Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

DAY 16 : Tazkirah Ramadhan

Allah Maha Megah dan Maha Agung berkata, "Setiap amalan anak Adam kembali kepadanya melainkan puasa. Sesungguhnya ia terserah kepadaKu. Akulah yang menentukan ganjarannya. Puasa itu adalah pelindung daripada dosa. Apabila seseorang berpuasa, jangan bercakap perkara yang keji dan bertengkar. Apabila ada orang yang memaki kamu atau mahu berkelahi dengna kamu, katakan kepadanya, "Saya sedang berpuasa."

"Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di dalam genggamannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu disisi Allah lebih harum daripada bau kesturi. Bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan. Satu kegembiraan semasa berbuka, dia bergembira dengan berbuka. Satu lagi ketika bertemu Tuhannya, dia bergembira dengan kelebihan puasanya."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Separuh Ramadhan

Alhamdulilah, separuh ramadhan sudah berlalu.
Baru berkesempatan hari ini nak coret
cerita2 terkini dan cerita2 lama (back dated story).



Hari ini berbuka di SeRIA.
Sebelum tu ijtima 'am di sampaikan oleh Cikgu Din.
Peringatan buat para da'e tentang bahayanya
syirik khafi. Syirik yang tersembunyi dari
manusia dan tak diketahui.
Tapi ia ada di hati, aqal atau fikiran...
Apa itu syirik khafi?
Rasa kagum dan bangga dengan diri sendiri
hingga lupa segala sesuatu itu milik Allah SWT.
Maka perlu sangat2 kita mengawasi
dalam perjalanan hidup ini
agar sentiasa meintrospeksi diri
dijauhi dari syirik khafi ini.

DAY 15 : Tazkirah Ramadhan

Dari Abu Hurairah, dari Rasulullah SAW ia bersabda, "Setiap amal anak Adam dilipatgandakan kebaikan sepuluh kali lipat sampai tujuh ratus lipat kecuali shaum kerana dia untuk Ku dan Aku menggajarnya; ia tinggalkan syahwatnya dan makanannya kerana Ku. Bagi orang shaum ada dua kegembiraan. Kegembiraan pada waktu berbuka, dan kegembiraan pada waktu bertemu dengan Rabbnya. Sesungguhnya bau mulut orang shaum itu lebih harum di sisi Allah daripada kasturi."

(Hadis riwayat Juma'ah)

Islah nafsaka wad'u ghairuka.

DAY 14 : Tazkirah Ramadhan

BERSEDEKAH DAN SOLAT TARAWIH

Ketahuilah bahwa bulan ini merupakan bulan sedekah dan kezuhudan terhadap materi. Kerana itu, banyakkanlah menyantuni fakir miskin. Rasulullah SAW adalah manusi yang paling dermawan dan kedermawan beliau paling besar terlihat pada bulan Ramadhan. Berusalah agar anda mempunyai amalan yang tidak anda tinggalkan selama bulan Ramadhan.

Bersemangatlah dalam melaksanakan shalat tarawih. Kita melaksanakannya dengan membaca seluruh Al-Quran, delapan rakaat. Shalat tarawih merupakan salah satu sunnah muakadah serta syiar dan kekhususan bulan Ramadhan. Ia adalah wadah tempat hati seorang muslim berhubung dengan Tuhannya. Nabi SAW didatangi oleh Jibril pada bulan Ramadhan, lantas membacakan Al-Quran dihadapannya. Kerana Ramadhan adalah puasa di siang hari sekaligus untuk menjadikan bulan bangun di malam hari, sedangkan malam sangat sesuai untuk dilaksanakan solat.

Jumlah rakaat dalam shalat tarawih adalah delapan, itulah yang dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Boleh pula dua puluh rakaat, yaitu sebagaimana yang dilaksanakan oleh Umar RA. Ada pula yang melaksanakan tiga puluh enam rakaat, dan ini sebagaimana yang dilaksanakan oleh penduduk Madinah, masing-masing mempunyai dasar dari sunah.


(Sumber : Ceramah2 Hasan Al-Banna)


Islah nafsaka wad'u ghairuka.


DAY 13 : Tazkirah Ramadhan

BACALAH AL-QURAN

Nabi SAW bersabda, "Puasa dan Al-Quran, pada hari kiamat akan memberikan syafaat kepada hamba. Puasa berkata, 'Rabbi, aku telah mencegahnya dari makan dan syahwat, maka perkenankan aku memberikan syafaat kepadanya.' Al-Quran berkata, 'Rabbi, aku telah mencegahnya dari tidur malam, maka perkenankan aku memberikan syafaat kepadanya.' Maka keduanya diperkenankan memberikan syafaat kepadanya."

Rasulullah SAW membaca dan mempelajari Al-Quran di hadapan Jibril pada bulan Ramadhan, sekali. Dan pada tahun terakhir beliau membaca dua kali. Dakwah anda semua adalah dakwah Al-Quran, sedangkan anda sekelian mengatakan, "Al-Quran adalah pedoman hidup kami." Maka, bulan Ramadhan adalah dakwah anda.

Perbanyakkan membaca Al-Quran dan renungkan kandungannya, kerana anda akan mendapatkan kenikmatan baru padanya ketika membaca ulang, sekalipun anda seorang hafizh (penghafal) Al-Quran. Anda akan merasakan pengaruh yang menakjubkan jika membacanya dengan penghayatan makna. Jangan berusaha memahaminya dengan mendalami hal-hal yang pelik-pelik dan kajian yang njlimet, tetapi bacalah sebagaimana pada sahabat Rasulullah SAW membacanya. Barangsiapa membaca seperti ini, maka untuk setiap huruf yang dibacanya ia mendapat pahala bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah, maka ia akan mendapatkan cahaya dan petunjuk pada hari kiamat.

(Sumber : Ceramah2 Hasan Al-Banna)


Islah nafsaka wad'u ghairuka.



DAY 12 : Tazkirah Ramadhan

BULAN MENYUCIKAN DIRI

Maka, sejak sekarang hendaklah anda bersungguh-sungguh menyucikan diri dari kotoran-kotoran dosa dan maksiat, kerana anda semua menghadapi kedatangan bulan Ramadhan. Kurnia Allah di bulan Ramadhan lebih luas daripada di waktu lainnya. Maka, persiapkan diri anda semua untuk menghadapi kewajiban agung ini. Nabi Muhammad saw bersabda.
"Barangsiapa didatangi bulan Ramadhan, tetapi Allah tidak memberikan ampunan kepadanya, maka Allah tak akan memberikan ampunan kepadanya."

Orang yang celaka adalah yang dihalangi dari rahmat Allah SWT pada bulan Ramadhan. Adalah wajib untuk mengingatkan diri tentang keutamaan bulan ini dan mempersiapkannya untuk beramal di dalamnya. Ramadhan telah mendorong amal yang banyak dan kewajiban yang luhur, seperti puasa, shalat, dzikir, serta membaca kitab Allah yang bisa membersihkan jiwa dan menghidupkan hati.

(sumber : Ceramah2 Hasan Al-Banna)



Islah nafsaka wad'u ghairuka.

DAY 11 : Tazkirah Ramadhan

RAMADHAN BULAN PERJALANAN TAQWA

Tentang shaum, Allah berfirman yang bermaksud,

"... telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(Al-Baqarah : 185)

"... Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia agar mereka bertaqwa."
(Al-Baqarah : 187)

"... Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang suka bertaubat dan mencintai orang-orang yang suka mensucikan diri."
(Al-Baqarah : 222)

"... Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Anfal : 46)

Dalam hadis qudsi, Allah berfirman,

"Dan saya bersamanya jika ia menyebut (zikir)-Ku."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bulan Ramadhan adalah bulan perjalanan ketaqwaan seorang muslim. Jika ia melaksanakan semua yang disunahkan Rasulullah SAW bererti semua jalan mewujudkan ketaqwaan di hati seorang muslim telah dilaksanakannya di dalam Ramadhan. Ketika bulan Ramadhan berakhir, hati seorang muslim telah penuh cahaya, iman dan taqwa.

(sumber : Al-Islam : Sa'id Hawwa)



Islah nafsaka wad'u ghairuka.

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu