Qur’an di bulan Ramadhan, maka di bulan ini pula Dia mewajibkan puasa. Kerana puasa artinya menahan diri dari hawa nafsu dan syahwat. Ini merupakan kemenangan hakikat spiritual atas hakikat material dalam diri manusia. Ini berarti, wahai Akhi, bahwa jiwa, ruh, dan pemikiran manusia pada bulan Ramadhan akan menghindari tuntutan-tuntutan jasmani. Dalam kondisi seperti ini, ruh manusia berada di puncak kejernihannya, kerana ia tidak disibukkan oleh syahwat dan hawa nafsu. Ketika itu ia dalam keadaan paling siap untuk memahami dan menerima ilmu dari Allah swt. Kerana itu, bagi Allah, membaca Al-Qur’an merupakan Ibadah paling utama pada bulan Ramadhan yang mulia.
(petikan AsSyahid Hasan Al Banna. Wallahu'alam)

to KL...

Alih2 sekarang saya di KL... Pagi tadi terima Fax dari PPD, taklimat di Putrajaya esok jam 9.00 pagi. So drivelah saya ke KL jam 3.00 petang tadi bersama boss (pengetua Pn Hjh Hatijah) . Nak bertolak esok pagi takut terlewat, maklumlah bukan familiar sangat jalan KL ni. Saya bermalam di rumah kakak saya di Taman Melati Utama.

So tak leh nak cerita panjang. Banyak perkara berlaku di hujung minggu yang lalu, kena reserve cerita tu bila balik nanti...

Day 15 : Tazkirah Ramadhan

3 Peristiwa Besar Ramadhan (sambungan...)

3. Pembukaan Kota Mekah.

Peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan tahun ke-6 Hijrah. Peristiwa kemuncak ini berlaku apabila musyrikin Mekah melanggar perjanjian Hudaibiah yang termeterai dengan orang islam. Antara kandungan perjanjian ini menyebut, setiap suku Arab boleh memilih sama ada menjadi sekutu Muhammad ataupun sekutu Quraisy. Kedua-dua pihak tidak boleh berperang dalam tempoh 10 tahun dan tidak boleh membantu pihak lain berperang.

Malangnya, dalam suku-suku Arab yang bersekutu itu, ada golongan yang bertelagah iaitu Bani bakar dan Khuza’ah. bani Bakar bersekutu dengan Quraisy Mekah manakala Khuza’ah memilih bersekutu dengan Nabi Muhammad.

Pada satu malam, Bani Bakar dengan pertolongan Quraisy Mekah menyerang perkampungan suku Khuza’ah di lembah Watir. Apabila berita itu sampai ke pengetahuan Nabi Muhammad, beliau mengerahkan ratusan ribu umat Islam marake Mekah tanpa pengetahuan penduduk musyrikin Mekah. Beliau menolak sebarang rundingan dengan pihak Quraisy sehingga kemaraan umat Islam hanya diketahui apapbila hampir memasuki Kota Mekah. Penduduk musyrikin menjadi jumlah yang kecil tanpa sebarang persiapan hanya bersembunyi di bukit, rumah ibadat dan rumah Abu Sufian.

Akhirnya umat Islam memasuki kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah kepada hamba-hamba yang ikhlas kepadaNya. Allah menyebut dalam Al Quran Surah Al Fath ayat 1:

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata."

Sebahagian pakar tafsir Al Quran memberi maksud ‘kemenangan’ dengan kemenangan bermaksud membuka Mekah. Wallahu'alam.

Perjalanan ke Temerloh.

Mesyuarat saya Jumaat lalu di PPD Termerloh. Saya ditemani Cikgu Noranitah dari SMKTPPTM yang kebetulan turut terlibat dengan mesyuarat yang sama. Beliau menumpang Unser saya. Sepanjang perjalanan dalam tempoh sejam tu rupa-rupa banyak pengalaman dikongsi bersama. Tiba di PPD dalam 8.40 pagi dan mesyuarat di pengerusikan oleh En Nik pegawai JPNP sendiri.

Jadi dua minggu ni saya bertugas di sekolah sebagai fasilitator membantu trianer Kursus Pengendalian PPSMI (VI). So, dua minggu ini agak padatlah. Dan buat pertama kali kata pihak penganjur...

printer dan

AP ni akan dihadiahkan kepada sekolah selepas kursus tamat.






Jadi sampai lah hajat cikgu2 kat sekolah nanti nak guna wireless tu sementara menunggu permohonan yang telah di buat kepada JPNP tempoh hari diluluskan.

Satu lagi untuk peserta dapatlah pula sekeping CD dan ..... pendrive 4 Gig selain ilmu2 komputerlah. So, mana cikgu yang terlibat fikir2 kalau rasa nak pendrive tu hadir lah. Selamat berkursus.

Day 14 : Tazkirah Ramadhan

3 Peristiwa Besar Ramadhan (sambungan...)

2. Qazwah Badar.

Peperangan Badar berlaku pada tahun ke 15 kerasulan Muhammad saw ketika usia baginda 55 tahun. Peperangan yang berlaku pada tahun 2 Hijrah ini benar-benar mengambarkan pertembungan aqidah antara Iman dan Kufur.

Firman Allah swt yang bermaksud, "Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan berperang pada jalan Allah dan yang satu lagi dari golongan kafir. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa - dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya, dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran bagi orang-orang yang berfikiran (yang celik mata hatinya)."
(Surah Aali-Imran : 13)

Peperangan ini juga menyaksikan jika berlaku pertembungan antara ikatan aqidah dan ikatan pertalian darah, maka ikatan aqidah menjadi keutamaan. Antara mereka adalah 'Ubaidah bin AlHarith, Hamzah bin A Mutalib dan Ali bin Abi Talib yang menentang 'Utbah bin Rabi'ah, Syaibah bin Rabi'ah dan alWalid bin 'Utbah. Hamzah dan Ali dapat mengalahkan lawannya dalam masa yang singkat, manakala 'Ubaidah sama-sama luka parah dan akhirnya syahid. Abu Hauzaifah bin 'Utbah menentang ayahnya 'Utbah bin Rabiah, Mus'b bin Umair berhadapan dengan adik beradiknya sendiri Aziz bin Umair dan 'Ubaid bin Umair. Manakala Abu 'Ubaidah menentang bapanya sendiri.

Peperangan ini juga mengambarkan lemahnya kita tanpa pertologan dari Allah swt.

Firman Allah swt yang bermaksud, "Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu). (Ingatlah wahai Muhammad) ketika engkau berkata kepada orang-orang yang beriman (untuk menguatkan semangat mereka): "Tidakkah cukup bagi kamu, bahawa Allah membantu kamu dengan tiga ribu tentera dari malaikat yang diturunkan?," Bahkan (mencukupi. Dalam pada itu) jika kamu bersabar dan bertaqwa, dan mereka (musuh) datang menyerang kamu dengan serta-merta, nescaya Allah membantu kamu dengan lima ribu malaikat yang bertanda masing-masing. Dan Allah tidak menjadikan bantuan tentera malaikat itu melainkan kerana memberi khabar gembira kepada kamu, dan supaya kamu tenteram dengan bantuan itu. Dan (ingatlah bahawa) pertolongan yang membawa kemenangan itu hanya dari Allah Yang Maha kuasa, lagi Maha Bijaksana."
(Surah Aali-Imran : 123)

Umat Islam ketika peperangan ini hanya sekitar 313 - 317 orang, berbekalkan 2 ekor kuda serta 70 ekor kuda dan tanpa baju berantai. Sedangkan kaum kafir dengan segala kelengkapan seramai 1300 orang, 100 ekor kuda, 600 helai baju berantai dan unta yang sangat banyak. Kalau kita lihat perbandingan secara material, umat Islam sudah kalah. Tapi pertolongan Allah cukup dekat untuk mereka yang ikhlas berjuang mempertahankan aqidah mereka.

Firman Allah swt yang bermaksud, "...Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar."
(Surah al Baqarah : 249 )

Maka inilah penjelasan yang cukup jelas dari Allah swt. Bagi kita umat Islam mengambil iktibar dari Qazwah Badar yang juga berlaku pada 17 Ramadhan. (bersambung... Wallahualam)

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu