Hidup Untuk Memberi...

Hayah hidup ini hanyalah sekadar sekelip mata berbanding dengan kehidupan di yaummul akhirah. Lantaran apalah kiranya kita memberi walaupun hanya sekadar sekelumit.

Kehidupan adalah ujian dari Allah

Jam menunjukkan hampir 3.40 petang. Sedang asyik saya menyiapkan relief untuk hari esok, Selasa. Tiba-tiba terdengar alunan Asma’ul Husna. Saya tahu itu bunyi telefon saya. Cepat-cepat saya menyelongkar beg tangan yang sarat dengan pelbagai gadget untuk menjawab panggilan telefon tersebut.
“Siapa pula yang menelefon ini.” Bisik hati kecil saya. Telefon tak sempat di jawab. Bila telefon di capai terpapar nama …….
“Oh panggilan dari ….”. Saya menelefonnya semula. Bimbang juga kalau ada perkara penting yang nak disampaikan. Maklumlah waktu persekolahan sudah lama tamat.
“Assalamu’laikum”
“Waalaikum salam. Ni Pah, ada apa call?” ujur saya.
“Ganggu ke ni?”
“Tak lah saya sedang menyiapkan relief untuk esok” Tangan saya sibuk menaip di keyboard.
“Hah.. tu lah, saya juga nak beritahu awak, esok boleh tak buatkan relief untuk saya, saya sudah beritahu Datin saya tak datang sekolah 2 hari ni.” Sayup-sayup saya mendengar suaranya. Kedengaran bising suara anak-anaknya di belakang.
No problem, nak ke mana tu, ada kursus ke?” Spontan dari saya.
“Eh... Awak tak tahu ke?” jawabnya dengan nada teragak-agak.
“Tahu apa pulak” bisik hati saya. Tadi kami duduk bersebelahan semasa di dewan tak ada pula saya ingat dia beritahu saya apa-apa.
“Tahu apa? Ada apa-apa ke?” Tanya saya lagi dengan penuh tanda tanya.
“Ada ke apa-apa peristiwa yang berlaku di sekolah yang saya tak tahu?” bisik hati saya lagi.
“Saya MC esok.” ujurnya.
MC? Betul ke ni, awak sakit apa. Tadi masa assembly saya tengok awak ok je.” saya bertanya lagi kerana rasa tak percaya perkataan MC terkeluar dari mulutnya.
“Saya... Saya nak admit hospital esok. Saya… saya miscarriage.” ceritanya kepada saya dalam nada nak beritahu atau tidak.
“Asthagfirullah…” saya mengucap panjang. Saya sungguh tidak menyangka jawapan itu yang saya terima darinya.
“Maaf ! Saya langsung tak tahu awak miscarriage. Tak sesiapa pun cakap kat saya. Bila ni kenapa tak cakap awal-awal” perasaan ingin tahu saya makin memuncak.
“Lama dah awal cuti lagi, awak tak tahu lagi ke? Lagi pun bukan serius sangat sampai saya tak boleh datang sekolah.” beritahunya kepada saya.
“Betul, sungguh saya tak tahu. Tak ada sesiapa pun cerita kepada saya.” simpati saya mula bertambah kepadanya.
“Tak ada benda pun. Esok doktor nak check saya sekali lagi. Kalau masih ada lagi yang tak keluar saya akan buat D&C. Nanti saya beritahu awak semula lah kalau saya sambung lagi MC tu.” dia menerangkan kepada saya dengan panjang lebar.
“Oklah tu, awak jangan risaulah, nanti saya buatkan relief tu. Awak tu sabar banyak-banyak ye. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.” saya cuba menenangkan sahabat saya.
“Saya pun fikir macam tu jugak. Awak tolong doa untuk saya sama ye, selamat semua.” jawabnya kepada saya.
“Insya’Allah. Awak tak perlu bimbanglah. Jaga diri baik-baik. Jangan lupa beritahu saya kalau ada apa-apa perkembangan.”
”Ye lah. Terima kasih Pah.”
”Sama-sama, tak ada apa pun.” Saya menamatkan perbualan saya.

Saya tergaman sebentar. Boleh saya tak tahu kawan saya dalam musibah. Lebih-lebih lagi bukan perkara itu berlaku hari ini, tapi masa awal cuti lagi, lebih kurang 2 minggu yang lalu. Sibuk sangatkah saya hingga tak sempat nak bertanya khabar. Sekarang barulah saya perasan kenapa matanya merah semasa di Bilik Gerakan pada hari Sabtu lalu ketika Dr Nur Aiza memberi ceramah Pengendalian Stress. Rupa-rupanya semuanya releven dengan apa yang berlaku.

Walau apa pun, inilah fasa-fasa dalam kehidupan. Kita tidak boleh lari dari ketentuan Qada’ dan Qadar Allah. Kadang-kadang lain yang kita rancang, lain yang Allah susun. Terimalah ini sebagai ujian dan dugaan dari Allah sebagai untuk menguji keimanan kita. Bila kita diuji baru kita dapat merasai bahawa kita adalah insan yang lemah. Doa saya semoga rakan saya selamat dan tabah menghadapinya.

4 comments:

Hajah Zainab bt Abdullah June 18, 2008 at 6:34 AM  

Sape tu Pah? Kak Nab pun x tau ...I cannot guess who.

cikgu sharifah June 18, 2008 at 12:29 PM  

She's the one who has same nama panggilan with me. Sms terkini "Masih diwad, belum buat lagi"

Hajah Zainab bt Abdullah June 18, 2008 at 8:12 PM  

Dah tau sape pagi tadi. Dah msg pada dia. Semoga semuanya OK.

Anonymous June 19, 2008 at 5:13 PM  

beliau mngajar 4saksma jge ke?..sy rse cm tau..hrp ckgu 2 cpat smbuh..insyaAllah..amin ya rabbal alamin..

Aidil Fitri 1431H

Berita Harian : BeritaUtama

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

BERIKAN SOKONGAN ANDA...

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

HULURKAN SUMBANGAN ANDA....

At-tarikh

jam UMMI di KUANTAN

jam WALID di JUBAIL

About Me

My photo
I'm Sharifah Faridah Hanim Tengku Embong. A mother of 6 children. Currently as a teacher at SMK Paya Besar, Kuantan.

My School of Fish (Please click if u like 2 feed da fish...)

Warna-warna Kehidupan....

warna-warna hidup mu
mewarnai kebebasan
mencerna keceriaan
mendambakan kegembiraan
menjalari kehidupan samudera
menyusuri rahsia ciptaan Allah
namun
aku tetap kagum
hidup mu tidak pernah lemas
hatta secebis daging mu
tidak pernah terjejas
dek keasinan melaut menyelubungi mu
mampukah kita
menggarap kehidupan ini
seperti mu
untuk terus melangkah
bertahtakan
keimanan dan ketaqwaan

Hamster 'Abbas Punya

Nazirah punya turtle...

Said nak juga...

Merisik Khabar

Liku-liku Kehidupan


  • SK Sultan Sulaiman 2 (1974 - 1979)
  • MRSM K Trg (1980-1984) 3rd Batch
  • LCP, Azusa (1985)
  • Citrus College, Glendora (1986)
  • USC, LA (1986 - 1989) Class of 1989
  • SM Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
  • Sykt Limbongan Timor Sdn Bhd, K Trg
  • Syarikat Amsys Bhd, Penang
  • SM Sultan Ismail, Kemaman
  • SM Vokasional, Kemaman
  • MPKT Batu Rakit (1993 - 1994)
  • SM Vokasional, Kuala Terengganu
  • SM Seri Budiman, Kuala Terengganu
  • SMK Paya Besar, Kuantan

  • Blog Archive

    Powered By Blogger

    <(o o)>

    Rapuh by Opick

    Detik waktu terus berjalan
    Berhias gelap dan terang
    Suka dan duka
    Tangis dan tawa
    Tergores bagai lukisan

    Seribu mimpi berjuta sepi
    Hadir bagai teman sejati
    Di antara lelahnya jiwa
    Dalam resah dan air mata
    Ku persembahkan kepadaMu
    Yang terindah dalam hidupku

    Meski ku rapuh dalam langkah
    Kadang tak setia kepadaMu
    Namun cinta dalam jiwa
    Hanyalah padaMu

    Maafkanlah bila hati
    Tak sempurna mencintaiMu
    Dalam dada ku harap hanya
    Dirimu yang bertakhta

    Detik waktu terus berlalu
    Semua berakhir padaMu