Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Hari Keluarga KOBI

Sepagi Ahad di pantai Kempadang bersama ahli-ahli KOBI dalam Hari Keluarga KOBI 2008. Yang paling gembira anak-anak sebabnya satu je dapat mandi pantai...

Sukaneka untuk anak-anak KOBI
Hati-hati Nazirah isi air dalam botol tu...
So thirsty, after mandi pantai
Tiup Sakinah, tiup...
Umi rehat, Walid bakar ayam....
Buai laju-laju...
Kalimah Akhirah sebelum bersurai

Hadiah buat yang menang sukaneka dari Pengerusi KOBI

Selamat pulang buat yang jauh. Semoga bertemu di tahun akan datang, insya'Allah.

Forum KOBI

Malam bergegas ke SeRIA sekali lagi kerana nak mengikuti Forum KOBI yang di pengerusikan oleh Saudara Abdullah. Ahli panelnya, pengerusi KOBI sendiri, Tn Haji Sabaruddin dan Mudir SeRIA, Tn Hj Abdul Ghani Abdul Rahman. Apa yang dapat saya catat
1. Harta adalah perhiasan yang melekat dihati kita. Jadi kita seharusnya menggunakannya untuk mendapat keredhaan Allah.
2. Harta juga sebenarnya kepunyaan Allah yang mutlak, yang mana Allah beri pinjam sahaja kepada kita.
3. Sahabat-sahabat Rasulullah SAW adalah orang yang kaya (spt Saidina Abu Bakar, Abdul Rahman bin Auf) di tangan tapi meletakkannya dijiwa, jadi mereka semua dalam penampilan yang sederhana.
4. Nilai dunia hanyalah sekadar tidak lebih dari sayap nyamuk.
5. Aset yang paling besar ialah jiwa dan roh yang tenang, yang Allah swt beri kepada hamba-hambanya yang dikasihi.

Wallahu'alam.

Secretly taken ... my son!!

This photo was secretly taken by my son (in the middle)
with his friends,
Amboi bukan main posing lagi...
ambil hp Umi tak cakap!!

Harapan Pengerusi KOBI

Sebelah petang, mesyuarat agong perwakilan KOBI berjalan lancar. Majlis di rasmikan sendiri oleh Pengerusi KOBI, Tn Hj Sabaruddin b Alias. Antara harapan beliau untuk melihat KOBI dapat melebarkan sayapnya agar dapat membantu ahli-ahli bemuamalah secara Islam dan mengikut syara'. Tegas beliau sistem Islam meliputi urustadbir sistem kewangan yang baik dengan mengumpul dana, mengurus, menjana dan mengagihkan kepada pembangunan ummah Islamiyah.


Sebelum bersurai ada sedikit hadiah buat anak-anak anggota yang cemerlang. Buat Habibah Solehah, Bonda doakan hadiah ini sebagai dorongan untuk lebih cemerlang di dalam peperiksaan SMA nanti. Dan kecemerlangan ini diteruskan bukan sahaja untuk bekalan dunia malah bekalan di akhirat.
As for others, Naemah and Sakinah, kalau nak hadiah juga, buat betul-betul PMRU dan UPSR nanti !!

Sepagi bersama Cik Rodziah

Alhamdulillah, segala berjalan seperti yang di rancang. Saya telah dapat melepasi satu lagi tahap ujian menjadi pengerusi majlis! Semalam saya cuba menyusun skrip apa-apa yang nak dicakapkan, tapi bila majlis bermula, skrip entah ke mana, dah tak ikut lagi! Sampai lupa nak beri salam. Mungkin hadirin tak perasan, tapi saya rasa satu yang besar bagi saya, malu juga!. Tapi saya anggap inilah pengalaman yang cukup bermakna buat saya. Kalau di sekolah audien saya hanya pelajar. Saya sudah anggap macam anak-anak saya. Jadi bila bercakap rasa kurang kekoknya, tapi tadi lain situasinya. Ahli koperasi yang hadir bukar sekadar dari Kuantan, tapi Temerloh dan Raub pun ada.

Isi ceramah agak relevan. Sebagai ahli Koperasi Bimbingan Insan Berhad (KOBI) saya rasa sepatutnya maklumat ini diketahui 12 tahun dulu lagi, masa mula-mula menyertai koperasi ini. Walau apa pun apa yang terlintas dihati saya seperti tulisan Dr Abdul Karim Zaidan dalam kitab Usul Dakwah, Islam menuntut penganutnya mengikuti ajaran Islam secara sedar. Maka sebagai seorang Islam kita perlu jelas peranan dan tanggungjawab kita. Bukan sekadar ikut-ikutan. Begitu juga bila saya sebagai ahli KOBI perlu jelas hak dan tanggungjawab, so my next assignment, glance through Undang-undang Kecil Koperasi. Be alert!

The speaker, Cik Rodziah Mohamed,
lecturer from Maktab Kerjasama Malaysia.
Currently she is pursuing her PHD in Business Study at UUM.

Some of the participants.

Kembali ke sekolah

Kembali ke sekolah setelah 3 hari berbengkel di Kuala Terengganu. Tapi bagi saya bila tiba hujung minggu, amat terasa kekalutannya. Minggu ini saya benar-benar menyambut bulan koperasi seperti kata Tn Hj Zahidi ketika ucapan Perasmian Hari Koperasi peringkat Sekolah pagi tadi. Jika siang ni Hari Koperasi sekolah, esok dan lusa pula saya akan bersama dengan Koperasi Bimbingan Insan Berhad(KOBI). Pagi Sabtu akan diadakan short course dari pihak Angkasa, petang mesyuarat Agong KOBI, manakala malamnya ada forum perdana. Hari Ahad pula akan diadakan Hari Keluarga KOBI di pantai Kempadang. Another hectic weekend... tapi inilah tugas dan tanggungjawab.

Tadi saya rasa agak bersalah kerana terlewat tiba 15 minit untuk berusrah kerana menyiapkan Buletin KOBI yang akan di edarkan esok. Pulang dari usrah terus saya bergegas ke Tunas Manja membeli minuman Vitagen as goodies for anak-anak KOBI esok. Nasib saya sudah meminta tolong daripada Cikgu Suriati untuk membelikan biskut Tiger. (maaf kali ni tak dapat boikot produk Belanda) terlebih awal. Walaupun kos agak mahal sikit, tapi saya akur. Kali ini cuba nak elakkan anak-anak mendapat makanan berbentuk junk food.

Malam ini Sakinah dan Nazirah sibuk menolong saya pekkan Vitagen, biskut, belon dan sehelai sapu tangan ke dalam beg plastik. Alhamdulillah Muhammad Said tidur awal, maka kuranglah satu gangguan.

Tapi ada satu lagi yang belum selesai, I’ve to prepare for a script because tomorrow morning I’m going to chair the course since the speaker will be a woman. So malam ini lewat jugak lah nampaknya saya tidur… Apa yang penting semua ini dilakukan dalam rangka beribadah kepada Allah swt. Moga Allah menerimanya sebagai jariah dari hamba yang lemah ini...

Segalanya Berakhir disini

Tamat sudah mesyuarat/bengkel selepas 3 hari bertungkus lumus menyiapkan dan memurnikan bahan P&P untuk Program ICTL. Walaupun minda agak penat, tapi banyak ilmu ICT terkini yang di pelajari secara formal dan tak formal. Banyak sebenarnya yang kita tak tahu.

Tadi semasa Majlis Penutupan, Dr Hjh Hajar ada mengkhabarkan, ini mungkin kali terakhir pihak BPK (Bahagian Pembangunan Kurikulum nama baru bagi PPK) akan panggil untuk cikgu-cikgu bermesyuarat ke tempat jauh-jauh. Selepas ini semua perjumpaan akan di buat setempat mengikut negeri masing-masing dan hotel tak mainlah lagi. Langkah berjimat cermat dalam situasi hari ini. Walau apa pun, saya tak kisah mana, kalau dekat lagi senang nak tinggalkan anak-anak. Yang penting ilmu baru tu dapat di pelajari dan dikongsi bersama-sama.

Perasmian Penutup dari Dr Hjh Hajar bt Mohd Nor

Noraiza, Nursylawaty, Johana & Norliza
Rosnani, Wan Haslina & Lim Guat Bee
Sh Juliana & Kamariah

Semua rakan-rakan kenalan, biasalah tu hari terakhir baru nampak mersa lebih sikit... Jika ada kesempatan bertemu kembali. Selamat kembali ke sekolah...

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu